Showing posts with label Selfhelp. Show all posts
Showing posts with label Selfhelp. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Go Easy With Yourself

Source : Tumblr

No amount of guilt can change the past.
No amount of worrying can change the future.
Go easy on yourself,
For the outcome of all affairs is determined by Allah's decree.
If something is meant to go elsewhere, it will never come your way.
But if it is yours by destiny, from it you cannot flee.


Tuesday, July 10, 2012

Menyahut Cabaran




The first one memang wajib so no further explanation. The second one is tough (at least for me). But I already wear WAY LESS make-up lately. Because hubby prefers my naked-face even more. (^.^)

The advantages?
1. Jimat duit tak perlu beli make-up banyak2 (and mahal2)
2. Jimat masa nak bersiap untuk keluar rumah
3. Kalau solat kat surau public tak payah amek masa lama nak cuci make-up and nk apply balik


Pendek kata, Less is More!

But it'll take time though. Slowly, but Istiqamah. InsyaAllah. 
Semoga Allah permudahkan. Amin.

Sunday, November 13, 2011

Suka Ke Tak?

Tak semua yang kita nak dalam dunia ni boleh dapat. Ada benda yang paling kita tak nak, yang paling kita minta dijauhkan, tapi itu juga yang kita dapat. So if that happened, ingatlah yang kita sedang diuji. Semoga ada buah yang jauh lebih manis hasil daripada kesabaran.

Masalahnya, cukup sabarkah kita?

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"

Surah Al Baqarah, Ayat 250

Sunday, June 5, 2011

TinG tOnG

"Depression may be described as feeling sad, blue, unhappy, miserable, or down in the dumps. Most of us feel this way at one time or another for short periods. True clinical depression is a mood disorder in which feelings of sadness, loss, anger, or frustration interfere with everyday life for a long period of time."
Source : PubMed Health

رَبِّ اشْرَحْ لِى‏ صَدْرِى‏ * وَيَسِّرْ لِى‏ أَمْرِى * وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسانِى *
يَفْقَهُوا قَوْلِى* إِنَّكَ كُنْتَ بِنا بَصِيراً
"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami."
 

Friday, March 25, 2011

Kahwin?? Why??

Kadang-kadang ada antara kita menganggap perkahwinan akan menghalang kebebasan hidup, menyempitkan pintu rezeki, terpaksa menanggung nafkah zahir kepada isteri dan anak-anak. Ada juga segelintir umat Islam lebih suka memilih untuk hidup membujang atau melambat-lambatkan berkahwin tanpa sebab. Walhal dengan perkahwinan inilah kita boleh mendapat nikmat yang besar seperti ketenangan, kasih sayang, kerjasama dan rasa bertanggungjawab, di samping meluaskan pintu serta dipermudahkan urusan pencarian rezeki.

Ketika mengulas kelebihan perkahwinan ini, Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadis sahih:

"عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : قَالَ رَسَوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ فَإِنَّهُنَّ يَأْتِيْنَكُمْ بِالْمَالِ".

Maksudnya: Dari Aisyah Radiallahu-Anha, Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Berkahwinlah kamu, kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta".

(Riwayat Al-Imam Al-Bazzar)

Antara hikmah perkahwinan:
  • Mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia, kerana baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam akan berbangga dengan umat baginda yang ramai di akhirat nanti
  • Menjaga kehormatan diri
  • Memudahkan datangnya rezeki
  • Hidup bahagia dengan aman damai, berkasih sayang dan cinta mencintai
  • Menambah kaum kerabat, memperhubungkan Silaturrahim antara satu dengan lain
So if I were to asked the same question, "why do you wanna get married", my answer would be "WHY NOT?". It's about time I guess. Bercakap soal tanggungjawab, selagi yang namanya khalifah di muka bumi, semua orang punya tanggungjawab, berkahwin atau tidak.

p/s : At least, daripada dapat dosa tak ketahuan, boleh jugak dapat pahala bila rindu suami. =p

Tuesday, February 15, 2011

Anda gembira?

Recently saya diberi questionnaire/survey yang dibuat oleh seorang rakan student di UM yang tengah buat research tentang apa saya tak pasti. But most of the question asking about happiness and health. A few questions just knocked me like "dush! baru kau sedar sekarang?!"

-Adakah anda gembira dengan kehidupan anda sekarang? 
-Adakah hidup anda berjalan seperti yang anda rancang?
-Jika hidup boleh diulangsemula, berapa banyak perubahan yang akan anda lakukan?

And my answers are 'yes', 'yes' and 'nothing'. (The answers were ranked, but these are my exact response)

I'm happy with my life right now and I could it's more than usual. It has something to do with the next question - my life is just like what I planned (at least for now) and these are the major plans:
1) I'll become a teacher
2) I'll sew -for baju kurung-
3) I'll live by my own-
4) I'll do masters before I got married
5) I'll get married before I turn 27 [Revised] (-.-)

See, almost everything tercapai kan? Kalau tak bersyukur jugak tak tau lah nak cakap ape Tqah!

p/s: As for my #5 aim, can anybody help me to make it happen? Haha. =P


Friday, February 11, 2011

"Macam mana cikgu belajar??"

Itu soalan yang saya pernah terima daripada a few students. Dan juga yang ini..

"Uish..cikgu ni pandai gile la."

Tapi ni yang paling best.

"Cikgu, nak pinjam otak boleh?"

*Saya taklah bijaksana macam Al Khawarizmi tu, cuma saya dah belajar benda ni dulu sebelum awak, so awak rasa macam saya ni pandai la.Tapi bab pinjam otak tu, kalau boleh buat macam tu, saya takde hal lah nak bagi. Lagi senang kerja cikgu kan? Bila masuk kelas je bagi students pinjam otak, then goyang kaki. Haha. (Gile kau! Makan duit haram tau?!)

Tapi untuk menjawab soalan atas tu (atas atas, tengok atas kat title, haa kat situ)..ni cara saya study:

FOKUS 
DISIPLIN

(Lah tu je?) Yelah, tu je yang diperlukan. Fokus 100% dalam kelas - saya tak kata jangan bercakap, tapi jangan sambil buat add maths kau berdialog pasal lauk asam pedas yang kau makan malam tadi. Tak relevan langsung dengan task yang kau tengah buat tu kan? So ia boleh mengganggu concentration. Kedua, kau memang kena disiplin gile. Jangan macam ni, time belajar main, time rehat main, kalau time main sah sah la kau main kan? Jangan! Kau kena organize hidup kau supaya kau ada masa untuk rest, makan, beribadat and study. Kau wajib train diri sendiri supaya jadi macam ni - boleh gila kalau sehari tak jawab soalan add maths. (Contoh kisah benar)

So itu cara saya belajar, dulu kini dan selamanya.


 Macam ni, fokus. Walaupun duduk dengan bff, jangan gosip je pandai.

 Tengok budak-budak kat hujung tu, tu tak fokus la tu. haha.

 Sekarang dia sorang je tak fokus. Eh jap, tukang snap2 gambar kitorang ni sure la tersangat tak fokus nya kan? haha. Jangan macam tu.

Tengok ni punya gigih belajar kimia sampai macam ni, last-last ada ajar kimia?? Huhu. Sedih.
Bukan suruh belajar sampai tak tengok dunia pun, sekali sekala boleh la enjoy membahagiakan diri sendiri.

 ..dan menerima ijazah dengan gembiranya.. hehe

p/s : Gambar-gambar lama kat USM tercinta. Sekarang kat UM saya dengan budak baju pink tu. Hehe. Rindu nya campus life!!

Thursday, January 6, 2011

Saya kurus gara-gara inilah...

Ramai yang tegur saya makin kurus. Yup! Memang betul pun. Jeans semua dah longgar kena beli baru. Haha. Alasan. Actually since started my master programme memang selalu skip makan. Balik sekolah je terperap dalam bilik buat assignments or study tak ingat makan minum.

Tapi...........

 

Berbaloi kan? Kan? Hehe. Alhamdulillah.. Takpe la kurus setahun pun. (Plus menangis-nangis buat assignments plus emo2-selalu-bf-kena-marah plus berkurun lamanye tak tengok wayang plus dah jarang shopping ehem tipu kot! Berbaloi okay!) Hehe.

p/s : Awak kena la belanja saya sampai gemok! =P

Sunday, November 21, 2010

Mistakes

*Lamanya tak menulis..Tak ada ilham. Hehe. So today I'm gonna write about thing we always do. No?

If you are my bestfriends or close friends then you surely knew that I'm a control freak. I keep everything organized and I wish that everything falls smoothly according to so-called my detailed plans. (Of course things got messed up a few times)

But there was one time (the most-FREAKING-AWFUL-thing-ever) happened to me. I accidentally misread (what the..) date for an interview (for posting). If you knew me good enough you'd say "unbelievable". I couldn't believe it myself. I read the date a zillion times. How could I switched 4 and 5?? I called a friend of mine telling how stupid I was and he said "Aku tak pelik sangat benda camni jadi tapi kat kau?? Kau salah tarikh? Kau la manusia paling detail, fussy, particular ever! Kau kenapa??" Haha. I took that as a compliment! =P

But I managed anyways. I was lucky that I was a scholarship holder and my CGPA enabled me to bypass the interview. I just had to sit for the test. Phew. [But of course I cried like a crazy woman the night before because I freaked out. I even bought an mc so that I could show them if they asked why I didn't come the day I supposed to. See - control freak lagi. huhu]

It's a good thing you have plans. But make sure you are preparing for the worst. And even if you don't, you have to keep in mind - we plan, but Allah makes it happen, and He ALWAYS got the best plan for us.

But no matter how organized I am, I'm still a human and my point is, people make mistakes. Don't you?

Friday, June 4, 2010

CHANGES

Hey people..! owh ASSALAMUALAIKUM...!!!

Nak tau tak?? Taknak tau pun kena baca jugak kalau dah berada di sini kan? kan?

1. Selepas cuti sekolah ini saya akan mula mengajar sesi pagi. Add Maths and Maths yang mana saya WAJIB pulun study sepanjang cuti ini.

2. Mulai July pula InsyaAllah saya akan bergelar part-time student pula. Yeay!! (Mari upgrade kan diri supaya boleh up kan hantaran. =P)

p/s : Ada orang tu prefer saya dalam mode busy. Lepas tu tak boleh dating padan muka. (-.-)

Monday, May 31, 2010

Confused

There are moments in our lives when we find ourselves at a crossroads. Afraid. CONFUSED. Without a roadmap. The choices we make in those moments can define the rest of our days. Of course, when faced with the unknown, most of us prefer to turn around and go back. But once in a while, people push on to something BETTER. Something found just beyond the pain of going it alone. And just beyond the bravery and courage it takes to LET SOMEONE IN. Or to GIVE SOMEONE A SECOND CHANCE. Something beyond the quiet persistence of a dream. Because it's only when you're tested that you truly discover who you are and it's only when you're tested that you discover who you can be.

Monday, April 19, 2010

Allah itu Maha Pengasih

Entry ini ditujukan khas buat saudari SITI KHALIJAH (housemate yang hebat!) dan kepada anda umumnya.

“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa- rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

Memang ada masa kita rasa give-up berusaha. Rasa macam letih dah mencuba tapi tak dapat-dapat juga capai apa yang kita nak. Atau mungkin ada terselit rasa cemburu, tertanya-tanya, macam mana orang macam dia boleh berjaya sedangkan hubungan dia dengan Tuhan tak bagus mana.

Tapi ingat, macam mana kecewa pun, jangan kita lupa akan adilnya Allah. Dia Maha Pengasih, takkan Dia nak kecewakan hambaNya tanpa sebab. Maybe kita sendiri perlu muhasabah mana silapnya kita. Yang paling penting, jangan sesekali berputus asa.

Allah answers your prayers in 3 ways ;
He says YES and gives it to you
He says WAIT and gives you the BEST
He says NO and gives you BETTER

Jadi percayalah, kalau belum capai apa yang kita inginkan, Allah sedang menguji kita. Lebih besar cabaran, lebih besar ganjaran. HEBAT! kan.

p/s : Believe that dreams come true, because they do. =)

Thursday, October 15, 2009

Jom belajar lagi!

I'm thinking of going back to Uni. Nak sambung Master part-time. I'm considering programs provided by UiTM/UIA/UPM/UM. Kalau ikutkan hati nak balik USM tapi gile la jauh nak wat part-time camane.

The most convenient sure la UiTM, tepi rumah je, tapi the programs tak menarik perhatian sangat. Master of Education by Research. The field of research memang best2 tapi dengar perkataan research tu je dah cukup memabukkan. Yang Master of Education by Coursework laaaaagi la tak menarik.

UIA pun kalau ikutkan senang jugak since my dad's there. Cuma bila fikir pasal B.Arab tu, alaaaahaaiii malasnyeeeeeeeeee. Besides, dah pun tengok the programs listed and I found it not that interesting.

Programs offered by UM looked amazing. Ade 2 programs yang menarik perhatian. Master of Sc Education with ICT and Master of Education yang sangaaaaaatt la banyak areas of specialisation nye.

Kat UPM pn same. Master of Education yang offered several fields of study.

p/s : Hidup perlu ada perubahan. Heheh. Sementara still single, belum ada komitmen dengan family, baik further study..Nanti kalau dah abis master tak kawin2 jugak sambung la PhD pulak. (Eh da jadi macam pantun pulak) Senang, kalau orang tanye bila nak kawin dah ada jawapan, "tunggu habis belajar". Haha~

Friday, October 9, 2009

Wednesday, October 7, 2009

Back on track..No?

Isn't it ironic..
we ignore those who adore us,
adore those who ignore us,
hurt those who love us,
and love those who hurt us?

"Do not let your fire go out, spark by irreplaceable spark, in the hopeless swamps of the not-quite, the not-yet, the not-at-all. Do not let the hero in your soul perish in lonely frustration for the life you deserved but never been able to reach. The world you desired can be won, it exists. It's real. It's possible. It's yours."

p/s : I miss who I used to be

Monday, September 28, 2009

Sandaran Hati

Yakinkah ku berdiri di hempa tanpa tepi
Bolehkah aku mendengarMu
Terkubur dalam emosi tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku merindukanMu
Terpuruk ku di sini teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti Kau menemani
Dalam hidupku kesendirianku
Teringat ku teringat pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada erti
jika Kaulah sandaran hati
Inikah yang Kau mau, benarkah ini jalanMu
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku, bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah tanpa hadirMu
Dalam gelapnya malam hariku.

Friday, June 19, 2009

Inspired


I still remember the very first time I read about the review in a newspaper. Something like "Sambutan Terhadap Tayangan Laskar Pelangi Mengalahkan Ayat-ayat Cinta"..I doubted it.

After I read the book I was thinking "How could it beat Ayat-ayat Cinta..? Musykil2"

Now since I'm so uninspired and unmotivated, I searched for the movie and watched.
Duh..! Even the first eleven minutes had already made me cry. (Err..besides the fact that aku memang senang menangis) Huhu~

Seriously, the movie memang best! I can't say it's greater than Ayat-ayat Cinta. It's great, but in a different way. Those two movies have a very different storyline. Laskar Pelangi lebih membuatkan kita terharu, bangga, kagum dan sayu.

The kids made me smile and laugh. Their dialect is VERY nice and sometimes KELAKAR.

Jadi marilah menonton dan bermuhasabah! =)

Thursday, June 4, 2009

::Jika Aku Jatuh Cinta::

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang,
yang melabuhkan citanya pada Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya,
agar tidak melebihi cintaku pada Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh
hati seseorang yang hatinya
tertaut pada Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam
jurang cinta selain Mu.

Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku
merindukan syurga Mu.

Amin.. =)

Sunday, May 24, 2009

Doa seorang kekasih (or not hehe)

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Inteam '04

Sunday, February 22, 2009

::Supports::

Pn Irine's comments in my record books for two weeks in a row.
Semua cikgu dapat ye. Not just me. Haha. ;P

In any conditions I will always somebody to support me. Thanx to YOU, Nad, Dina, Masz, Ima (my personal counselor at school..hihi) and everybody who always say nice things to comfort me. My family surely included. Tak payah mention, they will always be my backbones. Couldn't have done it without ALL OF YOU. =)

Even Pn Irine pon pandai gimme moral supports. Haha. She took a long time to comment each teachers' record book. Thanx anyways! =)