Showing posts with label Wishes. Show all posts
Showing posts with label Wishes. Show all posts

Friday, October 21, 2011

The best advice a friend could give

"Nanti dah jadi isteri, hari2 kena doakan suami kita sentiasa terpelihara imannya. Kita tak duduk dekat dia 24/7 so kita serah kat Allah semuanya, sebab from the very beginning, kita dah pilih yg terbaik, semoga Allah jualah yg mengekalkan kebaikan tu. Good luck..kawin ni indah, insyaAllah.."

Terima Kasih Sahabat! :) 

Tuesday, September 13, 2011

HAPPY BIRTHDAY SABRINA!


Readers, she's a student of mine. A very cheerful (annoying..eh?) and nice (really???!!) one. Hehe. Betul lah.

So SABRINA, may you achieve everything you desire in life. I wish you a very sweet and happy birthday. Have an awesome life ahead. Study hard and be a nice girl.

xoxo. 

Sunday, July 31, 2011

PUASA 30 HARI

Tahun ni saya berpuasa penuh di Segambut dengan family. Hayati sepenuhnya puasa sebagai anak mama. Tahun depan dah nak kena jaga makan minum anak orang lain. Biasanya saya bangun sahur bila mama dah start panaskan lauk and everything. Itu kira okay la. Ada juga hari bangun bila semua dah ready, tinggal nak makan je. haha. Sekarang..boleh la. Buat je selagi boleh. Lepas ni tak menyesal sebab dah puas buat perangai macam tu. Haha.

Saya jenis tak cerewet pasal makan. So time berbuka tak perlu meja penuh makanan pun. Last2 saya makan macam hari2 biasa juga. Takde nye muat perut nak 'qadha' makan minum seharian berpuasa. Sahur memang wajib. Sebab tu prefer puasa dengan family. Imagine kena sahur sorang2. Pathetic habis. Cuma satu je yang saya agak cerewet time bulan puasa - Terawih. Biasanya saya tak suka tukar port untuk terawih. Sebelum ada Masjid Wilayah saya terawih di surau SPPK. Semua okay dari bilal, imam, tazkirah. Everything saya suka kecuali bab kanak-kanak yang sangat annoying. Budak2 yang datang surau nak jumpa kawan2 and budak2 nakal yang main mercun sekuat2 hati di padang belakang surau. Memang susah nak khusyuk bila asyik nak bayangkan saya macam nak lempang budak2 tu. So since ada Masjid Wilayah, itu memang port tetap. Sangat selesa dan best especially bila giliran imam dari Arab Saudi. Rasa macam dekat Mekah. And bila masuk 10 malam terakhir (especially yang last), memang emosional time imam baca Qunut. Sapa boleh tahan bila imam nangis?? Memang sedih. And part yang best nya di situ ada pak guard and mak guard yang kawal kanak2. So solat kita tak terganggu dek budak2 annoying.

So that's my Ramadhan story. Tahun ni kembali menjahit untuk family (perempuan). Actually last minute plan. Sebelum ni busy otak asyik prepare for wedding sampai lupa dah nak puasa.

SELAMAT BERPUASA EVERYONE. SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA. INSYAALLAH.

p/s : semoga Ramadhan akan menjadikan saya manusia yang lebih penyabar. tolong ingatkan saya.

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU, cikgu

Tahun ni, instead of looking for appreciation from others, apa kata kita sebagai guru muhasabah diri, apa sumbangan kita kepada anak bangsa. Berjaya atau tidak kita MEMBINA negara bangsa? Tepuk dada tanya hati.

Saya secara peribadi belum lagi puas dengan apa yang dah saya buat sebagai guru. Before start kerja, cita-cita menggunung tinggi nak buat itu ini dalam dunia pendidikan, tapi belum cukup 3 tahun berkhidmat, semangat hilang entah ke mana. Tapi demi Tuhan saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya pilih. Teaching is not just a profession to me, dari dulu lagi. Tak pernah pun mengimpikan nak memandaikan budak, saya nak mendidik. Saya percaya, kalau students hormat dan sayang, pembelajaran lebih mudah dan diredhai. Biarlah dia tak dapat straight A's pun, tapi dia ingat saya sampai mati.

Kepada students kalau membaca, marah saya bukan benci tapi saya peduli. Kalau saya tak lagi menegur, that means I'm done with you. Tapi rasanya setakat ni, saya belum lagi sampai ke tahap tu. I'm not giving up on all of you, not now. Prinsip saya mudah, macam mana saya mendidik anak orang, insyaAllah macam tu juga guru-guru lain mendidik adik/anak saya (later).

Banyak sangat kelemahan ni. Belum cukup usaha cikgutqah. So don't stop.

HAPPY TEACHER'S DAY TO ALL TEACHERS.
Let us together MAKE A DIFFERENCE.

Tuesday, April 26, 2011

HAPPY BIRTHDAY BOYFRIEND!

Tak sah lah if today passed without this entry kan bro. =P

First thing first, I think I should thank your mum for giving birth to someone wonderful like you. Hehe. But takkan nak sms mama awak cakap camtu kan? Kang teragak2 plak nak buat menantu. =P

So..

HAPPY BIRTHDAY!!

I'm taking this opportunity to show my deepest thoughts and feelings for you, the person I love. I'm not good in buying stuff, so this feeling I’ll confess as treasures that money can’t buy. And I know it’ll stay in your mind and heart (besides the fact that you always have short-term memory loss!)

I'm looking forward to celebrate this day with you TOGETHER for the rest of my life.

I hope I can make your dreams come true.

=P

xoxo,
TEMO.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Hey YOU..!

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri..Saya mohon maaf atas segala kekhilafan sepanjang you all membaca blog ini dan sepanjang you all mengenali i. haha. Gediks okayy. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna. Amin.

Jemputlah datang ke rumah. Tapi roger2 dulu especially yang 'tak tau pape' nanti konon2 nak buat surprise you all plak yang surprise tengok rumah terbongkang. hehe

p/s : kepada yang bekerja di hari raya. Tabahkan hati, selamat bertugas dengan penuh dedikasi. hehehe.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan kembali

Rasa macam baru je tahun baru. Dah jumpa lagi dengan Ramadhan. Harapnya Ramadhan kali ni lebih baik daripada sebelumnya. Selamat berpuasa kawan-kawan. Berbuka agak-agak ye. Jangan nanti ade yang kantoi terawih gara-gara kenyang sangat. (Sama la dengan yang menulis ni) hehe. Sahur jangan miss. Gandakan amalan-amalan MULIA and try khatam Quran. Good Luck!

p/s : Tahun ni cuti menjahit. Takut tak terkejar..mane nak buat assignment, terawih, khatam Quran..haish. Tak boleh menjahit lagi. Sorry ye mama and adik-adik.

Friday, January 1, 2010

2010 wishlist

..................................................................

No list.

I JUST wanna be happy. Life's too short.
Expect nothing, live frugally on surprise.

Happy New Year people!

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Kepada semua sahabat :

~ Selamat menyambut Aidilfitri..Semoga dapat bersederhana di hari lebaran. Kalau nak over, tanya dulu diri sendiri amalan kita di bulan Ramadhan. Jangan amalan tak segah mana, raya yang lebih. Malu kat Tuhan. -Peringatan buat diri sendiri & kawan2.

~ Mohon maaf Zahir dan Batin. Kalau ada yang tersalah bicara, terlebih gurau, terkurang kata (heheh)..saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

~ Selamat berpuasa enam. Semoga kita ditemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah. Amin~

Pstt..30 minit lagi nak balik kampung. Yay! =)