Thursday, May 29, 2014

HONG KONG PART 2

Assalamualaikum. Sorry for the VERY LONG delay. Sebenarnya tiap kali nak menulis kat sini rasa bersalah kat thesis. Hihi. But today I've decided to "screw you thesis". Dah tak ada idea nak menulis. Wuwuwuwu,

Okay itu intro. We were in Hong Kong for 3 nights. (We arrived very late at night so that one doesn't count) The first day dah ke Disneyland the whole day. Second day we went to Kowloon area. Sebab hubby nak solat jumaat di masjid situ. We took train to Kowloon and masjid tu terletak betul2 sebelah metro station. We also had our lunch there sebab apparently kat area tu banyak halal restaurant. Indian/Arabic kinda food lah.

After lunch we spent our day along Nathan Road, ada banyak shopping spots but we all jalan2 jerr. Went to Hong Kong Museum of Art for no reason. And then went shopping at Harbour City. Sampai malam, keluar kejap to watch lights show. Tapi sempat tengok yang dah nak habis. Haha. Shopping punya pasal la ni ishk. Habis tentative program!

Before went back to our hotel we walked back to Nathan Road to have dinner, sebab kat situ je tau ada halal food. Singgah night market kat Temple Street. Macam China Town kat KL lebih kurang. Beza nya kat sini kita tau sah2 semua made in china. Eh tapi yang kat KL tu pun sama je kan. Haha. Erm..

The next day, we went for a cable car ride (Hong Kong Ngong Ping 360) to Ngong Ping Village. Ada patung budha bertapa kat situ. Lots of eating spots and yang bagusnya ada halal restaurant. Sejuk gila + lapar gile + nasi beriyani. Urghhh felt so freaking good I tell you! Haha. 

After that we just head back to Novotel, kononnya nak window shopping kat outlet shopping mall yang attached to the hotel. Of course we weren't just WINDOW shopping. Hehe. Tapi tak sakan la I promise!

So that's all about Hong Kong. Or that's all I could remember. Haha.

Kowloon Mosque


Along Nathan Road








Poyo gile. Gambar je pun.















Saturday, April 12, 2014

HONG KONG PART 1

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah finally berjaya transfer all photos from iPhone to my computer. Baru semangat nak menulis. Hik hik. Alright. So. Hong Kong.

We stayed in Novotel Citigate - Turkish Ailines' Crews stay. Tempat cantik, classy I would say and very2 convenient. Attached dengan famous outlet (kepala fikir shopping ting ting ting) and also attached to MTR station. kami beli Octopus Card (macam Touch n Go) sorang satu. Senang nk ke mana2. Besides, bila dah tak nak pakai boleh return and diorang akan return the balance. But of course we kept it. Dengan harapan nk pakai sampai ke tua. Hehe.

When travelling around, this map is a must-have! Jangan tunjuk pro. You'll waste a lot of time.
We arrived in HKG at night. So our activities only started the next day. We've already planned earlier - to spend the whole day in Disneyland. Yes. The whole day. Sebab dulu masa pergi USS macam tak cukup masa. But overall, I would say I prefer USS better. Sana lagi happening. Lagi best. Disneyland bored me a little. The best part was watching the fireworks. Itu memang exciting. Ada lagu2 semua. Memang cantik. Romantik. Puii. Untuk orang yang rarely watched fireworks like me, memang agak jakun juga. Haha. I guess I'll let the photos talk.


We went here straight away cuz hubby already bought the tickets online.
Cik abg mmg takkan pernah tahanberatur panjang.







Cute je toilet labelled like periodic table. Oh My Research!


I took the photos. Hubby went for a ride. Me? Never!

Nampak muka berlagak dia? Huh. Like I care.
I wouldn't go for it even if you pay me thousand bucks. Never.
This one was kind to me at least. I survived. Haha. I sat beside a 2-year old girl.
Aku menjerit macam nak mati budak tu lepak je. Ee memalukan! Or maybe dia takde perasaan. Erm.
Day

Night
Cutest train I've ever ride on.

Sneak peek fireworks video for you.
That was all for Day 1. See you in Hong Kong Part 2. 
Thank you for reading! 

And owh. I may always late on writing about my journey here, but I always keep my instagram updated. Not on facebook. Coz I'm afraid it may offended a lot of people. So do follow me on instagram IF you want. Search for tqahrahim. Adios. Wassalam.

Saturday, April 5, 2014

The Departure

Dia punya delay, macam kalau buat assignment memang lecturer dah tak accept. Haha. Sory. Been busy since I came here. Actually even when I started my trip to HKG pun dah busy. It's just that bila sampai sini jadi super duper busy sebab entertaining my parents in law yang join me kat sini. Kalau ikutkan diri sendiri lama lagi kat sini so boleh merayau sikit2 tapi sebab PIL datang kejap je so kena lah teman they all jalan2.
[Dia punya alasan pun kena panjang lebar jugak haha]

Okay. I'll start with my very first trip KUL - HKG. On March 19th. As I wrote earlier in my previous post, I can only pick up my Indian visa on the very same day. So around 3pm Pak Cik Ghani (abah's driver) took me to the India Visa Centre (located next to Textile Museum opposite to Dataran Merdeka..Yes! Siapa tau kat situ letaknya kan!). I thought bolehlah pujuk the officers bagi passport tu awal sikit. But I was wrong. Diorang memang tunggu pukul 4 jugak baru release passport. So when they announced that the passport were ready, I ran to the counter as there were a lot of people waiting for their passport too. Alhamdulillah lepas berkejaran here and there, I managed to reach KLIA at 5. (I took the KLIA Express) And Alhamdulillah dapat check in dengan jayanya. (Almaklum lerr tiket standby haha)

Actually nervous sebab that was my first time travelling alone. Selalu fly dengan hubby. Tau2 je dah ada boarding pass. So when I got my boarding pass this time, I felt like a winner already! The flight wasn't full. I got 3 seats all to myself. Gahaha. Suka.

Sampai Hong Kong pun still nervous sebab I didn't know if I managed to find hubby later. Janji dengan dia tunggu dekat Starbucks but when I arrived the cafe already closed (tengah cuci2 lantai). Luckily ada banyak seats near the Starbucks area and hubby pun sampai awal (gila) dari jangkaan. And the feeling...! It was like seeing hubby for the first time. Haha. Okay over sangat. Sebulan ye tak jumpa! Sebulan!

Alright. As the title for this post is "departure" so that was it. About the departure. Hehe. I'll write about Hong Kong later in other post. (Bilaaaaa la pulak tu kan!) I'm so sorry. Actually I'm having problem in transferring my photos from iphone to computer. Ingat bila dah ada semua gambar lagi best nak menulis. Haa tengok game dia. Bagi alasan baeekk punya!

Tuesday, March 18, 2014

Journey Starts Tomorrow

Setahun lebih dah rasanya blog ni terabai. There were ups and downs in everyday lives. Cuma masa dan idea untuk menulis tak ada.

So now that I'm not officially working (unpaid leave until June insyaAllah) and I'm going to a few places, I think there's no harm to share it here. So that facebook friends won't get annoyed seeing my posts about places I go. Hehe.

I'll start my first trip tomorrow. InsyaAllah kalau semua urusan esok berjalan lancar. [I didn't know that I need visa to enter India until last Thursday. So I applied the visa on Friday and I can only collect my passport tomorrow. Dah bajet sehari buffer tapi the office closed on Monday pulak. So the third working day is on Wednesday. Haih.] I'm flying to Hong Kong at 7.25pm tomorrow, and to Delhi on 24th.

I'm looking forward to write about the journeys here. InsyaAllah. ;)

Saturday, January 18, 2014

Amalan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

A good reminder for all of us..

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Janganu ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu. 

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin.

Wednesday, November 27, 2013

Haji. Mabrurkah kita?

Selama ni pegangan saya (atau majoriti kita) meletakkan kembara haji itulah yang paling mencabar dan crucial.

Tapi sebenarnya tidak.

Perjalanan hidup SELEPAS pulang dari kembara haji itu, itu yang PALING mencabar. Rupanya.

Kenapa?

Di tanah suci, kita ada environment yang sesuai untuk beribadat dan membuat amalan-amalan baik. Tapi di tanah air sendiri, dengan environment yang.. you-know..itu baru betul-betul ujian. 

Mampukah kita terus istiqamah? 

Mampukah kita terus memperbaiki diri sendiri agar menjadi yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya?

Kalau rezeki kita mendapat haji mabrur, mampukah mabrur itu dikekalkan?

Kalau boleh nak terus berada dalam suasana macam ni.

Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu, mensyukuri segala nikmatMu dan memperbaiki ibadah dan pengabdianku (kepadaMu)

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi

Semoga kita semua terus merasa rahmat dan kasih sayang Allah.

Tuesday, August 27, 2013

Terima Kasih Mama

Dalam banyak-banyak feeling yang ada sekarang, sambil mengira hari berlepas ke tanah suci, sebenarnya ada terselit rasa sedih. Setiap kali teringat this particular one thing, mesti air mata murah je keluar.

Insan paling significant yang jadi penyebab saya membuat surat rayuan awal tahun ini ialah mama. Last year, lepas abah dapat offer sebagai tetamu bulan Haji buat kali kedua, mama terus ajak saya dan suami buat rayuan untuk mengerjakan haji pada tahun ni. Saya dah pernah tolak tawaran haji sebanyak dua kali, alasan tak ready. Tapi bila mama ajak, terus semangat tu jadi berkobar lain macam. Memikirkan "bila lagi nak buat haji dengan mama, umrah ye lah bila2 pun boleh". So awal Februari lepas, saya dan mama hantar surat rayuan ke Tabung Haji. Content nya sama sebiji, yang beza hanya nama dan signature. Alasannya mudah, kami berdua sama-sama telah mendaftar lama, tahun 98 lagi. Walaupun mama dah pernah menunaikan haji, tapi itu cerita lama. Mama nak 'renew' and mungkin membaiki. Wallahua'lam.

Awal April, mama call bagitau surat tawaran saya dah sampai ke rumah. Melompat dari seat lah dengar berita tu. Memang honestly, tak expect boleh dapat. Sebab rasa macam lambat submit rayuan. Mulut laju je tanya, "mama dapat tak?" Tapi bila mama bagitau mama tak dapat surat lagi, hati jadi berkecamuk kejap. Dalam hati memohon "Ya Allah, tolonglah luluskan juga rayuan mama. Dia yang ajak aku. Dia yang ajak aku.".

Sampai ke hari ini, mama masih belum dapat offer. Pegawai TH banyak kali dah explain dengan baik, "kuota tahun ni agak sempit, mereka tak dapat nak utamakan pendaftaran haji kali kedua". Jenuh pujuk hati, Allah punya plan tetap yang terbaik. Mesti ada sebab. Kita merancang, tapi yang mengeluarkan 'kad jemputan' tetap Allah, melalui TH.

Untuk mama,

Kalau memang bukan rezeki mama tahun ni, kaklong minta maaf sangat2 sebab pergi dulu tak tunggu mama. Mungkin Allah nak kaklong pergi sebelum ada anak. Mana tau umur kaklong nanti tak panjang tak sempat pergi haji. Terima kasih sebab suntikkan semangat kaklong untuk hantar rayuan tahun ni. Allah je yang mampu menilai besarnya pahala mama sebab buat anak mama terdetik untuk menunaikan haji masa umur masih 'muda'. Doa kaklong tak putus2, semoga ada rezeki kaklong teman mama pergi haji, kalau pun bukan sekarang, satu hari nanti. Semoga Allah panjangkan umur kita.

p/s : Masih belum berhenti berharap. [Ma, jom plan trip umrah satu family!]