Tuesday, October 27, 2015

Don't blame it on breastfeeding. Ever.

Sekarang tengah trending isu mak dalam pantang bunuh diri kononnya disebabkan stress melampau kerana gagal breastfeed her 10 days old baby. Sad! Tapi yang bermain-main di fikiran saya bukan mengenai mengapa dia gagal breastfeeding atau mengapa dia stress sampai bunuh diri, tapi, di mana orang sekeliling, suami, keluarga, rakan terdekat yang sepatutnya memberi sokongan kepada ibu tersebut.

Dalam pantang emosi ibu memang tak stabil. Especially first time mommy. Even saya yang fully breastfeeding seawal anak keluar ke dunia ni pun ntah berapa kali menangis masa dalam pantang. I was overwhelmed. Exhausted. Sedih bila suami tak ada. Letih bila anak kejap-kejap nak menyusu kejap-kejap nak menyusu. Pada masa yang sama nak jadi ibu yang terbaik, apatah lagi untuk permata yang 3 tahun lebih ditunggu. Mixed feelings! Saya bertuah kerana berpantang di rumah my own parents. Ada mama, ada adik-adik nak tolong itu ini. Maksud saya di sini ialah support. Itu yang paling penting untuk ibu.

Jangan lah pulak breastfeeding yang disalahkan. Apa ingat breastfeeding mothers ni tak stress ke? Masa dalam pantang (even dah habis pantang pun!) ntah berapa kali menangis sebab tak tahan sakit bengkak susu. Demam 2-3 kali. Menggigil2. Walaupun anak saya jenis tidur malam, saya still kena bangun setiap 2 jam sebab bila breast dah full memang tak boleh tidur punya sakit. Setiap 2 jam paham tak! Letih! Tau-tau mata baru nak lelap, dah pagi. Macam tu tak stress ke? Masa dalam pantang saya rasa macam diri ni bukan lagi diri saya yang sebenar. Tapi saya cakap dengan suami, dengan adik. I voiced out so that saya tak meroyan sorang2 fikir macam-macam.

Kan orang-orang tua pesan, dalam pantang tak elok duduk sorang-sorang. Ini lah sebab nya! Bukan saja-saja orang tua nak cakap macam tu. Syaitan senang datang kacau, ibu masih berdarah nifas, tak solat. Maka, dekatkan diri dengan Allah dengan cara lain. Zikir. Istighfar banyak-banyak.

Sekali lagi, jangan salahkan breastfeeding!

Semua orang punya stress masing-masing.
Soalannya, apa cara kita handle stress?

Yang breastfeeding mothers ni pun satu hal jugak. Tak perlu rasa diri tu lebih suci murni berbanding ibu-ibu yang terpaksa memberi anak-anak mereka susu formula. Tak perlu lah setiap jam nak upload gambar bagitau berapa oz awak dapat pump. Ada beza antara nak promote breastfeeding dengan nak promote diri sendiri. Allah kalau nak tarik, jam tu jugak Dia boleh tarik apa saja nikmat yang Dia bagi.

Saya yakin (bersangka baik) tak ada ibu di dunia ni yang suka-suka nak melaburkan duit mahal-mahal untuk membeli susu formula.  Penyusuan ibu tu kan disebut dalam Al Quran. Mana mungkin Allah jadikan kita ni ibu tanpa menganugerahkan kita dengan susu. Itu kan hak dan rezeki anak. Tak mungkin lah Allah tu kedekut nak sekat rezeki anak tu dari awal. Mesti ada sebab ibu tu memilih untuk tidak menyusukan anak. Mungkin ilmu tak cukup. Mungkin sokongan orang sekeliling tak cukup kuat. Cuba belajar memahami. Jangan tau nya nak hukum membuta tuli.


So, to all mothers, let’s support each other. Breastfeeding or not, we are mothers. At the end of the day, we gotta do what we gotta do.