Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Kajian Semula Pendidikan


First of all, why JB???? Why not in ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur??

Anyways, if I were given a chance to voice out, these would be my point. SAYA NAK:-

  1. KPM diuruskan (yakni menterinya) oleh somebody yang asal usulnya seorang guru, yang tau realiti sebenar dunia pendidikan.
  2. Penstrukturan semula kurikulum subjek2 kritikal seperti Sains dan Matematik dilakukan oleh guru-guru tanpa campur tangan orang luar yang just tau complaint itu ini tanpa ilmu.
  3. Mengkaji semula pemansuhan PMR. Ye, memang kita nak menuju ke arah suatu sistem pendidikan yang tak berfokuskan peperiksaan. Tapi tu bukan bermakna memasuhkan satu bentuk assessment yang penting, yang akan menentukan hala tuju students bila diorang masuk Form 4. And with all the bands and whatever, SERIOUSLY??? Ada cikgu yang sampai curi dan bocorkan soalan exam kot! You really think everyone got that integrity??? An open book exam is one way to change the focus. Let the students do the PROBLEM SOLVING and CRITICAL THINKING and not just MEMORIZING FACTS and VOMITING OUT everything on the papers. Sekolah swasta boleh buat, kenapa sekolah kerajaan tak?
  4. For God sake, show the real damn graph after the results announcement! Tak payah nak poyo sangat tunjuk every year percentage meningkat. Macam lah kitorang cikgu2 ni tak tau yang graf diturunkan supaya results semua orang macam gempak! Menyudahnya students yang dapat C, D dalam Maths PMR pun layak amek Add Maths. Diorang tu HANYA LULUS time PMR kot! Seronok ke memperdaya budak2??
  5. LET THE TEACHERS DO THEIR FREAKING REAL JOB - EDUCATING. Mendidik dan mengajar tak sama. Nak mendidik hantu jadi orang, seluruh masa dan tenaga kami diperlukan untuk buat hanya itu. With all the paperworks, stupid programs and all the non-sense you asked us to do, you still demand us to educate people? JUST FORGET IT!


Nak lagi ke? Takut berdarah telinga. (-.-)

Thursday, June 21, 2012

Woke Up

I've come to a frightening conclusion that I am the decisive element in the classroom. It's my personal approach that creates the climate. It's my daily mood that makes the weather. As a teacher, I possess a tremendous power to make a person's life miserable or joyous. I can be a tool of torture or an instrument of inspiration. I can humiliate or humor, hurt or heal. In all situations,  it is my response that decides whether a crisis will be escalated or de-escalated and a person humanized or de-humanized.


*Sigh

Monday, June 11, 2012

Thursday, October 20, 2011

PETROSAINS

Kau ade tiket petrosains dengan nama sekolah?? Nan ado. :p


Seksa nak kumpul balik ni!!

Cikgu2 yang berjaya bolos dari sekolah. Jangan betulkan skrin anda, saya memang memakai kasut kuning.

 What the ....  salah eja???!!!


Been here for a few times already. But it was fun though, been able to 'waste' my time out of school..having lunch + gossiping at KLCC during SCHOOL HOUR. haha. Boleh cuba lagi tahun depan!

p/s : Pictures 2 and 3 credits to Dijah Kepochi. :p

Tuesday, September 13, 2011

HAPPY BIRTHDAY SABRINA!


Readers, she's a student of mine. A very cheerful (annoying..eh?) and nice (really???!!) one. Hehe. Betul lah.

So SABRINA, may you achieve everything you desire in life. I wish you a very sweet and happy birthday. Have an awesome life ahead. Study hard and be a nice girl. ✌

xoxo.ღ 

Friday, July 1, 2011

Apa sudahnya kita, cikgu?

I'm a teacher because I love TEACHING. Do you get that??

Tapi disebabkan kuasa dan campur tangan politik, guru TERBEBAN dengan 80% tugas2 pengkeranian (I'm not really sure it this word exist). Kenapa tak permudahkan tugas guru dengan segala jenis techno yang canggih (konon) tu? Sangat-sangat tak faham.

For about 3 years I'm serving, I'm doing this (shortlisted):
1. Kutip yuran serta mengejar students yang tak bayar yuran
2. Beli sendiri barang dan hias sendiri kelas
3. Buat surat2 amaran students ponteng (Lepas berjuta2 copies and processes we've been through, then budak tu masuk balik)
4. Kutip duit buku and last-last bayar pakai duit sendiri je kat pembekal
5. Key-in markah dalam sistem yang sangat canggih and then isi balik secara manual dalam buku rekod
6. Isi berjuta2 borang kewangan setiap kali nak beli barang untuk panitia
7. Update segala jenis file yang tak ada kena mengena dengan P&P
8. TAMPAL BUKU INTERLOK *Latest

Eh2 mana part akademik nya? Jap.
9. Prepare modules & exam papers
10. Mengajar (tu pun kalau dapat budak yang nak belajar)

Demi Tuhan saya cakap, kalau mengajar tu percuma pun, saya tetap akan buat. Sebab tu tak kisah kalau students minta stay back untuk belajar extra. Kalau rumah saya dekat dengan students pun saya boleh buat free home tuition (datang rumah saya la). Tapi, biarlah ada gaji pun, kalau kerja nya lebih banyak pada non-academic, sorry lah kalau satu hari nanti saya ambil keputusan untuk letak jawatan. Baiklah uruskan rumahtangga and mengajar anak sendiri je. Dosa maki students pun tak ada. Kalau bosan sangat pun, jadi sukarelawan mengajar anak2 orang susah ke? Yang penting dah tak menghadap semua paperworks.

SAYA CUMA NAK MENGAJAR, TAK FAHAM KE??

Friday, May 27, 2011

JANGAN KATA SAYA TAK BAGITAU

Cuba tanya bekas students yang pernah belajar Add Maths, tanya yang average lah, jangan tanya yang genius pulak, berapa ramai yang kata AM tu susah? Ye betul, RAMAI. Hampir semua kot. Sebab tu namanya belajar, bukan mengajar. Kalau dah namanya belajar, BELAJAR lah. Letih dah pesan, AM perlukan latihan setiap hari! Kalau tak mampu pun, at least seminggu 3 kali. PRACTICE PRACTICE PRACTICE. Kalau tak latih diri tengok soalan, esok nak exam hari ni baru nak belek nota, memang susah gile lah jadi nya. Tak pernah dibuat dek orang lah, AM belek nota! Faham tak maksud 'latihan'??

Soalan AM sama je. Cuma tukar numbers. Tapi kalau dah tak pernah buat extra exercises, nak harapkan yang cikgu bagi je (tu pun kadang2 tak buat, tak pun tiru) memang tak jalan la. Kalau tak percaya, pergi beli buku PAST YEAR QUESTIONS ADD MATHS, analyze tiap2 tahun punya soalan ikut chapter. Kalau jumpa satu soalan yang sangat pelik, datang jumpa saya! Chapters Form 4 and Form 5 tak berulang or overlapped macam Maths PMR, so takde halangan kalau Form 4 dah nak beli, still boleh buat chapters yang dah belajar. Tak payah membazir beli buku lain, buat past year sampai lunyai 2 tahun, CONFIRM A. Bukan setakat lulus tau, A. Try la kalau tak percaya.

Tuesday, May 17, 2011

GET IT RIGHT

What have I done? I wish I could run
Away from this ship going under
Just trying to help, hurt everyone
Now I feel the weight of the world is on my shoulders

What can you do when your good isn’t good enough?
When all that you touch tumbles down?
Cause my best intentions keep making a mess of things
I just wanna fix it somehow

But how many times will it take?
Oh, how many times will it take for me?
To get it right
To get it right
Can I start again with my faith shaken?
Cause I can’t go back and undo this
I just have to stay and face my mistakes
But if I get stronger and wiser
I’ll get through this
So I throw up my fist
I will punch in the air
And accept the truth that sometimes life isn’t fair
Yeah, I’ll send out a wish
Yeah, I’ll send up a prayer
And finally, someone will see
How much I care!

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU, cikgu

Tahun ni, instead of looking for appreciation from others, apa kata kita sebagai guru muhasabah diri, apa sumbangan kita kepada anak bangsa. Berjaya atau tidak kita MEMBINA negara bangsa? Tepuk dada tanya hati.

Saya secara peribadi belum lagi puas dengan apa yang dah saya buat sebagai guru. Before start kerja, cita-cita menggunung tinggi nak buat itu ini dalam dunia pendidikan, tapi belum cukup 3 tahun berkhidmat, semangat hilang entah ke mana. Tapi demi Tuhan saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya pilih. Teaching is not just a profession to me, dari dulu lagi. Tak pernah pun mengimpikan nak memandaikan budak, saya nak mendidik. Saya percaya, kalau students hormat dan sayang, pembelajaran lebih mudah dan diredhai. Biarlah dia tak dapat straight A's pun, tapi dia ingat saya sampai mati.

Kepada students kalau membaca, marah saya bukan benci tapi saya peduli. Kalau saya tak lagi menegur, that means I'm done with you. Tapi rasanya setakat ni, saya belum lagi sampai ke tahap tu. I'm not giving up on all of you, not now. Prinsip saya mudah, macam mana saya mendidik anak orang, insyaAllah macam tu juga guru-guru lain mendidik adik/anak saya (later).

Banyak sangat kelemahan ni. Belum cukup usaha cikgutqah. So don't stop.

HAPPY TEACHER'S DAY TO ALL TEACHERS.
Let us together MAKE A DIFFERENCE.

Saturday, May 14, 2011

ADD MATHS FORM 4 REVISION 2nd Episode

Please click the links.


No, not just click la. Of course lah need to download, print and work those out.
GOOD LUCK darlings!

Tuesday, May 10, 2011

ADD MATHS FORM 4 REVISION

Dear beloved students, due to time constraint, I've prepared a revision exercise for you all. So please, please, please download it, print, and do. Any problems, do not hesitate to come and see me.



Many more to come darlingss..

Wednesday, April 20, 2011

Saya dah kata budak-budak saya luar biasa

Situasi A

You all sure biasa dengar kan bakal calon SPM nak drop certain subjects kalau diorang memang sangat-sangat tak mampu buat. (Or memang MALAS nak struggle la kan maksudnya) Subjects yang students SUKA drop antaranya, Add Maths, Biology, Chemistry, Physics.

*Iklan jap : Pesan saya kat sini, kalau memang tak minat, jangan tunjuk hero lah masuk science stream masa Form 4, then bila dah Form 5 nak drop itu ini.

Tapi cerita ni memang sangat mencuit hati. Student ni punya lah nak keluar dari kelas tersebut, dia jumpa PK bagitau nak drop BAHASA MALAYSIA! Aku nak kata bangang tak sampai hati. Haha. Hello brader! Don't bother sitting for SPM lah kalau macam tu! Tak pernah dibuat orang lah drop subjek BM!

Situasi B

Saya mengajar satu kelas yang most of the students YA RABBI pemalasnya, asal bagi latihan je tunggu jawapan daripada 2-3 orang budak perempuan, then tiru tak payah fikir apa-apa dah. So one day, starting a new topic, I asked them to copy notes. Tak lama lepas tu sorang student tanya, "Cikgu, tu jawapan dia eh?" (Merujuk kepada formula yang saya square kan dengan kapur merah) Mula-mula saya sengih je tapi diorang blur jugak. So I asked them, "Kalau tu jawapan, soalannya mana?".........Itu nota lah! Mana ada jawapan2. Korang tau nak ada jawapan je depan mata ek! Cubalah jangan zalim dengan otak dan akal yang Tuhan dah bagi. FIKIRLAH FIKIR! Bukan kena bayar pun.


Saturday, April 9, 2011

Life's Complicated sayang

"Cikgu, Add Maths susah"

"Teacher, I hate Add Maths. Susah sangat."

"Teacher kenapa nak kena tanya bende2 macam ni"

"Cikgu buat apa nak belajar Add Maths. Susah"

"Teacher, nak pecah kepala saya buat Add Maths"

"Teacher saya boleh jadi gila buat Add Maths"

And macam2 lagi laa. Cikgu ni, Teacher tu. Semua tak kena. Semua susah. Adik2 sayang oi, cikgu belajar Add Maths waras lagi sampai sekarang. Bukan kata pecah, retak pun tidak kepala ni! Add Maths tu tujuannya to train kita solve problems. Memang lah kita punya life problems bukan find the roots for quadratic equations or find dy/dx untuk 4x tapi rasional nya kalau korang terror Add Maths korang boleh deal jugak dengan segala macam problem you face in your daily life. Faham? Faham ke tak kalau tak faham jangan buat-buat faham. Sekilas ikan di air dah tahu jantan betinanya. Tengok, cikgu Add Maths boleh bagi peribahasa. Sebab dulu tak pernah argue pun dengan cikgu BM kenapa nak kena belajar sastera. Inilah fungsinya. Tahu? Tau ke tak? Dah2 penat dah membebel kat sekolah. Haha.

One more thing, korang ada ingat tak time dalam perut ibu dulu, ada orang pernah janji dengan korang yang life's gonna be easy?? TAK ADA PUN KAN???? So yang nak bising2 kata everything susah kenapa? Memang pun, life's complicated. Try mati tengok?? Mati pun belum tentu senang kan? kan? So just LIVE with it! Belum ada yang mati gara-gara belajar Add Maths.

p/s : Dalam belajar, tak ada yang susah kalau rajin. MASALAHNYA MALAS! So nak salahkan siapa.

Whatever you said. =P

Friday, March 18, 2011

Sekitar aktiviti marking Add Maths exam papers

TOLONGLAH?! Ni kalau betul pun rasa macam nak pangkah.
Good example 1
Good Example 2
Or kalau susah sangat nak tulis kemas2 biar macam ni je okayy. =P

Sometimes life kita ni tak perlu complicated sangat. Haha.

p/s : Entry ni tidak bertujuan untuk humiliate anybody.

Friday, February 11, 2011

"Macam mana cikgu belajar??"

Itu soalan yang saya pernah terima daripada a few students. Dan juga yang ini..

"Uish..cikgu ni pandai gile la."

Tapi ni yang paling best.

"Cikgu, nak pinjam otak boleh?"

*Saya taklah bijaksana macam Al Khawarizmi tu, cuma saya dah belajar benda ni dulu sebelum awak, so awak rasa macam saya ni pandai la.Tapi bab pinjam otak tu, kalau boleh buat macam tu, saya takde hal lah nak bagi. Lagi senang kerja cikgu kan? Bila masuk kelas je bagi students pinjam otak, then goyang kaki. Haha. (Gile kau! Makan duit haram tau?!)

Tapi untuk menjawab soalan atas tu (atas atas, tengok atas kat title, haa kat situ)..ni cara saya study:

FOKUS 
DISIPLIN

(Lah tu je?) Yelah, tu je yang diperlukan. Fokus 100% dalam kelas - saya tak kata jangan bercakap, tapi jangan sambil buat add maths kau berdialog pasal lauk asam pedas yang kau makan malam tadi. Tak relevan langsung dengan task yang kau tengah buat tu kan? So ia boleh mengganggu concentration. Kedua, kau memang kena disiplin gile. Jangan macam ni, time belajar main, time rehat main, kalau time main sah sah la kau main kan? Jangan! Kau kena organize hidup kau supaya kau ada masa untuk rest, makan, beribadat and study. Kau wajib train diri sendiri supaya jadi macam ni - boleh gila kalau sehari tak jawab soalan add maths. (Contoh kisah benar)

So itu cara saya belajar, dulu kini dan selamanya.


 Macam ni, fokus. Walaupun duduk dengan bff, jangan gosip je pandai.

 Tengok budak-budak kat hujung tu, tu tak fokus la tu. haha.

 Sekarang dia sorang je tak fokus. Eh jap, tukang snap2 gambar kitorang ni sure la tersangat tak fokus nya kan? haha. Jangan macam tu.

Tengok ni punya gigih belajar kimia sampai macam ni, last-last ada ajar kimia?? Huhu. Sedih.
Bukan suruh belajar sampai tak tengok dunia pun, sekali sekala boleh la enjoy membahagiakan diri sendiri.

 ..dan menerima ijazah dengan gembiranya.. hehe

p/s : Gambar-gambar lama kat USM tercinta. Sekarang kat UM saya dengan budak baju pink tu. Hehe. Rindu nya campus life!!

Sunday, January 9, 2011

2011 wishlist

Is it too late to have a list? It's still January right? Besides, I can create my own damn list whenever I want. It's my blog after all. =P

1. Learn to say NO. -checked!- So glad I did it.
2. Enjoy school. ???!!!
3. Enjoy lectures. I don't need this cuz I always do.
4. No handphone while driving. This is the HARDEST thing ever!!!
5. Don't wanna be known as cikgu garang anymore. ^_^
6. Eat more..!! Aim : 43 kg by March??
7. Update blog even more often.
8. ....................... I wish I can write this down. Haha. ;)

That's all I can think of right now.

Okay, just so you know, my first week at school went (very) well. Alhamdulillah. I just got this problem - a lil lonely at home cuz I used to have all my crazy siblings around for a month, so the Shah Alam house seems REALLY (big), quiet and boring.

Footnotes :

Subjects I teach : Form 4 Add Maths & Form 3 Maths.
I registered for 2 courses this semester, my classes are on Thursdays (5-8pm) and Fridays (6-9pm)

Thursday, August 26, 2010

Dapat A ke??

Just now I gave 3I's Maths PRM Trial Exam papers back to the students. Suddenly an Indian boy jumped around holding his paper. I was very curious and talked to myself. "Setahu aku kelas ni tak ada yang lulus. Apahal happy sangat tu." Then he came to me and said, "Cikgu2 saya dapat 23 kan?" and I said, "yelah, 23 je yang awak seronok macam dapat 100 kenapa?". "yelah cikgu, sebelum ni markah saya tak pernah sampai 5 pun" he replied. Hahahaha. I felt like laughing out loud tapi tak sampai hati so sengih aje la. He even walked around the class telling everyone that he got 23 marks. Hehe. Anyways, he's the second highest, highest is 30 something so I guess it's worth the excitement. Baskaran2..berbaloi jugak aku menempik, memiat telinga dan membambu kau for the past 2 months. hehe.

Saturday, July 31, 2010

Sabtu yang tenang..or NOT

Hari ni memang meletihkan. Pagi bangun awal, siapkan a few assignments. Pukul 9 mula bersiap untuk ke sekolah sebab ada extra class PMR kat sekolah. Bila dah siap dengan anggunnya, Eh2, kereta aku mana???!!! Owh, abahku yang comel telah mencurinya ke pasar. Yes! Nice dad! Nice, really.

So sekarang macam mana. Erm..okay, Qilah dah balik dari wherever, walaupun dia nak guna kereta, kena cilok jugak. Tapi secara berhemah ya tuan2 dan puan2. Farid hantar. Bila masuk federal..OOOOWWWWHHHHHH jam pulak!! Yes2! Bagus sekali ya! Maka lambatlah sudah saya. nasib baik ada kak Sae yang best! tolong cover kejap untuk saya.

Setelah habis kelas abahku yang comel tersebut telah berada di kantin kerana sebelum itu saya telah mengamuk dalam telefon. "Kaklong habis pukul 12. Kaklong nak abah ada kat sini before 12. Tak kira! Sapa suruh curik kete kaklong. Haha."

And the rest of my evening went (quite) well. hehe.

Wednesday, June 30, 2010

It's morning babeh!

Did I tell you that I'm now teaching the morning session? It's surreal but (damn) waking up early in the morning is so unexciting! But it's good to perform Subuh awal waktu everyday. Haha. And merayau selepas pulang dari sekolah juga sangat menarik. kakaka.

Cuma sekarang tengah adapt dengan perubahan waktu. Macam kena setting balik jadual hidup. Haha. Dulu takde istilah 'malam' sebab lepas Subuh boleh tidur balik. (Jangan contohi perbuatan tersebut please. heheh) Sekarang pukul 9 lebih pun mata dah terkebil-kebil mohon ditutup. Sampaikan nak update blog pun tak ada masa. Bukan apa, rasa membazir waktu mengadap laptop. Tiba-tiba tidur dah become a major thing in my life. Haha. Temporarily! I'll make sure of that. Nanti dah biasa tak lah kot.

So now I'm teaching Add Maths (form 4) and Maths (form 3). Do you know that teaching Add Maths can be so exciting? Seriously! I still confronting the annoying bunch of kids though, the 2 PMR classes. Yang paling hujung dan 3rd hujung ye. Perangai masing-masing MasyaAllah dahsyatnya. Tapi this is my second year so dah belajar untuk lupakan apa saja yang berlaku dalam kelas sebaik saja melangkah keluar kelas. Hehe. Kalau ini first year mengajar rasanya dah meraung2 tak nak jadi cikgu dah kot. Haha. Takpe, students sekolah tersebut memang LUAR BIASA!

Next Monday is my registration day at UM and classes will be started the week after that. Maka perlu tambah lagi agenda dalam hidup. Hihi.

p/s : rasanya ada orang tu pun kena adapt juga bila waktu dating kena ubah. kakaka.

Friday, June 4, 2010

CHANGES

Hey people..! owh ASSALAMUALAIKUM...!!!

Nak tau tak?? Taknak tau pun kena baca jugak kalau dah berada di sini kan? kan?

1. Selepas cuti sekolah ini saya akan mula mengajar sesi pagi. Add Maths and Maths yang mana saya WAJIB pulun study sepanjang cuti ini.

2. Mulai July pula InsyaAllah saya akan bergelar part-time student pula. Yeay!! (Mari upgrade kan diri supaya boleh up kan hantaran. =P)

p/s : Ada orang tu prefer saya dalam mode busy. Lepas tu tak boleh dating padan muka. (-.-)