Monday, September 28, 2009

Sandaran Hati

Yakinkah ku berdiri di hempa tanpa tepi
Bolehkah aku mendengarMu
Terkubur dalam emosi tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku merindukanMu
Terpuruk ku di sini teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti Kau menemani
Dalam hidupku kesendirianku
Teringat ku teringat pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada erti
jika Kaulah sandaran hati
Inikah yang Kau mau, benarkah ini jalanMu
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku, bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah tanpa hadirMu
Dalam gelapnya malam hariku.

Friday, September 25, 2009

Cerita Raya (Part 2)


Dilahirkan dalam keluarga yang besar, kehadiran Syawal memang sangat2 dinantikan. Sambutan sebelah mama lebih meriah memandangkan sebelah abah, sepupu-sepupu saya dah beranak2 so masing-masing dah jarang pulang ke kampung. Kalau pulang pun balik hari. So kami menghabiskan 4 hari 3 malam di Sega saja. Selain Pak Mbong, semuanya pulang. Anak pak Mbong cuma 2, kecik2 lagi pulak tu, jadi tak terasa sangat. Tak menyumbang kepada keberadaan ruang pun. Haha. Why I said so? Imagine this..

Anak Maklong = 4 (+2 sbb sorang dah kawin dan beranak)
Anak Uncle JJ = 4 (-1 sbb sibuk sgt tak balik raya)
Anak Mama = 7
Anak Makteh = 9 (err..betul tak kak emi??)
Anak Pakndak = 6
Anak Maknyang = 7
Anak Pakcu = 4
Anak Acik Ana = 4
Nota kaki : Family Pakmbong tak diambilkira. Setiap family ditambah 1 lg untuk suami/isteri dan bibik 1. Owh, wan jangan lupe.

Wah!! Ini baru full-house! Cuba anda bayangkan waktu tidur............ Haha.......Di mana tempat terakhir masing-masing berpijak, di situlah mata terlelap. (Saya sentiasa tidur di tempat yang betul..sbb a beauty sleep sangat penting untuk saya! Ngeeeeeeee) Waktu makan jenuh la wan panggil semua turun. Taktik baru dia tahun ni, tak turun cabut smart card astro. Waktu nak tdo pulak saya la yang terpaksa jadi guru disiplin. Maunya tak, org dah nak tidur budak2 terkinja-kinja lagi. Amukla saya! Lantakla korang nak kate aku garang ke, bengis ke..yg penting aku bleh tdo dgn aman. Ahahaha..Kejam tak saye.........Huhu.

Tapi kat sini saya just nk story pasal my own-not-so-small family.

Abah
Asalnya dia boleh plak nak pakai baju melayu lama. Baru cakap sikit teruk kena bebel. Haha. Padan muke. Kain baju melayu yg dia pakai tahun ni saya yang pilih, mestilah saya baran. Ngee.. Akhirnya, tak tahan telinga dia pun pakai juga baju baru.

Mama
Erm..ape ek. Takde ape la. Cuma, baju same ngan hanis. Wahaha! Last minute br ingat hanis takde baju kurung. Nasib baik kain mama banyak balance. =P

Me
Akula org paling kelam kabut sekali tahun ni. Baju Hanis, seperti tahun lepas, Siap last skali. Setengah hari buat. Sampai satu rumah tak berani tegur aku takut amuk. Hahaha....I wonder how could I sew 2 pairs of baju kurung for everyone last year?? Tahun ni sepasang pn kabuts!

Kakngah
Dengan jaya nya dapat cuti raya. Jadi tukang urut kt kampung. Huhu.

Aid (dan Usop)
Err..dua org mamat ni takde story best la.

Huda
Minah ni angin sket. Menghabiskan banyak masa terperap dalam bilik mengasingkan diri daripada khalayak. Apa punya turrrr...

Yam
Minah posing okayyyyy! =P Tapi yang lawaknya tiap2 kali buat baju dia sure ade problem. Seolah-olah dia meninggi setiap setengah hari. huhu. Nway I sukeee baju u!! pandai u pilih kain. Haha.

Hanis
Minah barat sorang ni tak suke pakai baju kurung. Bila baju dia siap malam sabtu (tgh malam okayy!) mama paksa dia try. Mama cakapla "comelnyeee". Selamba badak dia cakap, "Ma, macam tak cantik je" Woi makcik! Aku tak tdo kot jait baju kau! Tapi lain plak cerita nya bila dah raya. Raya 1st pakai semua org dok puji sampai tak mau bukak. Raya 3rd supposed pakai gown tak nak. Mintak baju raya jugak...... (Baju raya tu istilah baju kurung hanis) Ehem2..... Haha. Tak sia2 aku tak bercakap seharian menjait baju kau minah. =P

So that's my version of raya story. How's yours??

Thursday, September 24, 2009

Raya punya cerita

Raya days were perfect! Seronok dapat pulang ke kampung lebih awal. (Walaupun jammed sket sampai ke Bentong) The fav part about Raya for me are berkumpul ramai-ramai dan MAKAN, especially dishes kat kampung. Hasil tangan nenek. Pergh!!! LAZAT.. Haha. Psstt.. saya dapat duit raya masa pergi beraya. Wah! Hehe. Cuma kali ni saya dah betul2 MENYAMPAH dengan soalan “Bila nak kawin”..Lain kali tanya la bila nak beli rumah ke, bila nak buat Haji ke..Meluat okayy! One more thing, bisnes pun jalan. Both of ‘em. Haha.. =) Besides dapat order for the filter, saya dapat ‘tender’ jahit baju untuk female cousins yang join khatam Quran this Disember. InsyaAllah on the 26th. Nervous neh sebenarnya nak jahit untuk orang selain adik beradik sendiri.

Perkarangan rumah wan - Pesta bunga api

Mercun haram, bunga api boleh kan?

Sepatutnya baju raya pertama saya lain,
tapi bila baju da siap tgk semua ada pink,
so I decided to join the club.

Adik-adikku


My cousin - Yaya a.k.a Teacher Nadia
Yang sebelah kanan dia tu,

kakak dia, Liana.

Jom teruskan perjalanan - Raub

Wednesday, September 23, 2009

Bicara Aki

Aki tu gelaran untuk atuk sebelah abah. Umur dia 100 lebih. He is special. Very special. Allah bagi dia ilham. Contohnya Allah 'bagitau' kelebihan ayat-ayat Al Quran melalui mimpi-mimpi. Tapi tidak dinyatakan ayat-ayat tersebut daripada surah mana, maka harus dicari sendiri oleh aki. Cuma, dia tidak boleh menyampaikan, kecuali ada yang bertanya. Dia juga boleh berkomunikasi dengan segala 'makhluk' selain manusia. Setiap kali pulang bertemu aki, tak pernah tergerak hati pun nak bertanya apa-apa, kecuali bila nak ke Mekah, saya akan bertanya kalau ada apa-apa ayat yang boleh saya amalkan dalam solat di sana, dan selalunya ada. Tetapi, kali ni adik-adik ringan mulut bertanya itu ini. Maka habislah petang kami mendengar 'khutbah' aki. Pada mulanya saya tidak berniat untuk menyertai, sekadar memandang dari jauh. Tiba-tiba aki bertanya, "siapa yang dulu hafal Yaasin tu?" Maryam, Huda dan Qilah serentak menjawab "Kaklong..Farid" (Ada yang menyebut kaklong dan ada yang menyebut Farid) Saya menggeleng dari jauh, tapi perlahan-lahan mendekati. Sebenarnya takut kalau-kalau aki nak tasmi' bacaan saya. Rupanya tidak. Dia sekadar ingin bercerita fadhilat Yaasin. Sempat juga berpesan, kalau dah hafal mana-mana surah dalam Quran, jangan sesekali lupa, nanti dah tak boleh ingat. InsyaAllah pesanan aki akan disemat. Doa-doa yang aki beri kami rakamkan. Nak salin tak tahu dari surah mana. Dulu aki rajin menulis kitab, kini tangan dah tak kuat, mata pun dah tak berapa nampak. Pesan aki menutup bicara, jangan sesekali tinggal solat. Di situ letaknya kekuatan iman.

Maryam menjadi orang pertama yang memulakan diskusi petang itu
Fokus gile
Huda pulak mengemukakan soalan

Akhirnya saya menyertai mereka

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Kepada semua sahabat :

~ Selamat menyambut Aidilfitri..Semoga dapat bersederhana di hari lebaran. Kalau nak over, tanya dulu diri sendiri amalan kita di bulan Ramadhan. Jangan amalan tak segah mana, raya yang lebih. Malu kat Tuhan. -Peringatan buat diri sendiri & kawan2.

~ Mohon maaf Zahir dan Batin. Kalau ada yang tersalah bicara, terlebih gurau, terkurang kata (heheh)..saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

~ Selamat berpuasa enam. Semoga kita ditemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah. Amin~

Pstt..30 minit lagi nak balik kampung. Yay! =)

Wednesday, September 9, 2009

Calon nak kene lempang

Di sekolah tadi saya mengajar sebuah kelas yang terdapat dalamnya seorang murid perempuan yang SANGAT KEPOH! SANGAT! Saya tak pernah jumpa murid sekepoh itu. Namun bukan kekepohannya yang menjadi masalah saya. Masalahnya, tadi dia telah bertanyakan soalan yang telah saya sebutkan dalam entry sebelum ini.

A : Cikgu, cikgu ni tak nak kawin ke?
(intonasinya seolah-olah dia sangat rimas melihat kebujangan saya)
Saya : (dalam hati) Budak ni soalan tak bolah bangang lagi ke ape..
Kawan A : Eh, cikgu dah kawin la. Kau tak nampak ke cikgu pakai cincin!
Saya : Tersenyum seraya memandang sekilas cincin yang terletak molek di jariku yang halus. (Ya, halus. Berat badanku telah hilang 3 kg!)

Jadi, saya telah pun ada seorang calon terbaik untuk menerima penampar sulungku. Oh, tidak! Itu sekadar imaginasi yang merapu. Mana mungkin saya melempang murid yang "risaukan" gurunya yang tidak kahwin-kahwin. Haha~

Berkenaan cincin itu pula, mungkinkah disebabkan itu, tiada yang "berminat" dengan saya? (Konon, kalau dah tiada yang berminat janganlah cincin itu pula dipersalahkan) Saya telah pun menanggalkannya sebelum ini, tapi ternyata saya tidak betah. Atau mungkin saya lebih selesa dianggap not available? Mungkin~ (Kedengaran agak bongok bukan? Biarlah, memang saya bongok pun dalam hal sebegini. Haha)

Tazkirah : Kalau Tuhan nak bagi sesuatu yang baik, Dia akan uji kita dengan sesuatu yang agak payah. Dia nak tengok sejauh mana kesabaran kita. Jadi, sabar sajalah ya. =)