Wednesday, October 28, 2009

MENYAMPAH..!

Perkara-perkara berikut telah membuatkan saya mengamok dan membebel2 macam orang gila dalam kereta...

1. Sebuah kereta Toyota-macam-bagus-besar-je-lebih yang bergerak 15km/j di jalan yang membolehkan kereta bergerak paling koman 60km/j. Encik, pasni tolong tukar dengan kereta lembu ye! Buang masa orang.

2. Kereta-kereta yang entah datang dari mana tiba-tiba memotong barisan bila kereta orang DAH NAK SAMPAI kaunter tol. Dah lama sangat hidup ke?? Biasanya pemandu lelaki yang kononnya ada hati nak buli pemandu perempuan. Tapi kalau dengan yang INI silap orang la. Lepas je tol kereta-kereta tersebut PASTI dipotong. Ingat kau bagus sangat??

3. Kereta yang bagi signal tak habis-habis tapi tak ke mana pun. Weit! Kalau tak tau nak pegi mana boleh tak padam signal dan bergerak maju ke hadapan tanpa meng 'confuse'kan pemandu di belakang? Kalau nak tukar lane tukar je la cepat-cepat. Kalau nak tunggu jalan tu kosong, tunggu kiamat.

4. Kereta yang kejap-kejap brek, kejap-kejap brek, padahal depan dia takde ape pun. Apa masalah kau haa????

to be continued......

2 comments:

  1. hehehehehehe....
    evrytime ko post entry yang cenggini, aku mesti sakit perot!!
    =)

    ReplyDelete
  2. eh betol kn? menyakitkan hati dowh. Aku dpt bygkan kalo ko jd aku. erm... hahah.

    ReplyDelete