Friday, April 30, 2010

My Bestest Friend's Wedding

Actually hari tu emo gila sampai tak boleh nk tulis entry. Sedih punya pasal bestfriend nak kawin. Dalam 6 orang tu, saya paling ngam dengan minah sorang ni. memang sekepala habis.

Masz, Thanks very2 much for EVERYTHING..! Tuhan je tau. Thanks sebab bersabar dengan aku yang selalu membebel2 or marah2 ko (orang selalu confuse bila tengok masz kena 'marah', masz je yang tau bila saya serius and bila tak). Thanks for being my partner in MOST of the assignments. Lab partner especially, yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi. haha. Thanks for lending your ears listening to all my problems with you-know-who. Thanks sebab sudi pujuk aku bila-bila aku menangis sebab apa saja. hehe. And last but not least, THANKS for still being there after whatever we had been through. (We passed it anyways kan?? hehe)

Aku tau lepas ni kau dah ade Bob tapi just in case, remember that I'll be here. Perlu story mory dengan aku okayy. I wish you all the best. Jadi isteri yang solehah. Be nice!

Kita zaman dolu2...





Monday, April 26, 2010

Me choosy??

Picky, maybe. ^_^

"Ko ni memilih sangat kot. Kita ni dah tua, jangan memilih2."
&*^%##%&!!!! Say that again ONE MORE TIME...!

I could ONLY choose one guy to be with me for the rest of my life.

Of course I have to be choosy!

Friday, April 23, 2010

Nasyid

Kalau saya cakap yang saya pernah jadi solo nasyid anda percaya tak? haha. Yeah2, that's how I practice to yell at my students (dengan suara yang tak irritating) nowadays. Ngee. =)
How does it started?

Di pondok kecil..Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Hehe. Itulah nasyid pertama saya memvokaliskan diri. Sejarah tersebut dilakar di sekolah agama di Ampangan. Pertandingan antara sekolah-sekolah agama. Darjah berapa dah tak ingat. Kemudian, saya wakil sek agama di Balik Pulau pula. Tapi dah tak ingat nasyid nya.

Era sekolah menengah pula digemilangkan dengan..

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Saya rasa inilah detik paling penting yang saya takkan lupa sampai bila-bila kerana di sinilah saya tau yang saya dah jatuh cinta dengan nasyid. Asalnya sekadar suka-suka bernasyid sempena pertandingan comel-comel minggu orientasi di SMKA (P) Almashoor Pulau Pinang. Kumpulan saya menang dan menyebabkan kami terpaksa perform kat assembly sekolah pula. MALU GILA. Eh2, tu sekolah perempuan okay so boleh je nyanyi kat assembly. Ada seorang yang penting masa tu yang membakar semangat saya, kak Azma Hani. Thanks a lot for seeing something in me! Then saya disumbat dalam kumpulan nasyid sekolah yang akan perform dalam apa-apa event sekolah. Sekali lagi diingatkan, sekolah perempuan. haha.

Bila saya berpindah ke SMAKL..owh tidaaakkk...sekolah campur so tak boleh la nak menggunakan bakat. hehe. Rasanya cuma sekali berpeluang bernasyid di malam lipur puteri. (kan Nad kan?? haha.)

Kemudian, KISAS. Hah. Walaupun sekolah campur, tapi Shoutul Mujahidah tetap aktif perform untuk muslimat (dalam perkarangan asrama sahaja okay). Pendek kata puas hati lah dapat guna balik bakat yang ada sepenuhnya. Hehehehe. Tapi sampai situ sajalah penglibatan saya dalam nasyid. Lepas keluar KISAS dah tak aktif. Nasyid-nasyid sekarang pun tak best dah macam nasyid-nasyid lama.

Sekarang bila dengar students berlatih nasyid di sekolah saya sure akan tersengih-sengih. Dalam hati berkata, okaylah. Ni zaman korang. Zaman aku dah habis. heheh.

p/s : saya tak reti main percussion. tau nyanyi aje.

Monday, April 19, 2010

Allah itu Maha Pengasih

Entry ini ditujukan khas buat saudari SITI KHALIJAH (housemate yang hebat!) dan kepada anda umumnya.

“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa- rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

Memang ada masa kita rasa give-up berusaha. Rasa macam letih dah mencuba tapi tak dapat-dapat juga capai apa yang kita nak. Atau mungkin ada terselit rasa cemburu, tertanya-tanya, macam mana orang macam dia boleh berjaya sedangkan hubungan dia dengan Tuhan tak bagus mana.

Tapi ingat, macam mana kecewa pun, jangan kita lupa akan adilnya Allah. Dia Maha Pengasih, takkan Dia nak kecewakan hambaNya tanpa sebab. Maybe kita sendiri perlu muhasabah mana silapnya kita. Yang paling penting, jangan sesekali berputus asa.

Allah answers your prayers in 3 ways ;
He says YES and gives it to you
He says WAIT and gives you the BEST
He says NO and gives you BETTER

Jadi percayalah, kalau belum capai apa yang kita inginkan, Allah sedang menguji kita. Lebih besar cabaran, lebih besar ganjaran. HEBAT! kan.

p/s : Believe that dreams come true, because they do. =)

Saturday, April 10, 2010

Tagged by Liyana

1) Siapakah diri anda di rumah?
sama dengan diri di luar rumah. haha. ok2. seorang yang kuat makan dan mengemas.

2) Siapakah diri anda disamping rakan?
gila2, suka gelak tak pasal2 dan boleh juga jadi yang opposite, sangat senyap dan tak senyum langsung.

3) 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
1) mengajar chemistry and add maths
2) rumah di kensington park (cawangan segambut okayy) haha
3) tunaikan haji
4) umrah tiap-tiap tahun
5) a potential husband candidate =P

4.Siapakah nama pasangan anda?
Mr Nobody

5.Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
soalan tidak berkenaan

6.Bila tarikh anda couple?
sekali lagi, soalan tidak berkenaan

7.Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
tiada. haha.

8.Lagu tema cinta anda?
I Just Haven't Met You Yet by Michael Buble .. haha

9.Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
.......

10.Tag rakan anda yang lain
Nad

Friday, April 9, 2010

Stuck

Maybe I was wrong,
Maybe I was looking in all the wrong faces.
Maybe I was wrong,
Maybe I was searching in all the wrong places.

Wednesday, April 7, 2010

Kata orang

Ada sesetengah orang kata "senang kan jadi cikgu, cuti banyak, kerja half-day, elaun banyak". Untuk orang yang selalu fikir begini, sila buka minda anda seluas-luasnya dan baca tulisan di bawah.

Itu je yang korang nampak kan? Bila cuti awal tahun yang kami kena datang gotong-royong sekolah, bila cuti tengah tahun yang kami pulun menanda kertas2 exam students, bila kami balik rumah setiap hari buat lesson plan @ tanda buku latihan/nota students @ prepare bahan bantu mengajar, bila waktu 'kerja-half-day' kami (sepertimana yang korang kata) dipenuhkan dengan berjalan/berlari ke sana sini menyiapkan kerja @ bambu students (almaklum, kerja half-day kan, semuanya nak settle dalam masa yang sedikit), bila cuti hujung tahun kami hampir hilang sebab jaga SPM, bila kami guna elaun kami yang banyak tu untuk fotostat latihan students, beli penyapu @ langsir untuk kelas, beli barang-barang untuk ceriakan kelas dan sebagainya TANPA claim balik kat sekolah or students, bila kami meeting PIBG or menghias surau untuk pertandingan peringkat daerah sampai jam 9 malam, bila kami kena hadir ke sekolah hampir SETIAP Sabtu untuk aktiviti perkembangan staf, ATAUPUN bila kami pulun setengah mati sampai menangis-nangis belajar kimia macam nak jadi saintis di universiti dulu tapi alih-alih mengajar Seni, KH dan Moral, ADA KORANG NAMPAK SEMUA TU???

TAK ADA KAN? KAN? YANG KORANG NAMPAK CUTI KAMI YANG KONONNYA BERLAMBAK-LAMBAK TU.

Minggu lepas dalam paper ada keluar isu 'seksa jadi guru'. Untuk orang macam saya yang memang rasanya dilahirkan untuk jadi guru, saya tak rasa terseksa pun. Cuma bila ada yang kata tugas guru ni tak setimpal dengan gaji yang kami dapat, memang panas hati la jugak dibuatnya. MAMA SAYA KATA, KAMI DIBAYAR IKUT TAHAP PENDIDIKAN KAMI, MEMANG KAMI TAK JADI ENGINEER KE, ARKITEK KE, LAWYER KE, TAPI ZAMAN BELAJAR KAMI SETENGAH MATI JUGAK LA MACAM KORANG.

Setelah baca tulisan di atas, saya menyeru korang yang masih diselubungi rasa cemburu ni, pergi mohon jadi guru ganti atau gstt selama sebulan. Dah habis tempoh tu, korang katalah apa pun yang korang nak kata. Yang saya hairannya, KALAU DAH MEMANG TAU DAN YAKIN SANGAT JADI CIKGU TU SENANG, YANG KORANG TAK JADI CIKGU KENAPA?

p/s : Teachers were born, not made. Semua orang boleh jadi pandai, tapi untuk menurunkan level kepandaian tu supaya sama dengan students yang level nya zero, yang itu tak semua boleh buat. Tak tertanya-tanya kenapa ada profesor bijak pandai di universiti yang kita ni satu habuk pun tak faham apa yang dia cuba sampaikan? Mm..maybe dia tak pernah jadi cikgu?