Ada sesetengah orang kata "senang kan jadi cikgu, cuti banyak, kerja half-day, elaun banyak". Untuk orang yang selalu fikir begini, sila buka minda anda seluas-luasnya dan baca tulisan di bawah.
Itu je yang korang nampak kan? Bila cuti awal tahun yang kami kena datang gotong-royong sekolah, bila cuti tengah tahun yang kami pulun menanda kertas2 exam students, bila kami balik rumah setiap hari buat lesson plan @ tanda buku latihan/nota students @ prepare bahan bantu mengajar, bila waktu 'kerja-half-day' kami (sepertimana yang korang kata) dipenuhkan dengan berjalan/berlari ke sana sini menyiapkan kerja @ bambu students (almaklum, kerja half-day kan, semuanya nak settle dalam masa yang sedikit), bila cuti hujung tahun kami hampir hilang sebab jaga SPM, bila kami guna elaun kami yang banyak tu untuk fotostat latihan students, beli penyapu @ langsir untuk kelas, beli barang-barang untuk ceriakan kelas dan sebagainya TANPA claim balik kat sekolah or students, bila kami meeting PIBG or menghias surau untuk pertandingan peringkat daerah sampai jam 9 malam, bila kami kena hadir ke sekolah hampir SETIAP Sabtu untuk aktiviti perkembangan staf, ATAUPUN bila kami pulun setengah mati sampai menangis-nangis belajar kimia macam nak jadi saintis di universiti dulu tapi alih-alih mengajar Seni, KH dan Moral, ADA KORANG NAMPAK SEMUA TU???
TAK ADA KAN? KAN? YANG KORANG NAMPAK CUTI KAMI YANG KONONNYA BERLAMBAK-LAMBAK TU.
Minggu lepas dalam paper ada keluar isu 'seksa jadi guru'. Untuk orang macam saya yang memang rasanya dilahirkan untuk jadi guru, saya tak rasa terseksa pun. Cuma bila ada yang kata tugas guru ni tak setimpal dengan gaji yang kami dapat, memang panas hati la jugak dibuatnya. MAMA SAYA KATA, KAMI DIBAYAR IKUT TAHAP PENDIDIKAN KAMI, MEMANG KAMI TAK JADI ENGINEER KE, ARKITEK KE, LAWYER KE, TAPI ZAMAN BELAJAR KAMI SETENGAH MATI JUGAK LA MACAM KORANG.
Setelah baca tulisan di atas, saya menyeru korang yang masih diselubungi rasa cemburu ni, pergi mohon jadi guru ganti atau gstt selama sebulan. Dah habis tempoh tu, korang katalah apa pun yang korang nak kata. Yang saya hairannya, KALAU DAH MEMANG TAU DAN YAKIN SANGAT JADI CIKGU TU SENANG, YANG KORANG TAK JADI CIKGU KENAPA?
p/s : Teachers were born, not made. Semua orang boleh jadi pandai, tapi untuk menurunkan level kepandaian tu supaya sama dengan students yang level nya zero, yang itu tak semua boleh buat. Tak tertanya-tanya kenapa ada profesor bijak pandai di universiti yang kita ni satu habuk pun tak faham apa yang dia cuba sampaikan? Mm..maybe dia tak pernah jadi cikgu?
No comments:
Post a Comment