Saturday, July 31, 2010

Sabtu yang tenang..or NOT

Hari ni memang meletihkan. Pagi bangun awal, siapkan a few assignments. Pukul 9 mula bersiap untuk ke sekolah sebab ada extra class PMR kat sekolah. Bila dah siap dengan anggunnya, Eh2, kereta aku mana???!!! Owh, abahku yang comel telah mencurinya ke pasar. Yes! Nice dad! Nice, really.

So sekarang macam mana. Erm..okay, Qilah dah balik dari wherever, walaupun dia nak guna kereta, kena cilok jugak. Tapi secara berhemah ya tuan2 dan puan2. Farid hantar. Bila masuk federal..OOOOWWWWHHHHHH jam pulak!! Yes2! Bagus sekali ya! Maka lambatlah sudah saya. nasib baik ada kak Sae yang best! tolong cover kejap untuk saya.

Setelah habis kelas abahku yang comel tersebut telah berada di kantin kerana sebelum itu saya telah mengamuk dalam telefon. "Kaklong habis pukul 12. Kaklong nak abah ada kat sini before 12. Tak kira! Sapa suruh curik kete kaklong. Haha."

And the rest of my evening went (quite) well. hehe.

Thursday, July 29, 2010

Please locate yourself. Thank you.

This is my timetable..

Monday - Thursday : 7.20am - 2pm, school
Friday : 7.20am - 12.30pm, school and 3 - 9pm, UM
Saturday : 2 - 5pm, UM.

(Hahaha. Gedik betul bagi jadual cikgu.)


There..you've got mine. May I have yours?

Err..update the location as well please. Thank you.

oopppssss..Gurau kasar. hehe. At least blog dah update. =P

Sunday, July 11, 2010

Tak ada salah, ada pun susah

Anda rasa title tu dikaitkan dengan apa?? Siapa pandai teka sila belanja diri sendiri dengan Nine West bag. Thank you. Hehe. =))

Title tersebut saya kaitkan dengan BOYFRIEND a.k.a teman lelaki. Bukan kawan lelaki yang biasa-biasa tu ye. Eh tak-tak! Bukan boyfriend saya yang menyusahkan tu, dia AMAT menyenangkan. *wink* Yang menyusahkan ialah orang-orang sekeliling (nama dirahsiakan untuk menjaga hati semua pihak.heh) yang terlebih prihatin.

Time tak ada boyfriend bising suruh saya cari. Umur dah banyak la blablabla. Bila dah ada bising suruh saya kawin pulak dah. TOLONG BACA AYAT-AYAT SETERUSNYA BAIK-BAIK.

KALAU ADIK NAK KAWIN DULU PUN BIARLAH. SAYA TAK KISAH, YANG KORANG PULAK SIBUK-SIBUK KENAPA? ISLAM PUN TAK MELARANG ADIK KAWIN DULU CUMA DIGALAKKAN BAGI 'HADIAH' KEPADA SI KAKAK SEBAGAI TANDA MENJAGA HATI BELIAU. TAPI SAYA TAK MINTA APA-APA PUN. TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN. SO KALAU NAK KAWIN, KAWIN AJE DULU. ORANG-ORANG YANG BISING ITU AKAN TETAP BISING. NANTI BILA DAH KAWIN SIBUK TANYA BILA NAK ADA ANAK PULAK. TENGOK AJE LAH KALAU TAK PERCAYA. SO TAK PAYAH FIKIRKAN ORANG-ORANG ITU KALAU NAK LANGKAH SI KAKAK. KALAU DAH JODOH ADIK DATANG DULU, APA KUASA MANUSIA NAK HALANG??

Tolonglah belajar hormati pendirian orang lain. Bukan saya nak kawin senyap-senyap pun. Sampai masa nya nanti, anda akan jadi antara pasukan yang pertama tahu tentang berita tersebut. So, sudah-sudah la tu bertanya. Tak penat ke?? Sebab saya dah penat!