Friday, March 25, 2011

Kahwin?? Why??

Kadang-kadang ada antara kita menganggap perkahwinan akan menghalang kebebasan hidup, menyempitkan pintu rezeki, terpaksa menanggung nafkah zahir kepada isteri dan anak-anak. Ada juga segelintir umat Islam lebih suka memilih untuk hidup membujang atau melambat-lambatkan berkahwin tanpa sebab. Walhal dengan perkahwinan inilah kita boleh mendapat nikmat yang besar seperti ketenangan, kasih sayang, kerjasama dan rasa bertanggungjawab, di samping meluaskan pintu serta dipermudahkan urusan pencarian rezeki.

Ketika mengulas kelebihan perkahwinan ini, Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadis sahih:

"عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : قَالَ رَسَوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ فَإِنَّهُنَّ يَأْتِيْنَكُمْ بِالْمَالِ".

Maksudnya: Dari Aisyah Radiallahu-Anha, Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Berkahwinlah kamu, kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta".

(Riwayat Al-Imam Al-Bazzar)

Antara hikmah perkahwinan:
  • Mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia, kerana baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam akan berbangga dengan umat baginda yang ramai di akhirat nanti
  • Menjaga kehormatan diri
  • Memudahkan datangnya rezeki
  • Hidup bahagia dengan aman damai, berkasih sayang dan cinta mencintai
  • Menambah kaum kerabat, memperhubungkan Silaturrahim antara satu dengan lain
So if I were to asked the same question, "why do you wanna get married", my answer would be "WHY NOT?". It's about time I guess. Bercakap soal tanggungjawab, selagi yang namanya khalifah di muka bumi, semua orang punya tanggungjawab, berkahwin atau tidak.

p/s : At least, daripada dapat dosa tak ketahuan, boleh jugak dapat pahala bila rindu suami. =p

2 comments:

  1. Amboi....makin ligat no dgn ayat-ayat hikmah pasal kawen la ni...mentang2 la org tu 24/7 dibuai mimpi indah...huhu

    ReplyDelete
  2. indah la sangat............. =P

    banyak keje bro. takde mase pun nk mimpi. ngigau ade la. =P

    ReplyDelete