Friday, May 27, 2011

JANGAN KATA SAYA TAK BAGITAU

Cuba tanya bekas students yang pernah belajar Add Maths, tanya yang average lah, jangan tanya yang genius pulak, berapa ramai yang kata AM tu susah? Ye betul, RAMAI. Hampir semua kot. Sebab tu namanya belajar, bukan mengajar. Kalau dah namanya belajar, BELAJAR lah. Letih dah pesan, AM perlukan latihan setiap hari! Kalau tak mampu pun, at least seminggu 3 kali. PRACTICE PRACTICE PRACTICE. Kalau tak latih diri tengok soalan, esok nak exam hari ni baru nak belek nota, memang susah gile lah jadi nya. Tak pernah dibuat dek orang lah, AM belek nota! Faham tak maksud 'latihan'??

Soalan AM sama je. Cuma tukar numbers. Tapi kalau dah tak pernah buat extra exercises, nak harapkan yang cikgu bagi je (tu pun kadang2 tak buat, tak pun tiru) memang tak jalan la. Kalau tak percaya, pergi beli buku PAST YEAR QUESTIONS ADD MATHS, analyze tiap2 tahun punya soalan ikut chapter. Kalau jumpa satu soalan yang sangat pelik, datang jumpa saya! Chapters Form 4 and Form 5 tak berulang or overlapped macam Maths PMR, so takde halangan kalau Form 4 dah nak beli, still boleh buat chapters yang dah belajar. Tak payah membazir beli buku lain, buat past year sampai lunyai 2 tahun, CONFIRM A. Bukan setakat lulus tau, A. Try la kalau tak percaya.

3 comments:

  1. ni mara habes ni :/

    ReplyDelete
  2. alaa..apesal cikgu saya x penah bgtau soalan add math ulang2 je? tak de la saya baca nota je dulu..kekekeke

    ReplyDelete