Saya tak tau apa implikasinya ke atas saya jika saya menulis tentang isu ini tapi nak tulis jugak. Ala blog ni bukan famous sampai Setiausaha Sulit Perdana Menteri baca pun kan (apatah lagi PM sendiri) so saya punya suka la nak tulis apa pun. :p
Frankly speaking, saya bukan peminat politik. I just don't give a damn about it. You can say whatever you want, I don't care. Pada saya, bila ada je campur tangan politik sure ada benda tak kena and maybe lebih tepat lagi, TAK BETUL. It's called POLITICS after all isn't it??
Tapi bila saya kata saya tak ambil port tentang isu politik, bukanlah bermakna saya ni anti kerajaan ke apa. Tak. Saya anti benda2 yang tak patut and tak betul. Mana2 pihak pun, kalau u tak betul, maknanya I anti YOU okay. Hehe.
Sebagai manusia yang waras, saya tak boleh menidakkan semua usaha dan jasa kerajaan just because ada benda2 yang tak betul. Itu poyo namanya. Saya ni pegawai kerajaan. Kalau saya kata kerajaan tu tak betul semuanya, habis saya ni yang bekerja mati-matian mendidik anak bangsa, tak betul jugak?? Susahlah macam tu. Tapi jujur saya cakap, sistem pendidikan memang amat teruk bila pemimpinnya ialah orang politik, yakni bukan pemimpin yang akar umbinya dari dunia pendidikan. Tak pernah jadi guru, tak pernah mengajar dan mendidik, alih2 kau nak wakili kami? What the ....???? You don't even know what's happening in schools. And you don't have any idea what we, THE TEACHERS are going through. The only reason saya berkhidmat di sekolah kerajaan adalah kerana saya telah disponsor oleh KPM suatu masa dulu atau dalam erti kata yang lebih mudah, saya pemegang biasiswa KPM. Yelah, kalau dapat yang free buat apa nak bayar ye tak? haha. Lagipun nak bayar PTPTN nanti ada riba pulak. :p
So bila saya habis membalas jasa KPM nanti, jika haluan pendidikan negara ni masih sama, saya akan fikir2 kan semula. Nak berhijrah ke sekolah swasta....or mendidik anak2 sendiri saja. Hehe.
Kita ni manusia, lemah. Yang salah tu kalau sekecil kuman pun, cepat je nampak. (insan yang menulis ni pun tak terkecuali) Jangan cepat melatah. Allah akan uji apa yang kita cakap. Ada certain people, kalau nak menentang kerajaan tu, dia yang gila2. Berdas2 keluar dari mulut. Itu ini, salah semuanya. Tak ada yang betul. Tapi bila kerajaan bagi bonus, tak pulangkan balik pulak??? Tak malu ke apa? Hak? Hak kau cuma gaji biasa2 yang kau dapat every month tu. Bonus tu keistimewaan. Berterima kasih sikit apalah salahnya. Ni kalau berkhidmat dengan kerajaan lah kan. Kalau private sector tu gasaklah apa korang nak buat pun. Cuma saya suggest, kalau dah tak suka sangat, keluar je lah dari Malaysia. Pergi bina kehidupan di tempat lain yang korang rasa lebih BENAR dan serasi.
Kita hidup kat muka bumi ni, buat aje lah kerja kita. Amanah tu yang lebih penting. Kalau kau tu student, belajar. Kalau kau doktor, waima anak PM sekalipun, kau kena rawat. Kecualilah kalau kau ni memang Setiausaha Sulit Perdana Menteri, memang tugas kau lah untuk membetulkan dia kan. Kalau bukan kerja kau macam tu, sila main jauh2 tak payah kecoh2. That's why someone said, WHEN YOU ARE WRONG, ADMIT IT. AND WHEN YOU ARE RIGHT, SHUT UP.
p/s: Saya pun ada masa-masanya protes and kutuk gov juga. Tapi taklah sampai dah tak nampak yang betul. Besides, saya bukanlah jenis yang melompat-lompat bila dapat bonus. Gaji pokok pun tak pernah tau berapa. :p
ye, anti ke pro ke mesti ada sebab. dan sebab tu kena terpakai. klo sebab x terpakai/x valid...well...
ReplyDeletetp nk jadi adil dalam pertimbangan mmg sukar.