Assalamualaikum. Lately ada few friends tanya macam mana saya boleh dapat offer Haji muda-muda. [Aww..muda kerr..???]
Hehe. First of all, saya dah register lama, tahun 1998. Masa tu Form 1. TH bagi anggaran, 2005 saya akan dapat offer. But my first offer sampai masa 2008. Tapi time tu memang tak ready lagi nak pergi. Rasa macam muda sangat. Saya tak nak pergi just for suka-suka and cukupkan Rukun Islam but ends up balik tak buat perubahan. So saya reply surat kata menolak, and postponed. Second offer 2009. Still tak rasa terpanggil nak pergi. [Macam jahil benor kan? Tapi ingat, ada sebab kenapa orang ke sana dipanggil TETAMU ALLAH. Kalau Dia belum jemput, memang tak terbit rasa di hati. Kalau tak percaya cuba fikir kenapa orang kaya duit berjuta tak pergi2 buat Haji?]
Tahun lepas, lepas abah dapat offer untuk pergi Haji kali kedua, saya memang rasa nak pergi sangat2 tahun ni. Mama pun ajak saya dan suami buat rayuan untuk pergi tahun ni. Masa ikut abah berurusan di TH, kami bertanyakan prosedur membuat rayuan. Bila check tahun kami mendaftar, pegawai tu kata memang ada chance yang tinggi untuk rayuan kami diluluskan. Beliau bagi satu memo kecil yang tertulis kes dan nombor rayuan untuk kami kepilkan bersama surat kami nanti.
Masuk bulan Februari tahun ni kami siapkan surat rasmi dan terus hantar ke TH. [TH Maju Junction dekat je dengan rumah parents, so segala urusan dengan TH memang kami walk-in terus ke TH] Dalam surat pengesahan penerimaan rayuan, TH bagitau jawapan untuk kes2 rayuan akan diketahui selewat-lewatnya bulan Ramadhan tahun ni. Tapi memang every time balik Segambut mesti nak check surat. Memang saya tunggu-tunggu.
Alhamdulillah, rezeki yang ditunggu sampai juga. Buat masa ni masih nak selesaikan rayuan untuk suami, sebab pendaftarannya baru last year so kalau ikut giliran, 2053. So suami kena buat surat rayuan pergi sebagai mahram saya. [Nasib baik abah dah pergi last year, kalau tak nanti tak ada alasan. Hehe]
Finally, sila faham, ini baru offer. Memang saya akan terima. Tapi perjalanan masih jauh. Macam-macam boleh jadi. Kita merancang, tapi Allah yang akan tentukan dan saya yakin Dia tau apa yang terbaik untuk kami semua. Macam yang saya katakan dalam entry sebelum ni, kalau Allah dah tentukan yang saya akan jadi tetamuNya tahun ni, sampailah saya. Kalau tak, tahun-tahun depan InsyaAllah.
Saya kongsikan juga di sini contoh surat rayuan yang saya buat tempoh hari untuk dihantar ke pihak TH.
Semoga memberi manfaat buat semua, InsyaAllah.
Dua buku yang menyuntik semangat membara-bara untuk menunaikan haji pada usia muda.