Sunday, December 13, 2009

NATRAH..Kronologi

Tulisan ini dituju khas buat Nurnadiah =P

24 Mac 1937 - Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dgn nama Bertha Hertogh @ Maria Huberdina Hertogh
Disember 1942 - Bertha diserahkan utk dipelihara oleh Che Aminah ketika berusia 5 tahun. Ibunya Adeline & neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kpd Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus kerana telah ditawan tentera Jepun
15 November 1945 - Che Aminah membawa Natrah pulang ke Kpg Benggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci org kulit putih yang dianggap bangsa penjajah. Natrah dibesarkan dalam suasana pendidikan Islam
1945 - Bapa Natrah dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari anaknya diteruskan melalui teman2 dan pegawai2 kerajaan Inggeris dan Belanda
September 1949 - Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu seaktu pertunjukan senaman di paang Sekolah Perempuan Melayu Chukai
19 Ogos 1949 - Polis Semarang memberitahu Hertogh, Natrah berada di Kemaman
12 April 1950 - Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh
22 Mei 1950 - Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura
24 April 1950 - Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
28 April 1950 - Che Aminah membuat rayuan utk mendapatkan semula hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim drpd syarikat peguam S.C. Goho & Co.
19 Mei 1950 - Peguam bela Encik Ahmad Ibrahim berhujah di mahkamah bahawa Che Aminah berhak menjadi penjaga Natrah
28 Julai 1950 - Che Aminah menang kes rayuannya, Natrah dikeluarkan daripada York Hill
1 Ogos 1950 - Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dgn Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor iaitu En. M. A. Majid di Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor 22 tahun
2 Disember 1950 - Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ktiga utk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah. Mengikut undang2 Belanda, seorang anak yang berusia 18 tahun ke bwh, bapanya berhak menentukan hidupnya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibu bapa tetapi penjaga. Tiba2 daripada isu agama bertukar kpd isu jagaan
12 Disember 1950 - Hakim menjatuhkan hukuman iaitu Natrah mesti dikembalikan kpd ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya dijadikan penganut Katholik
12 Disember 1950 - Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah dimurtadkan
13 Disember 1950 - Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda
15 Disember 1950 - Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; beliau disambut oleh lebih 4000 org Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk "Welcome Back Bertha". Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanyakan tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah meminta sejadah, bertanyakan kiblat dan tak lupa sembahyang 5 waktu sehari. Ingatannya terhadap suaminya Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya
Januari 1952 - Mansor menerima surat drpd seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah
9 Januari 1951 - Surat 1 drpd Mansor kpd Natrah dlm tulisan Jawi, berbahasa Melayu
10 Januari 1951 - Surat 2 drpd Mansor kepada Natrah
17 September 1951 - Surat 3 drpd Mansor kepada Natrah
Mac 1953 - Surat pertama drpd Natrah kpd Mansor dlm tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan meminta Mansor jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya, Bertha Hertogh
25 Januari 1953 - Surat Mansor kpd Natrah
20 Julai 1953 - Srat Bertha kpd JC Vermeulen disampaikan kpd Mansor
1954 - Mansor berpatah arang dan berkahwin dgn anak muridnya Zaiton Jahuri. Mansor menghantar kad undangan kepada JC Vermeulen. Bertha yg mengetahui hal itu sgt kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kpd temannya Johannes Gerrit Vermeulen
26 Januari 1956 - Telegram drpd JC Vermeulen kpd Mansor menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor di Malaysia
20 April 1956 - Bertha berkahwin dgn Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun yang kemudiannya berhenti menjdai askar dan menjadi tukang kayu
15 Februari 1957 - Bertha bersalin anak lelaki pertama. (Betha dikurniakan 10 orang anak )
20 Januari 1959 - Surat drpd Mansor kpd bertha menceritakan dia sudah berkeluarga
3 Februari 1959 - Surat Bertha kpd Mansor. (Kesemua surat Mansor tersimpan dlm fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen Op Zoom, Belanda
25 November 1975 - Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dlm filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor turut dijemput dalam dokumentari tersebut. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 org anak, manakala Mansor hidup mewah sebagai guru dan peguam
16 Ogos 1976 - Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai
26 Disember 1976 - Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah
1976 - Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 - Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yg selalu dtg ke Cafe Bertha dan yg dikatakan bersepakat dgn Bertha utk membunuh suaminya dulu. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira2 12km dari Bergen Op Zoom, Belanda
1983 - Bertha bercerai dgn Toom Ballermans
1984 - Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak
15 September 1984 - Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin. Ben adalah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malan di Belanda dahulu. Ben kemudiannya mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat. Bertha tinggal di Nevada, tgh AS dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian berkerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dlm keadaan terseksa jiwa raga, kehilangan orang2 tersayang.
9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamya pada suatu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kpd Bernama.

Saturday, November 28, 2009

Innocence

Waking up I see that everything is okay. The first time in my life and now it's so great. Slowing down I look around and I am so amazed. I think about the little things that make life great. I wouldn't change a thing about it. This is the best feeling. This innocence is brilliant, I hope that it will stay. This moment is perfect, please don't go away, Ineed you now. And I'll hold on to it, don't you let it pass you by. I found a place so safe, not a single tear. The first time in my life and now it's so clear. Feel calm I belong, I'm so happy here. It's so strong and now I let myself be sincere. I wouldn't change a thing about it. This is the best feeling. It's state of bliss you bliss you think you're dreaming. It's the happiness inside that you're feeling. It's so beautiful it makes you wanna cry.

Wednesday, November 25, 2009

Apa khabar??

Nak update blog tapi tak ade ape nak tulis. Haha~

Okay, let me tell you a few things..

1) Jaga SPM kt Seafield best!! (penat berdiri mmg tak dinafikan la)

2) Currently I'm addicted to "Meet Me Halfway" and "Russian Roulette"..sangat2..

3) Berat badan dah naik semula..43kg..heheh..gembira kn saye? =P

4) Dah boleh tidur lena coz baju raya aidiladha anak-anak pakteh dh siap.

5) dahla tu sket2.........haha

Wednesday, November 11, 2009

Makan-makan lagi..

Bila kita buat sesuatu dengan penuh kasih sayang, inilah hasilnya...taraa...


Nampak tak yang dimaksudkan?

Tu..'heart' shape kat tengah2 tu..tak disengajakan ye..

Jom makan..... =)

Tuesday, November 10, 2009

Cinta? Sayang?

I think I've never been in love..Haha..(some of you think I'm making this up)

Kenapa tiba-tiba? Sebab ada seseorang mengeluarkan statement macam ni kepada saya. "...takkan tak pernah bercinta?" Heheheh. Bukan tak pernah orang cakap ayat yang lebih kurang sama tapi istilah bercinta tu..membuatkan saya berfikir. (Saya SANGAT suka berfikir)

Bila baca novel..tengok tv..gambaran-gambaran yang sering dizahirkan pada watak si-putus-cinta sangat..SADIS. Tak lalu makan la..diri jadi tak terurus la..macam-macam. Saya selalu terfikir, memang boleh jadi sampai macam tu sekali ke? Sebab rasa sedih saya sebelum ni belum menjangkau ke tahap tu.

I had once asked my mum about this..Apa beza cinta dan sayang? And this was her answer.

"Ma pun tak sure tapi pada mama la..kalau kita sayangkan someone, we just want him/her to be happy, even if you are not part of the happiness. Tapi kalau you cinta someone, you feel like you cannot live without him/her."

Saya percaya yang saya akan hanya cintakan seseorang (and only one). Kalau suami-isteri bercinta kerana Allah diorang akan ditemukan semula dalam syurga kan? I'm sorry to say this, tapi saya belum jumpa seseorang yang bila saya pandang dia, saya ingat Allah. And this is the second time I say this, kalau Allah nak bagi kita sesuatu yang baik, Dia akan uji kita dulu supaya kita akan dapat dihadiahkan selayaknya. Saya yakin saya sedang diuji, dan untuk itu, saya redha. =)

Dan TOLOOONGLA jangan cakap macam ni, "kau tak nak cari ke tqah?". Saya ni, nak cari baju yang saya suka pun susah, inikan pula mencari cinta. =P

Thursday, November 5, 2009

Updates

I've been busy with this.....


I'd already started sewing clothes (again) after raya. I finished up my mum's (2 pairs) and my cousin's and her mum's. And now that I've already received the materials for khatam Quran's ceremony (thanks Abg Ngah!) so I'm EXTRA busy right now. Since there's already a request for wearing the baju kurung for aidiladha so I'm EXTRA EXTRA EXTRA busy. Hahaha. Nways, I enjoy doing it. =)

p/s : I fell in love with the fabric, kalau ada extra tailor (ops bukan tailor, pengurus busana bak kata acik) boleh buat baju dia tak?? Jadi ketua kumpulan khatam Quran...err...Hahaha..

Monday, November 2, 2009

Nyah kau dari sini..! (Wah!)

You know that song by Fauziah Latif (ape tah tajuknye) but the lyric said..

"Aku tidak sudi melihat dia lagi,
Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini"

Nape muke kau kene muncul jugak ek? Tak paham aku. Aku sekarang tengah busy dengan pelbagai kegiatan (yang SANGAT berfaedah) tau tak? Besides, aku sangat anti kau sekarang faham ??? So don't you dare to 'show up' ANYWHERE, ANYHOW..
Pergh...marah gile dengan 'jelmaan' dia dalam mimpi aku malam tadi. Psycho gile.

p/s : kepada orang yang dimaksudkan : Sape yang ganggu sape sekarang? TENGOK! Tak kire la saya dah berpunya ke belum ke, "tolong jangan ganggu saya lagi. DALAM MIMPI PUN JANGAN!" Hahaha..