Sunday, December 13, 2009

NATRAH..Kronologi

Tulisan ini dituju khas buat Nurnadiah =P

24 Mac 1937 - Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dgn nama Bertha Hertogh @ Maria Huberdina Hertogh
Disember 1942 - Bertha diserahkan utk dipelihara oleh Che Aminah ketika berusia 5 tahun. Ibunya Adeline & neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kpd Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus kerana telah ditawan tentera Jepun
15 November 1945 - Che Aminah membawa Natrah pulang ke Kpg Benggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci org kulit putih yang dianggap bangsa penjajah. Natrah dibesarkan dalam suasana pendidikan Islam
1945 - Bapa Natrah dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari anaknya diteruskan melalui teman2 dan pegawai2 kerajaan Inggeris dan Belanda
September 1949 - Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu seaktu pertunjukan senaman di paang Sekolah Perempuan Melayu Chukai
19 Ogos 1949 - Polis Semarang memberitahu Hertogh, Natrah berada di Kemaman
12 April 1950 - Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh
22 Mei 1950 - Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura
24 April 1950 - Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
28 April 1950 - Che Aminah membuat rayuan utk mendapatkan semula hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim drpd syarikat peguam S.C. Goho & Co.
19 Mei 1950 - Peguam bela Encik Ahmad Ibrahim berhujah di mahkamah bahawa Che Aminah berhak menjadi penjaga Natrah
28 Julai 1950 - Che Aminah menang kes rayuannya, Natrah dikeluarkan daripada York Hill
1 Ogos 1950 - Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dgn Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor iaitu En. M. A. Majid di Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor 22 tahun
2 Disember 1950 - Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ktiga utk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah. Mengikut undang2 Belanda, seorang anak yang berusia 18 tahun ke bwh, bapanya berhak menentukan hidupnya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibu bapa tetapi penjaga. Tiba2 daripada isu agama bertukar kpd isu jagaan
12 Disember 1950 - Hakim menjatuhkan hukuman iaitu Natrah mesti dikembalikan kpd ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya dijadikan penganut Katholik
12 Disember 1950 - Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah dimurtadkan
13 Disember 1950 - Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda
15 Disember 1950 - Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; beliau disambut oleh lebih 4000 org Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk "Welcome Back Bertha". Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanyakan tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah meminta sejadah, bertanyakan kiblat dan tak lupa sembahyang 5 waktu sehari. Ingatannya terhadap suaminya Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya
Januari 1952 - Mansor menerima surat drpd seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah
9 Januari 1951 - Surat 1 drpd Mansor kpd Natrah dlm tulisan Jawi, berbahasa Melayu
10 Januari 1951 - Surat 2 drpd Mansor kepada Natrah
17 September 1951 - Surat 3 drpd Mansor kepada Natrah
Mac 1953 - Surat pertama drpd Natrah kpd Mansor dlm tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan meminta Mansor jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya, Bertha Hertogh
25 Januari 1953 - Surat Mansor kpd Natrah
20 Julai 1953 - Srat Bertha kpd JC Vermeulen disampaikan kpd Mansor
1954 - Mansor berpatah arang dan berkahwin dgn anak muridnya Zaiton Jahuri. Mansor menghantar kad undangan kepada JC Vermeulen. Bertha yg mengetahui hal itu sgt kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kpd temannya Johannes Gerrit Vermeulen
26 Januari 1956 - Telegram drpd JC Vermeulen kpd Mansor menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor di Malaysia
20 April 1956 - Bertha berkahwin dgn Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun yang kemudiannya berhenti menjdai askar dan menjadi tukang kayu
15 Februari 1957 - Bertha bersalin anak lelaki pertama. (Betha dikurniakan 10 orang anak )
20 Januari 1959 - Surat drpd Mansor kpd bertha menceritakan dia sudah berkeluarga
3 Februari 1959 - Surat Bertha kpd Mansor. (Kesemua surat Mansor tersimpan dlm fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen Op Zoom, Belanda
25 November 1975 - Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dlm filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor turut dijemput dalam dokumentari tersebut. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 org anak, manakala Mansor hidup mewah sebagai guru dan peguam
16 Ogos 1976 - Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai
26 Disember 1976 - Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah
1976 - Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 - Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yg selalu dtg ke Cafe Bertha dan yg dikatakan bersepakat dgn Bertha utk membunuh suaminya dulu. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira2 12km dari Bergen Op Zoom, Belanda
1983 - Bertha bercerai dgn Toom Ballermans
1984 - Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak
15 September 1984 - Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin. Ben adalah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malan di Belanda dahulu. Ben kemudiannya mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat. Bertha tinggal di Nevada, tgh AS dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian berkerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dlm keadaan terseksa jiwa raga, kehilangan orang2 tersayang.
9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamya pada suatu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kpd Bernama.

3 comments:

  1. dear...
    aku yg tak dpt tgk ni pon dah mengalir air mate dok bace kronologi yg ko buat khas tuk aku nie..

    tak terkate camne seksaan hati yang ditanggong oleh natrah kan..
    segalanye dibatasi dengan pelbagai dugaan..

    tq so much for all these,buddy!!

    and aku tak stop2 doa so dat ade lg pementasan natrah nie...
    =)

    ReplyDelete
  2. no problem. =)

    kalau ade lg aku takde prob nk temankan. haha.

    ReplyDelete