Friday, April 23, 2010

Nasyid

Kalau saya cakap yang saya pernah jadi solo nasyid anda percaya tak? haha. Yeah2, that's how I practice to yell at my students (dengan suara yang tak irritating) nowadays. Ngee. =)
How does it started?

Di pondok kecil..Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Hehe. Itulah nasyid pertama saya memvokaliskan diri. Sejarah tersebut dilakar di sekolah agama di Ampangan. Pertandingan antara sekolah-sekolah agama. Darjah berapa dah tak ingat. Kemudian, saya wakil sek agama di Balik Pulau pula. Tapi dah tak ingat nasyid nya.

Era sekolah menengah pula digemilangkan dengan..

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Saya rasa inilah detik paling penting yang saya takkan lupa sampai bila-bila kerana di sinilah saya tau yang saya dah jatuh cinta dengan nasyid. Asalnya sekadar suka-suka bernasyid sempena pertandingan comel-comel minggu orientasi di SMKA (P) Almashoor Pulau Pinang. Kumpulan saya menang dan menyebabkan kami terpaksa perform kat assembly sekolah pula. MALU GILA. Eh2, tu sekolah perempuan okay so boleh je nyanyi kat assembly. Ada seorang yang penting masa tu yang membakar semangat saya, kak Azma Hani. Thanks a lot for seeing something in me! Then saya disumbat dalam kumpulan nasyid sekolah yang akan perform dalam apa-apa event sekolah. Sekali lagi diingatkan, sekolah perempuan. haha.

Bila saya berpindah ke SMAKL..owh tidaaakkk...sekolah campur so tak boleh la nak menggunakan bakat. hehe. Rasanya cuma sekali berpeluang bernasyid di malam lipur puteri. (kan Nad kan?? haha.)

Kemudian, KISAS. Hah. Walaupun sekolah campur, tapi Shoutul Mujahidah tetap aktif perform untuk muslimat (dalam perkarangan asrama sahaja okay). Pendek kata puas hati lah dapat guna balik bakat yang ada sepenuhnya. Hehehehe. Tapi sampai situ sajalah penglibatan saya dalam nasyid. Lepas keluar KISAS dah tak aktif. Nasyid-nasyid sekarang pun tak best dah macam nasyid-nasyid lama.

Sekarang bila dengar students berlatih nasyid di sekolah saya sure akan tersengih-sengih. Dalam hati berkata, okaylah. Ni zaman korang. Zaman aku dah habis. heheh.

p/s : saya tak reti main percussion. tau nyanyi aje.

2 comments:

  1. hehe...
    aku antara org yg xkan tkejot if ko bukak cite psl nasyid..
    =)

    best gle eh?
    malam lipur puteri...
    jubah2 bagai..
    kuikuikui....

    "indahnya bumi kita..aman sentosa sentiasa..damainya suasana..ciptaan ALLAH MAHA ESA"....... sambung!!
    =)

    ReplyDelete
  2. weh asal aku takleh recall yg tu..

    ReplyDelete