Thursday, April 5, 2012

UMRAH 2012

Lama betul tak menulis! Rindu. Tapi memang tak ada isi nak tulis. Banyak je benda nak share tapi bila nak menulis je, idea terbantut. So this time nak share sikit bout my experience performing umrah baru2 ni. Maybe boleh dijadikan panduan tak formal untuk sesiapa yang ada rezeki menjadi tetamu Allah kelak. ;-)
Semoga Allah jauhkan saya daripada sifat riak sepanjang saya menulis ni, InsyaAllah. Saya hanya berniat nak share pengalaman.

Actually it was a last minute plan and it was my mum's idea. She suddenly felt like going and dah jadi rezeki saya, saya available waktu tu. Mama ajak teman so mama sponsor. weehuuu. Memang tanpa berfikir panjang la kan accepting the offer. Cuma yang sedihnya hubby tak dapat join sebab terikat dengan course.

The journey was (really) tiring. It was the first time we tried a new travel agency. Biasanya kami pergi dengan Wira Saujana. This time we went with Syaza Travel. First time naik Qatar and first time juga pergi umrah kena transit (sangat lama pulak tu). But it was because of the last minute changes on the flight's schedule. We were supposed to transit for like an hour at Doha and then flying straight to Madinah, but instead, we have to transit for approximately 10 hours at Doha and then flew to Jeddah. And then took the bus to Madinah since Syaza couldn't change the itinerary (Makkah is closer to Jeddah). I slept all the way to Madinah. :-)

Sampai Madinah around 7am. Aktiviti bebas sampai Isyak. So both of us just spent most of our time at Masjid Nabawi. Lepas Isyak kami dibawa ke Raudhah. Since 2006, pihak masjid dah aturkan jadual untuk menziarahi Raudhah so that orang2 Asia tak perlu berebut dengan mak2 arab. heh. But still, nak masuk Raudhah kot. Memang sangat sesak, tak ada seinci pun ruang yang kosong. Kena bergilir nak solat, itu pun orang main langkah2 je. Tak kena pijak dah cukup baik. Masa nak masuk Raudhah tu terpisah dengan mama sebab bila dibuka ruang untuk kumpulan asia, ada kumpulan2 dari Pakistan menerpa. So saya terlepas ke depan, mama kat belakang. Dah sampai dalam Raudhah air mata tak boleh nak stop. Selain sebab ada dalam tempat 'tak terhijab dengan Allah' tu, saya rasa bersalah sebab tak tarik mama. Takut mama terlepas peluang solat kat dalam. At least kalau saya ada, kami boleh bergilir sambil kawal kiri kanan takut ditolak. Tapi alhamdulillah both us got the chance to perform solat sunat there.

Hari kedua ziarah and aktiviti bebas, hari ketiga after Zohor kami bertolak ke Mekah. Perjalanan asyik tertunda, kalau bukan bas yang lewat, ahli kumpulan lambat bersiap dan berkumpul. Kalau dengan Wira Saujana dah kena tinggal orang2 macam ni.

Sepanjang berada di Mekah kami hanya buat umrah dan melepak di masjid. Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik (walaupun tak secergas dulu) untuk buat umrah setiap hari. Awalnya memang rasa agak susah sebab kami hanya berdua, tak ada lelaki nak teman naik van pergi berniat ke Tana'im. Tapi lepas 2 kali asyik lewat gara2 menunggu 'orang kita', kami ambil keputusan untuk terus ambil van sesudah Subuh. Time2 macam tu ramai orang Arab yang pergi. Janji ada wanita dalam van, kami naik aje walaupun tak ada 'orang kita'. Selesaikan umrah waktu pagi memberi kami banyak masa untuk berehat sebelum Zohor dan membanyakkan ibadat yang lain. Nak berjalan2 pun senang sebab dah habis ihram.

Terkilan tengok orang yang hanya dapat satu atau dua umrah. Kalau buat 7 kan dah dapat pahala haji kecil. Nak ke sana bukan murah dan bukan mudah. Kalau ada duit sekalipun tapi Allah tak jemput, tak sampai kita. Jadi kenapa lah buang masa dengan aktiviti bershopping yang tak sudah. Paling saya tak tahan bila ziarah, ada yang sampai singgah berniat pun sempat membeli belah. Tak kurang juga yang solat di hotel. Kalau uzur sangat tu lain cerita. Kita ke sana memang nak beribadat, nak melancong tolong pilih tempat lain. Memang banyak masa berulang alik ke masjid. Kalau rasa letih berulang alik, tak payah balik ke hotel. Contohnya antara Asar ke Maghrib ke Isyak. Bukan lama pun gap nye. Duduk aje lah di masjid, kalau penat sangat nak baca Quran, pandang Kaabah tu pun dah cukup besar pahalanya.

Ni sangat penting untuk bakal tetamu2 Allah. Tetapkan niat. Jangan mudah tergoda. Barang2 dijual kat sana pun apa je lah yang memang dibuat di sana. Yang lain tu Made in China juga. Sayang waktu bersolat di Masjidil Haram. Banyak bezanya dengan solat di hotel tu.

Sepanjang berada di Madinah dan Mekah, (before I found out that the hotel got wifi) hari2 saya menangis rindukan cik abang. Yelah! Sape tak rindu suami maa. Saya menangis sebab rindu dan sebab tak dapat nak share kegembiraan saya kat sana dengan suami. I kept thinking, bestnya kalau dapat pergi sama2. Tapi tu lah, orang yang datang sini dipanggil tetamu Allah tu bersebab. Memang atas jemputan Dia lah baru sampai ke sini. Semoga umrah saya selepas ni bertemankan suami. Kalau satu family lagi best! Macam umrah 2006, pergi ramai2. Memang meriah. Bila ramai2 ni, semangat kita nak beribadat lagi tinggi sebenarnya. Sebab penat tu hilang bila sesekali bersembang. Ni berdua je, kalau tak mama buat lawak, saya kena buat lawak. Haha. Mana jadi. :p

Ambik. Sekali tulis sampai berpinar mata orang nak baca.

p/s : Orang suka tanya,  amacam seronok pergi sana? Percayalah.. semua yang balik dari sana akan cakap seronok. Tak perlu tanya soalan tu. Tapi kalau tanya jugak, jawapan saya, doalah rezeki murah dan dijemput Allah, pergi sana dan rasa sendiri nikmatnya. No words could describe the feeling. :-)
Sekian, wassalam.

3 comments:

  1. syok baca apa yg tiqah tulis....terasa mcm nak g je skrg....bilalah allah nak seru nama ni...hehehe....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah. Jom kak lyn. Rombongan. Hehe. Next umrah sy nk g dgn Rayhar. Mutawif fav sy dh berhijrah n menetap dgn Rayhar.

    ReplyDelete