Thursday, August 16, 2012

Berdua sentiasa lebih baik

Semalam (bersamaan hari Rabu yakni last day of school for hari raya holidays) kami cikgu2 bersalaman. Most of them wishing me selamat berhari raya dengan suami. Hehe. Honestly I don't even know what to expect. Lain sangat ke compared to my previous raya? Erm.. The most obvious thing is that I only have 1 and a half day (or maybe about 24 hours to be exact) to enjoy my kampung moment. Uwaa sedih tsk tsk. Hubby's working on 3rd Syawal. :(

Takpelah. Hubby keeps reminding me to be thankful as he was given days off for the 1st and 2nd Syawal. Ye sayang, saya bersyukur yang amat kerana diberi peluang bersalaman meminta ampun di pagi raya nanti. :p

Anyways, raya story will be written afterwards. Now masih puasa so how was it to puasa with a soulmate? 

hehe. I am blessed - tadarus ada kawan, jalan pergi terawih di surau dekat rumah ada kawan, nak masak ada kawan so that tak perlu buat rombongan to bazar dan yang paling penting, hubby yang bangun dulu time sahur dan panaskan lauk2 sume. Hoyeaahhh. Hahahaha. Ye, bininya memang sleeping beauty, kbai. Cuma yang peningnya bila hari2 kena fikir menu nak dimasak for iftar. Actually ni memang first time puasa nak kena masak hari2. Since dok bujang ni, 2 kali Ramadhan saya dok Segambut for the whole month. Sekali je saya stay dengan housemates sebab rumah segambut tengah renovate. Tu pun tak lama before sekolah start cuti. So having a husband yang prefer home cook, hari2 lah kena spend time tukar idea dengan kawan2 or cari menu best kat internet. Hew hew hew. But I had fun doing it.

Part yang tak best adalah apabila ditinggalkan time hubby up up and away. Actually memang time puasa ke tak puasa ke, kena tinggal selalu tu memang part yang tak best amat. huh.

Preparation untuk raya? Tahun ni paling tak buat apa2 kot. Musykil?? haha. Well.. since we all just 'beraya' dua hari je so baju tak perlu banyak. Saya sendiri dah habiskan semua kain yang ada hantar tempah before puasa lagi. Lagipun, baju sedondon dah ada - baju time bertandang dulu. Pakai sekali tu je. memang buat dulu pun sebab nak pakai raya ni. Haha. Sila tiru macam saya supaya tak berkawan dengan syaitan yang suka pembaziran. :p Kuih raya pula...well....tahun terakhir saya buat kuih raya...erm...masa masih bergelar pelajar USM. Lepas tu tak buat2 dah. Tak tau kenapa. Owh sebab lepas tu saya dah start menjahit. hehe. Yes! Alasan kukuh. Tapi tahun ni saya tak buat dua2. Malas. Jujur.

Baiklah sampai di sini saja dulu. Nantikan cerita hari raya kami pula. Selamat meneruskan ibadat puasa! ;)

No comments:

Post a Comment