Wednesday, November 27, 2013

Haji. Mabrurkah kita?

Selama ni pegangan saya (atau majoriti kita) meletakkan kembara haji itulah yang paling mencabar dan crucial.

Tapi sebenarnya tidak.

Perjalanan hidup SELEPAS pulang dari kembara haji itu, itu yang PALING mencabar. Rupanya.

Kenapa?

Di tanah suci, kita ada environment yang sesuai untuk beribadat dan membuat amalan-amalan baik. Tapi di tanah air sendiri, dengan environment yang.. you-know..itu baru betul-betul ujian. 

Mampukah kita terus istiqamah? 

Mampukah kita terus memperbaiki diri sendiri agar menjadi yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya?

Kalau rezeki kita mendapat haji mabrur, mampukah mabrur itu dikekalkan?

Kalau boleh nak terus berada dalam suasana macam ni.

Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu, mensyukuri segala nikmatMu dan memperbaiki ibadah dan pengabdianku (kepadaMu)

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi

Semoga kita semua terus merasa rahmat dan kasih sayang Allah.

Tuesday, August 27, 2013

Terima Kasih Mama

Dalam banyak-banyak feeling yang ada sekarang, sambil mengira hari berlepas ke tanah suci, sebenarnya ada terselit rasa sedih. Setiap kali teringat this particular one thing, mesti air mata murah je keluar.

Insan paling significant yang jadi penyebab saya membuat surat rayuan awal tahun ini ialah mama. Last year, lepas abah dapat offer sebagai tetamu bulan Haji buat kali kedua, mama terus ajak saya dan suami buat rayuan untuk mengerjakan haji pada tahun ni. Saya dah pernah tolak tawaran haji sebanyak dua kali, alasan tak ready. Tapi bila mama ajak, terus semangat tu jadi berkobar lain macam. Memikirkan "bila lagi nak buat haji dengan mama, umrah ye lah bila2 pun boleh". So awal Februari lepas, saya dan mama hantar surat rayuan ke Tabung Haji. Content nya sama sebiji, yang beza hanya nama dan signature. Alasannya mudah, kami berdua sama-sama telah mendaftar lama, tahun 98 lagi. Walaupun mama dah pernah menunaikan haji, tapi itu cerita lama. Mama nak 'renew' and mungkin membaiki. Wallahua'lam.

Awal April, mama call bagitau surat tawaran saya dah sampai ke rumah. Melompat dari seat lah dengar berita tu. Memang honestly, tak expect boleh dapat. Sebab rasa macam lambat submit rayuan. Mulut laju je tanya, "mama dapat tak?" Tapi bila mama bagitau mama tak dapat surat lagi, hati jadi berkecamuk kejap. Dalam hati memohon "Ya Allah, tolonglah luluskan juga rayuan mama. Dia yang ajak aku. Dia yang ajak aku.".

Sampai ke hari ini, mama masih belum dapat offer. Pegawai TH banyak kali dah explain dengan baik, "kuota tahun ni agak sempit, mereka tak dapat nak utamakan pendaftaran haji kali kedua". Jenuh pujuk hati, Allah punya plan tetap yang terbaik. Mesti ada sebab. Kita merancang, tapi yang mengeluarkan 'kad jemputan' tetap Allah, melalui TH.

Untuk mama,

Kalau memang bukan rezeki mama tahun ni, kaklong minta maaf sangat2 sebab pergi dulu tak tunggu mama. Mungkin Allah nak kaklong pergi sebelum ada anak. Mana tau umur kaklong nanti tak panjang tak sempat pergi haji. Terima kasih sebab suntikkan semangat kaklong untuk hantar rayuan tahun ni. Allah je yang mampu menilai besarnya pahala mama sebab buat anak mama terdetik untuk menunaikan haji masa umur masih 'muda'. Doa kaklong tak putus2, semoga ada rezeki kaklong teman mama pergi haji, kalau pun bukan sekarang, satu hari nanti. Semoga Allah panjangkan umur kita.

p/s : Masih belum berhenti berharap. [Ma, jom plan trip umrah satu family!]

Monday, July 1, 2013

Lari ke Australia!

Last week sempena jerebu, saya telah lari mengikut suami bekerja ke Adelaide. Haha. Alang2 sekolah tutup, saya terus CRK satu hari on Thursday. Didn't plan on it coz school was on and off. But after we were all asked to go back earlier on Tuesday, me and hubby were just like "Jom Adelaide", "Jom". Terus kelam kabut hubby g beli tiket sampai nama on ticket pun boleh silap! Hehe.

And disebabkan VERY last minute punya plan, camera pun tak bawak! So pakai je lah iphone camera yang tak berapa nak best. Huhu. It was a short stay, tapi Adelaide pun not that many to be covered. Sehari setengah dah cukup lah nak sampai ke spot2 menarik and famous.

Reaching destination.

Hotel where the crews are placed.

Mekong Thai Restaurant yang pasang lagu2 melayu lama.

Famous place, walking distance from the hotel - Rundle Mall/Street.

Winter clearance sale. They are clearing out summer clothes. 

Yes. Winter just started. Sejuk.









Rasa macam cikgu bawa budak nakal pergi muzium. Pffftt.



Glenelg Beach.




Heaven dalam mulut. SEDAP!


Flight balik. Full. I got jumpseat. Pheww.

This is Phillip.

Yes. I was just dancing into the rain..instead of haze. :p

Thursday, May 9, 2013

Be healthy with Shaklee

Assalamualaikum readers!

Ini iklan untuk my dearly sister Aqilah. Hehe. She's now a Shaklee's distributor. So if interested, pay a visit to her site!

I'm consuming Shaklee too. Since last year lagi. Sebelum ni bought from a friend. Now bolehlah tolong my sister buat tabung honeymoon pulak. haha.








These are original photos. Those are her ebm and that is lil Iman, her son.


How to contact her? You can just call/sms/whatsapp her.
Photos taken from her fb page..

Saturday, May 4, 2013

Birthdays Celebration Getaway

Malas nak cerita. Haha. Tapi kesimpulannya me and hubby datang sini nak celebrate our birthdays (7 days apart from each other's) la kononnya. Hehe. Di samping pergi my bff's wedding kat Seremban this afternoon. Motif utama memilih Grand Lexis PD - private pool. Nak berendam menyejukkan hati. Haha. Ehem!

Enjoy some photos!

The room.
We booked for Deluxe Pool, but we got Executive one instead. hehe.
5 courses dinner at the hotel.
I love all of 'em!
Ready for dinner. Dress by Poplook. Bracelet by Lovisa. Shawl from Jln TAR.
Buat perangai. Sebab tak nak rasa rugi dapat katil besar tak pakai,
so katil kanan pakai utk bermain2 dengan gadgets,
katil kiri tu buat tdo. Muahahaha.
And just look at those free refreshments! So...Umphh! Haha.
Thank you syg for all these.
Despite your annoying-looking faces you make all the time,
I LOVE YOU DEARLY.

Saturday, April 13, 2013

Haji Muda : Ini bukan tips, tapi ini cara saya.

Assalamualaikum. Lately ada few friends tanya macam mana saya boleh dapat offer Haji muda-muda. [Aww..muda kerr..???]

Hehe. First of all, saya dah register lama, tahun 1998. Masa tu Form 1. TH bagi anggaran, 2005 saya akan dapat offer. But my first offer sampai masa 2008. Tapi time tu memang tak ready lagi nak pergi. Rasa macam muda sangat. Saya tak nak pergi just for suka-suka and cukupkan Rukun Islam but ends up balik tak buat perubahan. So saya reply surat kata menolak, and postponed. Second offer 2009. Still tak rasa terpanggil nak pergi. [Macam jahil benor kan? Tapi ingat, ada sebab kenapa orang ke sana dipanggil TETAMU ALLAH. Kalau Dia belum jemput, memang tak terbit rasa di hati. Kalau tak percaya cuba fikir kenapa orang kaya duit berjuta tak pergi2 buat Haji?]

Tahun lepas, lepas abah dapat offer untuk pergi Haji kali kedua, saya memang rasa nak pergi sangat2 tahun ni. Mama pun ajak saya dan suami buat rayuan untuk pergi tahun ni. Masa ikut abah berurusan di TH, kami bertanyakan prosedur membuat rayuan. Bila check tahun kami mendaftar, pegawai tu kata memang ada chance yang tinggi untuk rayuan kami diluluskan. Beliau bagi satu memo kecil yang tertulis kes dan nombor rayuan untuk kami kepilkan bersama surat kami nanti.

Masuk bulan Februari tahun ni kami siapkan surat rasmi dan terus hantar ke TH. [TH Maju Junction dekat je dengan rumah parents, so segala urusan dengan TH memang kami walk-in terus ke TH] Dalam surat pengesahan penerimaan rayuan, TH bagitau jawapan untuk kes2 rayuan akan diketahui selewat-lewatnya bulan Ramadhan tahun ni. Tapi memang every time balik Segambut mesti nak check surat. Memang saya tunggu-tunggu.

Alhamdulillah, rezeki yang ditunggu sampai juga. Buat masa ni masih nak selesaikan rayuan untuk suami, sebab pendaftarannya baru last year so kalau ikut giliran, 2053. So suami kena buat surat rayuan pergi sebagai mahram saya. [Nasib baik abah dah pergi last year, kalau tak nanti tak ada alasan. Hehe]

Finally, sila faham, ini baru offer. Memang saya akan terima. Tapi perjalanan masih jauh. Macam-macam boleh jadi. Kita merancang, tapi Allah yang akan tentukan dan saya yakin Dia tau apa yang terbaik untuk kami semua. Macam yang saya katakan dalam entry sebelum ni, kalau Allah dah tentukan yang saya akan jadi tetamuNya tahun ni, sampailah saya. Kalau tak, tahun-tahun depan InsyaAllah.

Saya kongsikan juga di sini contoh surat rayuan yang saya buat tempoh hari untuk dihantar ke pihak TH.




Semoga memberi manfaat buat semua, InsyaAllah.

 Dua buku yang menyuntik semangat membara-bara untuk menunaikan haji pada usia muda.


Friday, April 12, 2013

Tetamu Allah lagi?

Alhamdulillah, rayuan untuk menunaikan haji tahun ni yang dibuat awal Februari yang lalu diluluskan. Last Thursday evening mama called telling me the good news. Good? It's the GREATEST!

Tapi lepas dapat tau tu actually pening juga. Dibuatnya nanti rezeki saya mengandung lagi, macam mana. Terus saya emailkan kemusykilan kepada Pengurus Pentadbiran Haji. Awal pagi tadi Tuan Haji Mazlan replied my email. Huish memang celik IT sungguh beliau! Tapi jawapannya memang menambah kerisauan saya.

Emailnya ringkas,
"Puan jawab dulu menerima tawaran dan jika mengandung puan tangguhkan pemergian kepada tahun lain. Syarat untuk menunaikan Haji tidak membenarkan wanita hamil"

Terus sedih. Memanglah belum mengandung, tapi takkan saya nak merancang supaya tak mengandung??

Lepas seharian berfikir dan berbincang2, I've decided.

Menunaikan Haji dan mengandung kedua-duanya rezeki Allah. Saya takkan merancang supaya tak mengandung. Kalau mengandung, mengandunglah. Allah tau yang terbaik untuk saya. Kalau memang Dia menjemput saya untuk tahun ni juga, mengandung atau tidak, mesti saya sampai juga ke sana. Kalau tak pun, tahun depan masih ada.

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.

p/s : Ada yang bertanya tips macam mana boleh dapat tawaran pada usia muda. Saya akan jawab dalam entry akan datang. InsyaAllah.

Surat yang ditunggu-tunggu.

Sunday, January 27, 2013

Melbourne

End of last year's school holiday (wow sounds like forever!) I followed my hubby's trip to Melbourne. Since that was the only trip I could follow. (Time cuti sekolah time tu lah trip dia semua tak best) The stay was quite short, so I could only spend my time walking around town. Hotel crew sangat2 tengah bandar. Memang best. Jalan a few steps je like u can get everything. All the big brands, big shops. Heheh. We were there during Boxing Day so, yeah. Semua orang berboxing except us. I was really not in the mood for shopping (which hubby was relieved, I think) sebab dah puas shopping masa kat London & Paris. Lagipun memang dah set my mind, ikut g Melbourne sebab just nak looking around.

Melbourne is known for the cultures and buildings. The designs and architectures memang superb!



















The most remarkable event was when the captain asked me to sit in the cockpit to witness my hubby's landing. Heheh. Yeap! I was there the whole time. It was a smooth landing (Thank God!) and I was a proud wife!

Safely landed!

Jadi captain jap for a few seconds.