Saturday, June 27, 2009

Saya telah di tag oleh Dina

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah :
(bukan adalah- ialah) seorang yang comel dan sering mengeluh sekiranya saya memanggilnya 'cute' kerana dia mahu digelar kacak. Sebenarnya yang itu juga benar. =)

2. Saya sedang mendengar :
suara guru-guru bersembang di bilik guru.

3. Mungkin saya patut :
mengikut ibu bapa saya menghantar adik saya ke Melaka. Namun begitu saya merupakan seorang yang skema, disebabkan itu, kini saya berada di sekolah.

4. Saya suka :
makan dan membaca. (Lihat, betapa skemanya saya)

5. Sahabat-sahabat baik saya :
adakalanya lebih memahami saya.

6. Saya tak faham :
kenapa orang sering mengatakan saya garang dan sombong, walhal saya seorang yang ceria dan peramah. Hahaha.. Eh, saya berkata benar!

7. Saya kehilangan :
sebelah kanta lekap saya sebentar tadi. Cipan sungguh! Kelam kabut saya dibuatnya kerana kebetulan itulah pasangan terakhir yang saya ada. Maka, sebelum ke sekolah saya terpaksa singgah di Kompleks Membeli-belah Hartamas. (Saya dari rumah yang di KL tadi)

8. Ramai yang berkata :
saya patut senyum lebih kerap. Saya tidak merasakan ia satu keperluan untuk saya nyatakan sebabnya di sini. =)

9. Makna nama saya :
ialah 'yang terpilih' dan saya sangat sukakan maksud tersebut.

10. Cinta itu adalah :
*ialah* sesuatu yang saya sendiri tidak dapat tafsirkan. Saya telah cuba sedaya upaya bertanyakan hal tersebut kepada mama serta orang-orang lain tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan definisi-definisi yang saya terima.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
membalut hadiah yang saya tidak ketahui untuk siapa. Orangnya ialah Kak Ammy, seorang rakan guru yang duduk di hadapan saya. Dia sedikit pun tidak tahu yang saya sedang menulis mengenainya dalam blog saya.

12. Saya akan cuba :
untuk berpindah dari sekolah ini. Haha~

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
err..sehingga bila-bila?

14. Telefon bimbit saya :
adalah dari zaman batu. Walaubagaimanapun, ia masih elokserta saya sangat menyayanginya, jadi saya tidak berhajat untuk menghentikan perkhidmatannya dalam masa terdekat ini.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
saya sering bertanya kepada diri sendiri, "hari ini hari apa ya?"

16. Saya paling meluat apabila :
orang memaksa saya membuat sesuatu yang saya benci. Buatlah sendiri!

17. Pesta / Parti adalah :
sesuatu yang akan sedaya-upaya saya elakkan. Saya sendiri tidak pasti akan sebabnya, jadi tidak perlulah ditanya.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
err..secara jujur, saya bukan peminat haiwan. Haha. Kucing sudah.

Selepas anda membaca tulisan ini, saya menjemput anda untuk membaca jawapan kawan saya, Dina kerana jawapannya sangat...Hissh!! Owh, seperkara lagi, memandangkan hari ini kehadiran murid sangat sedikit, jadi kesemua mereka telah dicantumkan dan semua guru akan masuk ke kelas selama 1 waktu sahaja secara bergili-gilir. Giliran saya adalah yang terakhir, waktu ke tujuh pada jam 4.25 petang. Tidakkah itu membuang masa namanya? Seandainya saya tahu perkara ini akan terjadi saya pasti akan mengikut sahaja ibu bapa saya ke Melaka! Persetankan saja keskemaan saya.

5 comments:

  1. errr... di sini saya ada satu persoalan. kenapakah cikgu tqah bersekolah pada hari sabtu? kelas gantikah? Dan soalan kedua, mengapakah cikgu tqah menjawab perkara ini ketika di sekolah? guru besar tidak marahkah?

    terima kasih atas perhatian anda.
    sekian.

    Yang benar,
    Saya yang sedang cuba sedaya upaya menjadi skema seperti cikgu tqah

    nota kaki: Bolehkah saya ketawa sekarang? HAHAHAHAHAHA!

    ReplyDelete
  2. haha..hari ini ada sekolah ganti. seperti yang telah saya maklumkan, hari ini para guru dikehendaki masuk ke kelas HANYA satu waktu saja. Aneh kan?

    ReplyDelete
  3. hai tiqah...thanks for linked me up...jumpe di fb n blog..nice!!!...suke bc ur above entry...mmg skematik..hehe..do keep in touch key..

    owh and hi dina skali..=)

    ReplyDelete
  4. huh?

    cik adik..kamu baru jer masuk skola tuh tp da nk pindah? nk kemanakah?

    ksae da 3 thn duk c2..xpindah2 lagi..adus..

    ReplyDelete
  5. hehe..kak sae org penting mane bleh pindah.

    ReplyDelete