Since people around already knew that I'm getting married they seem to have the same favourite questions to ask me.
"Cane preparation?"
"Dah ready ke nak kawin?"
Meh i jawab meh. Hehe.
First question - Preparation saya berjalan lancar Alhamdulillah and rasanya on track. Wedding pun bukan nak invite Agung datang jadi VVIP so preparation pun seadanya lah. Yours truly ni pun tak kreatif so semua orang yang buatkan. haha. Memang teringin sangat nak DIY tapi masa tak mengizinkan. Tahun ni 'rezeki' kat sekolah mencurah-curah. nak update blog ni pun kena curi masa. (Sepatutnya tengah menanda buku ni. Kejap ek kejap) Benda yang confirm dibuat sendiri 2 perkara ni je - RSVP cards and bilik pengantin. So nanti kalau u people choose to reply via emails or sms, please framekan RSVP card tu ye coz penat I buat. Haha. List kat tepi belah kanan blog tu pun saya selalu update so tak banyak pun yang tinggal kan. Hehe. [Berlagak siot nanti dah dekat nak kawin tau lah kau menggelabah] Ala dah dekat nak majlis perlu lah menggelabah ye tak? Baru lah feel. Haha.
Second question - tak ready lagi. Boley?? haha. Tak boleh nak rasa macam fully prepared la tapi ramai yang advice 'memang la macam tu. nak tunggu ready nya bila. tak kawin lah kau'. huhu. Ada masa rasa macam ready, ada masa nya tak. Takut pun ada bila fikir tanggungjawab lepas kawin. Balik sekolah nak kelam kabut masak (sekarang macam tu jugak tapi kalau malas boleh je tak masak. lepas kawin takkan nk buat perangai camtu jugak kan. mau laki aku lari. huhu)..pagi2 kena bangun awal prepare breakfast (ni agak malas ye, sekian) ...makin banyak hati yang nak kena jaga nanti...and yang paling saya tak ready actually bab time I've got to spend with my family. huhu. Memang saya tak duduk dengan parents tapi saya balik every weekends and boleh balik bila2 saya nak. Nanti camana ek. Mama akan still tunggu saya ke untuk shopping?? Emo jap. *Uwaaaaa. Saya harap saya still akan jadi geng kamceng mama even after saya dah kawin.
No comments:
Post a Comment