Tuesday, November 27, 2012

Honeymoon 3.0

Kita buat quick reviews je okay. Using photos. Banyaaaakkkkk sangat stories kalau nak tulis nanti semua tidur. So dipendekkan cerita...

13 November 2012, Tuesday

Bertolak from KL to London, 10.45am.

Arrived at Croydon around 9pm..? *Tak ingat.

14 November 2012, Wednesday

Jalan2 around Trafalgar Square and National Gallery nak pick-up our London Pass.

Thames River Cruise. Pusing2 London basically.

Tower of London

Tower Bridge

15 November 2012, Thursday

Buckingham Palace - Watched the changing guards' ceremony

The Queen's Gallery

The Royal Mews - macam gallery jugak la

Kensington Gardens

Kensington Palace

London Eye

Lastly, tempat wajib pergi - Hard Rock boutique

16 November 2012, Friday

London Bridge Experience

Madame Tussaud

Harrods, Oxford Street and Bayswater

17 November 2012, Saturday

Shopping at Bicester Village - Too busy to snap pictures 

 18 November 2012, Sunday

Shopping at Portsmouth - again, this is the only decent photo I've got

19 November 2012, Monday

Nice - Sightseeing

20 November 2012, Tuesday

Monaco - Monte Carlo Casino (juga melawat kawasan)

Sightseeing - Monaco Tour

21 November 2012, Wednesday

Paris - Musee Du Louvre

See, wajib. Hard Rock Paris pulak.

22 November 2012, Thursday

Eiffel Tower

Pusing2 Paris and... Shopping..?? Hurm.
23 November 2012, Friday.

Pulang ke tanah air tercinta.

THE END. 

p/s : So next year ke mana syg? Haha.

Thursday, October 4, 2012

Diari Perjalanan : Trip to Johor-USS-Johor


28 September 2012
Dengan jayanya ambil CRK (actually sampai hati sebab tau program kat sekolah hari ini akan burn all my classes), so after breakfast, around 9am dah bertolak from Shah Alam. Reached JB sebelum pukul 1. Singgah Masjid Abu Bakar sebab hubby nak solat Jumaat. After lunch terus check-in di Suria City Hotel JB. Frankly speaking, the only reason we booked this place was because its walking distance to the CIQ. The hotel’s condition was so-so. But since the focus was USS so..terimalah seadanya. Yang penting breakfast provided.

29 September 2012
Seawal 7.30am right after breakfast dah gerak ke CIQ. Jalan kaki, walaupun pening2 tak tau mana sebenarnya tempat nak check-in. Tapi selamat je sampai naik bas. We opted for Resort World Sentosa Bus. Reason memilih bas ini: Straight to Sentosa tak payah jadi pelancong blur nak lompat bas apa. Naik bas terus gerak n reached Singapore Immigration before 8.30am. TAPI. TAPI. TAPI. Disebabkan lupa isi white form awal2 maka dengan cemerlangnya bas tadi meninggalkan kami laki bini kat kastam building tu. MAKA, melangutlah kami sejam tunggu the next bus sampai.

Inilah basnya yang membawa kami terus ke Sentosa.
Tips 1 : Isi form awal2, settlekan urusan kat imigresen cepat2, terus turun naik bas. Sebab bas RWS tu tak banyak.

Anyways, berjaya menjejaki USS dengan senyuman yang lebar. Terus je masuk since hubby already bought e-tickets. Lepas tu tanpa membuang masa terus grab map of USS and also shows schedule. We decided to play all the games and rides without missing any shows. Sila ambil perhatian, ALL THE RIDES. And I survived. Pheww. Macam tak percaya. Lepas puas main baru pusing untuk snap pictures.

Inilah ride yang paling mustahil sekali but I did it! Nampak tak muka bangga di situ.
Tips 2 : Map USS and shows schedule ialah sumber rujukan utama yang sangat berguna. Arrange the activities according to the schedule so that tak miss any shows. Map penting untuk cari toilet dan surau!

Study these. Masa itu emas.
Tips 3 : Kalau pergi USS during school holidays or weekends, sila beli Universal Express as well. Barulah boleh tersengih-sengih bangga skip Q yang panjang, terus maju ke depan sedangkan orang lain menunggu lama (Transformers sampai 50 min waiting time) Hahaha. [Menyetan]

This is the GOLDEN ticket for the stars. Haha. So nanti at every rides diorang akan tick kat  bawah tu means it has been used.
Punya seronok dalam tu, sedar2 hari dah gelap. Konon2 nak gerak pukul 6pm. Tapi memandangkan stuck after the parade started, so kami stay je lah situ and batalkan je niat nak ke Orchard Road. So syg, u owed me this one. Haha. Next time pergi kita stay Singapore pulak ek. Haha. Lepas dah puas jalan2 around Sentosa, we went back around 9pm. Bas RWS dah ada so terus naik and sebagai pelancong yang cemerlang, tidak lagi terhegeh-hegeh di imigresen, maka tidak ditinggalkan oleh bas.

Exhausted! But we really enjoyed the day!

Our lunch. Baldi itu mengandungi ayam. Baby bear meals. And no, we didn't have baby with us.

Tips4 : Lebih best kalau ada insan ketiga yang boleh tolong snap pictures. Pfffttt.


Gambar akan jadi begini jika terpaksa snap sendiri. Sedih.

30 September 2012

We didn’t plan to start our day early. Sebab penat sangat. So after Subuh prayer, sambung tidur. Hehe. After breakfast at 9am, baru gerak balik. Singgah Pasir Gudang melawat Pak Ndak. Lepas tu singgah pulak JPO sampai tak sedar dunia. Lewat petang baru gerak balik Shah Alam. :p
p/s : Gambar lain ada di facebook. Gambar beribu hanya yang sopan dan santun saja di upload. :p

Tuesday, October 2, 2012

Review Honeymoon 2.0 : Teaser

Bagi teaser dulu sementara cari masa nak menulis. Banyak idea tapi masa tak ada. Tapi nanti dah ada masa idea dah hilang. Trust me.


S.E.R.O.N.O.K !!!!!!

Sunday, September 23, 2012

Another Getaway Please

Missing the views and the moments.

Sayang, let's repeat this. Second honeymoon at some other places? Thanks. I love you. ;)

Go Easy With Yourself

Source : Tumblr

No amount of guilt can change the past.
No amount of worrying can change the future.
Go easy on yourself,
For the outcome of all affairs is determined by Allah's decree.
If something is meant to go elsewhere, it will never come your way.
But if it is yours by destiny, from it you cannot flee.


Tuesday, August 21, 2012

Cerita Raya Saya

As I mentioned earlier, this is the shortest Raya celebration ever. But the most memorable one yet. :) There were a few first-time-event happened. 

My sister Maryam was admitted to Tawakkal Hospital 3 days before raya and actually didn't release by the doctors until we managed to convice the doctor that we can take a very special care of her. Well, we have doctors and nurses in the family and also the nebulizer machine, so yeah.

As my mom was staying in the hospital on the raya's eve, so as the eldest, I was in-charge for the cooking job. And kak ngah wasn't there - she was at her in-laws'. Thank God I got a ringan tulang hubby. He helped me to perah santan and goreng tempe for kuah lodeh. Hehe. Nasib baik la petang tu dah siapkan kuah kacang and rendang dengan mama. Kalau semua kena buat sendiri memang selamat hari raya maaf zahir batin la! Hehe.

This year, besides mama and abah, I've another pair of hands I must kiss on pagi raya. Hehe. Yelah selalunya lepas mama abah adik2 yang cium tangan kite... ;) Ni banyak dosa dengan suami ni. Haha. Suka marah2 suami. Hehe. Tapi tiap2 kali buat salah pun dah mintak maaf kan syg kan kan?

That's all I've got for now.



My Big Family 2012



Thursday, August 16, 2012

Berdua sentiasa lebih baik

Semalam (bersamaan hari Rabu yakni last day of school for hari raya holidays) kami cikgu2 bersalaman. Most of them wishing me selamat berhari raya dengan suami. Hehe. Honestly I don't even know what to expect. Lain sangat ke compared to my previous raya? Erm.. The most obvious thing is that I only have 1 and a half day (or maybe about 24 hours to be exact) to enjoy my kampung moment. Uwaa sedih tsk tsk. Hubby's working on 3rd Syawal. :(

Takpelah. Hubby keeps reminding me to be thankful as he was given days off for the 1st and 2nd Syawal. Ye sayang, saya bersyukur yang amat kerana diberi peluang bersalaman meminta ampun di pagi raya nanti. :p

Anyways, raya story will be written afterwards. Now masih puasa so how was it to puasa with a soulmate? 

hehe. I am blessed - tadarus ada kawan, jalan pergi terawih di surau dekat rumah ada kawan, nak masak ada kawan so that tak perlu buat rombongan to bazar dan yang paling penting, hubby yang bangun dulu time sahur dan panaskan lauk2 sume. Hoyeaahhh. Hahahaha. Ye, bininya memang sleeping beauty, kbai. Cuma yang peningnya bila hari2 kena fikir menu nak dimasak for iftar. Actually ni memang first time puasa nak kena masak hari2. Since dok bujang ni, 2 kali Ramadhan saya dok Segambut for the whole month. Sekali je saya stay dengan housemates sebab rumah segambut tengah renovate. Tu pun tak lama before sekolah start cuti. So having a husband yang prefer home cook, hari2 lah kena spend time tukar idea dengan kawan2 or cari menu best kat internet. Hew hew hew. But I had fun doing it.

Part yang tak best adalah apabila ditinggalkan time hubby up up and away. Actually memang time puasa ke tak puasa ke, kena tinggal selalu tu memang part yang tak best amat. huh.

Preparation untuk raya? Tahun ni paling tak buat apa2 kot. Musykil?? haha. Well.. since we all just 'beraya' dua hari je so baju tak perlu banyak. Saya sendiri dah habiskan semua kain yang ada hantar tempah before puasa lagi. Lagipun, baju sedondon dah ada - baju time bertandang dulu. Pakai sekali tu je. memang buat dulu pun sebab nak pakai raya ni. Haha. Sila tiru macam saya supaya tak berkawan dengan syaitan yang suka pembaziran. :p Kuih raya pula...well....tahun terakhir saya buat kuih raya...erm...masa masih bergelar pelajar USM. Lepas tu tak buat2 dah. Tak tau kenapa. Owh sebab lepas tu saya dah start menjahit. hehe. Yes! Alasan kukuh. Tapi tahun ni saya tak buat dua2. Malas. Jujur.

Baiklah sampai di sini saja dulu. Nantikan cerita hari raya kami pula. Selamat meneruskan ibadat puasa! ;)

Tuesday, July 17, 2012

17 Julai 2012

3.23 pm, Segambut.


Mengantuk. Masuk bilik. Bosan sorang-sorang. Turun dapur. Erm... Nak buat nescafe lah.


Ambil mug. Masukkan nescafe. Masukkan gula. Tuang susu pekat. [Otak still kosong]


Minum.
.
.
.
.
.
Pffftttt. (Tersembur keluar)


Look around. 


OMG did I just poured both sugar and sweetened creamer????!!!


DAMN.


I guess I'm so used to having you around. 


19 hours and counting. :(

Monday, July 16, 2012

Ini bukan wedding's review :p


Ini ialah hantaran daripada pihak saya to pihak lelaki. My hantaran maker ialah my own auntie.

And ini pula ialah kepala katil bilik saya. And orang yang bertanggungjawab menghiasi keseluruhan bilik pengantin ialah my own auntie juga.

Malangnya, ada pihak yang telah mencilok gambar di atas ni and promo kat bakal2 pengantin di sebuah pameran pengantin, claimed that was their art works. Artistiknya korang! Kot ye pun design or idea sama dengan makcu aku, takkan la warna dinding, side table lamp sume sama kot!

So people, please. Jangan cilok2 gambar orang. Dah la cilok, pastu ngaku dia puya. [And then kantoi!]

Friday, July 13, 2012

Kajian Semula Pendidikan


First of all, why JB???? Why not in ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur??

Anyways, if I were given a chance to voice out, these would be my point. SAYA NAK:-

  1. KPM diuruskan (yakni menterinya) oleh somebody yang asal usulnya seorang guru, yang tau realiti sebenar dunia pendidikan.
  2. Penstrukturan semula kurikulum subjek2 kritikal seperti Sains dan Matematik dilakukan oleh guru-guru tanpa campur tangan orang luar yang just tau complaint itu ini tanpa ilmu.
  3. Mengkaji semula pemansuhan PMR. Ye, memang kita nak menuju ke arah suatu sistem pendidikan yang tak berfokuskan peperiksaan. Tapi tu bukan bermakna memasuhkan satu bentuk assessment yang penting, yang akan menentukan hala tuju students bila diorang masuk Form 4. And with all the bands and whatever, SERIOUSLY??? Ada cikgu yang sampai curi dan bocorkan soalan exam kot! You really think everyone got that integrity??? An open book exam is one way to change the focus. Let the students do the PROBLEM SOLVING and CRITICAL THINKING and not just MEMORIZING FACTS and VOMITING OUT everything on the papers. Sekolah swasta boleh buat, kenapa sekolah kerajaan tak?
  4. For God sake, show the real damn graph after the results announcement! Tak payah nak poyo sangat tunjuk every year percentage meningkat. Macam lah kitorang cikgu2 ni tak tau yang graf diturunkan supaya results semua orang macam gempak! Menyudahnya students yang dapat C, D dalam Maths PMR pun layak amek Add Maths. Diorang tu HANYA LULUS time PMR kot! Seronok ke memperdaya budak2??
  5. LET THE TEACHERS DO THEIR FREAKING REAL JOB - EDUCATING. Mendidik dan mengajar tak sama. Nak mendidik hantu jadi orang, seluruh masa dan tenaga kami diperlukan untuk buat hanya itu. With all the paperworks, stupid programs and all the non-sense you asked us to do, you still demand us to educate people? JUST FORGET IT!


Nak lagi ke? Takut berdarah telinga. (-.-)

Thursday, July 12, 2012

Have Fun Cooking!

Rutin harian seorang isteri. COOKING! Having a husband yang prefer makan home-made dishes, I have to cook at least once every day. Ada la hari2 yang off-duty but still, selagi ada tenaga I'll force myself to visit the kitchen. And I'm lucky enough to have a husband who can cook quite well so once in a while, he will do the cooking. DAN YANG BAGUSNYA IALAH BELIAU TIDAK CEREWET DALAM HAL MAKAN. GORENG TELUR DAN KICAP PON DIA AKAN MAKAN TANPA MENGOMEL. Kalau mengomel dalam hati tu nasiblah kan janji saya tak dengar. Haha.

Memasak, banyak ke sikit memang memenatkan. Kalau bukan the cooking part, the clearing up part. Yang menghilangkan penat tu ialah bila makanan habis dimakan. And saya jenis yang suka kalau sekali masak sekali makan. Tak kisah masak banyak kali pun, happy tengok makanan habis. [Sedap ke tak tak pentinglah kan tapi kalau dah licin masuk perut what does that tell you? --> Maybe juga kebulur sangat?? Erm. ^_^]

Zaman sekarang ni nak masak bukan susah pun. Internet depan mata. Google je resepi apa nak. Then pilih mana yang agak2 menarik. Tapi masa nak masak tu godek2 lah sendiri tak payah follow manual sangat. That's why I'm not into baking and stuff. Sebab saya tak boleh main campak2 and ikut suka. Kang lain portion terus kek penyek. Pffttt. My all time fav are lauk pauk kampung and italian dishes. Heh.

I'm not an expert in cooking so kalau tanya tips tu memang karut sangat lah kan. Tapi apa yang saya amalkan ialah enjoy kat dapur, jangan masak masa tengah marah or penat sangat, masak dengan penuh kasih sayang dan yang paling penting, dress-up! Haha. Get yourself a REALLY NICE apron. Okay memang tips yang hampeh but trust me, looking fabulous in the kitchen gives you extra confidence and joys while preparing meals for your love ones. Huahahaha.

Apron yang dihadiahkan oleh Pak Teh 3 years ago. Still my fav  kitchen attire!
[And yes, we painted our door RED]

Tuesday, July 10, 2012

Menyahut Cabaran




The first one memang wajib so no further explanation. The second one is tough (at least for me). But I already wear WAY LESS make-up lately. Because hubby prefers my naked-face even more. (^.^)

The advantages?
1. Jimat duit tak perlu beli make-up banyak2 (and mahal2)
2. Jimat masa nak bersiap untuk keluar rumah
3. Kalau solat kat surau public tak payah amek masa lama nak cuci make-up and nk apply balik


Pendek kata, Less is More!

But it'll take time though. Slowly, but Istiqamah. InsyaAllah. 
Semoga Allah permudahkan. Amin.

Wednesday, June 27, 2012

Minah dan Mat Rempit

Maaf gambar kecil. Sila tekan gambar untuk tumbesaran.

It wasn't my first time, but for (quite) a long journey, that was the first. Menaiki objek kegemaran cik abg. Phew.. Sampai Linggi, memang kebas lah pinggang sampai tapak kaki. But we had fun anyways. Besides, bila lagi nak suruh isteri peluk suami kuat2 tak lepas kan. Takut melayang punye pasal, tangan kanan genggam tangan kirilah jawabnya peluk pinggang cik abg. Puas hati u syg kan? I tau.... haha. :p

Actually jarang dapat weekends yang both of us are free. Kalau bukan saya kena ke sekolah, cik abg pulak ade simulator. So bila ada chance macam ni, and sementara kaki boleh melangkah panjang, langkah lah panjang2 kan. Hehe.

p/s : Syg, USS jom!

Thursday, June 21, 2012

Woke Up

I've come to a frightening conclusion that I am the decisive element in the classroom. It's my personal approach that creates the climate. It's my daily mood that makes the weather. As a teacher, I possess a tremendous power to make a person's life miserable or joyous. I can be a tool of torture or an instrument of inspiration. I can humiliate or humor, hurt or heal. In all situations,  it is my response that decides whether a crisis will be escalated or de-escalated and a person humanized or de-humanized.


*Sigh

Tuesday, June 12, 2012

Soalan Cepumas (Aik, ada lagi?)

Tak lama lagi dah nak jumpa Ramadhan, and then Syawal. Makin dekat nak raya ni perasaan tak best nak balik kampung berdepan sedara-mara dah start muncul. Erm..Musykil tak musykil tak? Supposed happy lah tahun ni kan?? No? No! Gathering yang tenang dah berlalu, it was last year's. Time tu dah tenang sebab dah tak dihujani soalan cepumas memandangkan wedding date dah confirmed.

So apehal nye pulak dengan tahun ni?? Yes. THE next question lah pulak. In fact, sekarang ni pun diri dah naik bosan dengan soalan bila nak 'berisi' lagi. Balik2 tanya soalan yang sama. "Dah pregnant balik ke?"

Now I'm telling you. Stop asking until next year okay. Yes, family planning. Exactly. Ada orang kata tak elok muda-muda ni planning. Bagi lepas the first baby dulu kalau nak start planning pun. Well, I already pregnant once. Cuma tak ada baby yang keluar. So, yeah. Whatever. Sekarang ni ada benda-benda lain yang nak difokuskan. Kalau boleh biar cik abang clear his training first, dia dah tak serabut, and saya sendiri pun nak lepaskan seminar 1 for my master degree first, go for honeymoon untuk release tension setahun 'menetap di Malaysia' gara-gara jadual training beliau, then dah settle semua, kalau ada rezeki, our junior will be there. Faham?

FRANKLY speaking, memang agak jealous dengan semua pregnant ladies (ambik kau, SEMUA tau, haha) tapi bila fikir kepentingan both of us, rasa tu terpaksa dikorbankan. Maybe Allah ambik balik yang sebelum ni pun sebab tau not both of us are ready for that, yet.

Anyways, saya belum sampai tahap rasa bosan and sunyi hidup berdua. KAMI SEDANG INGIN BERCINTA. I don't know about him, but I never get bored whenever he's around. It's WHEN HE IS NOT AROUND, then I'll go crazy. Saya pergi sekolah setengah hari (I mean until 3pm plus plus) pun dah tergedik-gedik nak balik. Handphone jangan cakaplah, berbunyi je memanjang sampai ada yang tanya, "Tqah, kau ni asyik dengan handphone, kau dok ber sms dengan laki kau ke?". Haha. Well.

Clearly, anak ni rezeki yang Allah bagi. Kami merancang, Allah lebih tau apa yang terbaik. Kalau Allah nak bagi lebih awal, kami siapa nak tolak. Tapi kalau next year pun, mane tau dapat 2?? Hehe. Saya mohon doa semua, bukan soalan. Fullstop.

Monday, June 11, 2012

Monday, April 30, 2012

Anti ke Pro ke mesti nak bersebab

Saya tak tau apa implikasinya ke atas saya jika saya menulis tentang isu ini tapi nak tulis jugak. Ala blog ni bukan famous sampai Setiausaha Sulit Perdana Menteri baca pun kan (apatah lagi PM sendiri) so saya punya suka la nak tulis apa pun. :p 

Frankly speaking, saya bukan peminat politik. I just don't give a damn about it. You can say whatever you want, I don't care. Pada saya, bila ada je campur tangan politik sure ada benda tak kena and maybe lebih tepat lagi, TAK BETUL. It's called POLITICS after all isn't it?? 

Tapi bila saya kata saya tak ambil port tentang isu politik, bukanlah bermakna saya ni anti kerajaan ke apa. Tak. Saya anti benda2 yang tak patut and tak betul. Mana2 pihak pun, kalau u tak betul, maknanya I anti YOU okay. Hehe. 

Sebagai manusia yang waras, saya tak boleh menidakkan semua usaha dan jasa kerajaan just because ada benda2 yang tak betul. Itu poyo namanya. Saya ni pegawai kerajaan. Kalau saya kata kerajaan tu tak betul semuanya, habis saya ni yang bekerja mati-matian mendidik anak bangsa, tak betul jugak?? Susahlah macam tu. Tapi jujur saya cakap, sistem pendidikan memang amat teruk bila pemimpinnya ialah orang politik, yakni bukan pemimpin yang akar umbinya dari dunia pendidikan. Tak pernah jadi guru, tak pernah mengajar dan mendidik, alih2 kau nak wakili kami? What the ....???? You don't even know what's happening in schools. And you don't have any idea what we, THE TEACHERS are going through. The only reason saya berkhidmat di sekolah kerajaan adalah kerana saya telah disponsor oleh KPM suatu masa dulu atau dalam erti kata yang lebih mudah, saya pemegang biasiswa KPM. Yelah, kalau dapat yang free buat apa nak bayar ye tak? haha. Lagipun nak bayar PTPTN nanti ada riba pulak. :p 

So bila saya habis membalas jasa KPM nanti, jika haluan pendidikan negara ni masih sama, saya akan fikir2 kan semula. Nak berhijrah ke sekolah swasta....or mendidik anak2 sendiri saja. Hehe. Kita ni manusia, lemah. Yang salah tu kalau sekecil kuman pun, cepat je nampak. (insan yang menulis ni pun tak terkecuali) Jangan cepat melatah. Allah akan uji apa yang kita cakap. Ada certain people, kalau nak menentang kerajaan tu, dia yang gila2. Berdas2 keluar dari mulut. Itu ini, salah semuanya. Tak ada yang betul. Tapi bila kerajaan bagi bonus, tak pulangkan balik pulak??? Tak malu ke apa? Hak? Hak kau cuma gaji biasa2 yang kau dapat every month tu. Bonus tu keistimewaan. Berterima kasih sikit apalah salahnya. Ni kalau berkhidmat dengan kerajaan lah kan. Kalau private sector tu gasaklah apa korang nak buat pun. Cuma saya suggest, kalau dah tak suka sangat, keluar je lah dari Malaysia. Pergi bina kehidupan di tempat lain yang korang rasa lebih BENAR dan serasi. Kita hidup kat muka bumi ni, buat aje lah kerja kita. Amanah tu yang lebih penting. Kalau kau tu student, belajar. Kalau kau doktor, waima anak PM sekalipun, kau kena rawat. Kecualilah kalau kau ni memang Setiausaha Sulit Perdana Menteri, memang tugas kau lah untuk membetulkan dia kan. Kalau bukan kerja kau macam tu, sila main jauh2 tak payah kecoh2. That's why someone said, WHEN YOU ARE WRONG, ADMIT IT. AND WHEN YOU ARE RIGHT, SHUT UP. 

p/s: Saya pun ada masa-masanya protes and kutuk gov juga. Tapi taklah sampai dah tak nampak yang betul. Besides, saya bukanlah jenis yang melompat-lompat bila dapat bonus. Gaji pokok pun tak pernah tau berapa. :p

Wednesday, April 11, 2012

I VOW

"To help you love life
To always hold you with tenderness
To have the patience that love demands
To speak when words are needed and to share the silence when they are not
To live within the warmth of your heart and always call it home
To live within the warmth of your heart
To fiercely love you in all your forms, now and forever
To love you, and no matter what challenges might carry us apart, we will always find a way back to each other.
To never forget that this is a once in a lifetime love."


-The Vow, 2012-

Thursday, April 5, 2012

UMRAH 2012

Lama betul tak menulis! Rindu. Tapi memang tak ada isi nak tulis. Banyak je benda nak share tapi bila nak menulis je, idea terbantut. So this time nak share sikit bout my experience performing umrah baru2 ni. Maybe boleh dijadikan panduan tak formal untuk sesiapa yang ada rezeki menjadi tetamu Allah kelak. ;-)
Semoga Allah jauhkan saya daripada sifat riak sepanjang saya menulis ni, InsyaAllah. Saya hanya berniat nak share pengalaman.

Actually it was a last minute plan and it was my mum's idea. She suddenly felt like going and dah jadi rezeki saya, saya available waktu tu. Mama ajak teman so mama sponsor. weehuuu. Memang tanpa berfikir panjang la kan accepting the offer. Cuma yang sedihnya hubby tak dapat join sebab terikat dengan course.

The journey was (really) tiring. It was the first time we tried a new travel agency. Biasanya kami pergi dengan Wira Saujana. This time we went with Syaza Travel. First time naik Qatar and first time juga pergi umrah kena transit (sangat lama pulak tu). But it was because of the last minute changes on the flight's schedule. We were supposed to transit for like an hour at Doha and then flying straight to Madinah, but instead, we have to transit for approximately 10 hours at Doha and then flew to Jeddah. And then took the bus to Madinah since Syaza couldn't change the itinerary (Makkah is closer to Jeddah). I slept all the way to Madinah. :-)

Sampai Madinah around 7am. Aktiviti bebas sampai Isyak. So both of us just spent most of our time at Masjid Nabawi. Lepas Isyak kami dibawa ke Raudhah. Since 2006, pihak masjid dah aturkan jadual untuk menziarahi Raudhah so that orang2 Asia tak perlu berebut dengan mak2 arab. heh. But still, nak masuk Raudhah kot. Memang sangat sesak, tak ada seinci pun ruang yang kosong. Kena bergilir nak solat, itu pun orang main langkah2 je. Tak kena pijak dah cukup baik. Masa nak masuk Raudhah tu terpisah dengan mama sebab bila dibuka ruang untuk kumpulan asia, ada kumpulan2 dari Pakistan menerpa. So saya terlepas ke depan, mama kat belakang. Dah sampai dalam Raudhah air mata tak boleh nak stop. Selain sebab ada dalam tempat 'tak terhijab dengan Allah' tu, saya rasa bersalah sebab tak tarik mama. Takut mama terlepas peluang solat kat dalam. At least kalau saya ada, kami boleh bergilir sambil kawal kiri kanan takut ditolak. Tapi alhamdulillah both us got the chance to perform solat sunat there.

Hari kedua ziarah and aktiviti bebas, hari ketiga after Zohor kami bertolak ke Mekah. Perjalanan asyik tertunda, kalau bukan bas yang lewat, ahli kumpulan lambat bersiap dan berkumpul. Kalau dengan Wira Saujana dah kena tinggal orang2 macam ni.

Sepanjang berada di Mekah kami hanya buat umrah dan melepak di masjid. Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik (walaupun tak secergas dulu) untuk buat umrah setiap hari. Awalnya memang rasa agak susah sebab kami hanya berdua, tak ada lelaki nak teman naik van pergi berniat ke Tana'im. Tapi lepas 2 kali asyik lewat gara2 menunggu 'orang kita', kami ambil keputusan untuk terus ambil van sesudah Subuh. Time2 macam tu ramai orang Arab yang pergi. Janji ada wanita dalam van, kami naik aje walaupun tak ada 'orang kita'. Selesaikan umrah waktu pagi memberi kami banyak masa untuk berehat sebelum Zohor dan membanyakkan ibadat yang lain. Nak berjalan2 pun senang sebab dah habis ihram.

Terkilan tengok orang yang hanya dapat satu atau dua umrah. Kalau buat 7 kan dah dapat pahala haji kecil. Nak ke sana bukan murah dan bukan mudah. Kalau ada duit sekalipun tapi Allah tak jemput, tak sampai kita. Jadi kenapa lah buang masa dengan aktiviti bershopping yang tak sudah. Paling saya tak tahan bila ziarah, ada yang sampai singgah berniat pun sempat membeli belah. Tak kurang juga yang solat di hotel. Kalau uzur sangat tu lain cerita. Kita ke sana memang nak beribadat, nak melancong tolong pilih tempat lain. Memang banyak masa berulang alik ke masjid. Kalau rasa letih berulang alik, tak payah balik ke hotel. Contohnya antara Asar ke Maghrib ke Isyak. Bukan lama pun gap nye. Duduk aje lah di masjid, kalau penat sangat nak baca Quran, pandang Kaabah tu pun dah cukup besar pahalanya.

Ni sangat penting untuk bakal tetamu2 Allah. Tetapkan niat. Jangan mudah tergoda. Barang2 dijual kat sana pun apa je lah yang memang dibuat di sana. Yang lain tu Made in China juga. Sayang waktu bersolat di Masjidil Haram. Banyak bezanya dengan solat di hotel tu.

Sepanjang berada di Madinah dan Mekah, (before I found out that the hotel got wifi) hari2 saya menangis rindukan cik abang. Yelah! Sape tak rindu suami maa. Saya menangis sebab rindu dan sebab tak dapat nak share kegembiraan saya kat sana dengan suami. I kept thinking, bestnya kalau dapat pergi sama2. Tapi tu lah, orang yang datang sini dipanggil tetamu Allah tu bersebab. Memang atas jemputan Dia lah baru sampai ke sini. Semoga umrah saya selepas ni bertemankan suami. Kalau satu family lagi best! Macam umrah 2006, pergi ramai2. Memang meriah. Bila ramai2 ni, semangat kita nak beribadat lagi tinggi sebenarnya. Sebab penat tu hilang bila sesekali bersembang. Ni berdua je, kalau tak mama buat lawak, saya kena buat lawak. Haha. Mana jadi. :p

Ambik. Sekali tulis sampai berpinar mata orang nak baca.

p/s : Orang suka tanya,  amacam seronok pergi sana? Percayalah.. semua yang balik dari sana akan cakap seronok. Tak perlu tanya soalan tu. Tapi kalau tanya jugak, jawapan saya, doalah rezeki murah dan dijemput Allah, pergi sana dan rasa sendiri nikmatnya. No words could describe the feeling. :-)
Sekian, wassalam.

Sunday, February 26, 2012

The Unborn

Admitted to DEMC hospital last Friday. This was painful. I couldn't sleep because of this thing.



But THIS, was even more PAINFUL. I couldn't even breath because of it.

Thursday, January 12, 2012

It will rain every now and then

I never promised you a ray of light, 
I never promised there'd be sunshine everyday, 
I give you everything I have, the good, the bad.
Why do you put me on a pedestal, 
I'm so up high that I can't see the ground below, 
So help me down you've got it wrong, I don't belong there.


One thing is clear, 
I wear a halo when you look at me, 
But standing from here, you wouldn't say so
You wouldn't say so, if you were me
And I I just wanna love you, 

I always said that I would make mistakes, 
I'm only human, and that's my saving grace, 
I fall as hard as I try
So don't be blinded
See me as I really am, I have flaws and sometimes I even sin, 
So pull me from that pedestal, 
I don't belong there.

Why you think that you know me
But In your eyes
I am something above you
It's only in your mind
Only in your mind

I wear a Halo

Friday, January 6, 2012

Super Husband

WEEK 1

I'm all over the place. First week staying alone with hubby, I'm more busy with my school works rather than doing house chores. Can you believe that?? Meetings after school, going back past 3pm, reach home at around 4pm, EXHAUSTED.

KESIAN SUAMI SAYA.

I'm lucky for having this wonderful guy as my husband. He made me 'dinner cum supper' the other day since I stucked with my lappy (alone at the study room) completing my Add Maths Yearly Teaching Plan. Although it wasn't the normal meal we eat for dinner, I thank you for that and for being super understanding. I love you. ❤