Sunday, June 1, 2014

Iklan. Merapu, tapi best (kot?)

Nak buat penerangan (orang tak nak tau pun) jap sebelum kita ke Italy.

Actually kenapa je kami ni dok berjalan ke hulu ke hilir? Misi apa sebenarnya ni?? Actually kisahnya, every month hubby ada long trip about 10 - 12 days. I usually take the opportunity to go back to KUL bila dia buat long trip. And right after that trip, dia ada 3 or 4 days off. Jadi untuk tidak membuang masa, kami akan keluar from Istanbul or keluar dari Turkey lah senang cakap, jalan2 tengok tempat orang, menimba pengalaman baru, giteww. So hubby will choose the places yang MAS tak pergi. Sebab kalau tempat yang MAS pergi, kami boleh pakai annual FOC. Tempat2 yang kami pergi setakat ni, MAS memang DAH TAK pergi. Apa vangangnya pun aku tak tau. Boleh tutup Rome. Tempat famous kot! Rugi betul. Jadi kami naik lah Turkish Airlines. Standby lah jugek kekdahnye sebab pakai ZED (kinda staff discount or something like that). Tapi setakat ni standby TK tak teruk macam standby MAS la haha. Senang aje nak check in terus dapat.

And lagi...apa pulak ceritanya dengan thesis? Haha. Tidakkah satu pembaziran masa aje semua ni, asyik jalan sana sini tidak menghiraukan thesis yang terbengkalai dan master yang bertahun2 tak sudah2? Okay..........(merendahkan ton suara)...Thesis sebenarnya dah sampai chapter 6 uols!!! Haaa...Kemas tak?! Haha. Tinggal ada lubang2 nak edit. Sebab rupanya susah buat observation and interview punya analysis ni! Sume ceruk nak cerita. Tapi, in progress la. Slowly, but surely gitewww kannnn. Haha. Ntahla, maybe lain orang lain pendapat, lain prinsip. As for me, peluang nak goyang kaki (as many people call it) ni tak datang selalu. Nk ambik unpaid leave ni aje bukan senang! So bila dah ada peluang macam ni, I grabgrabgrab la taknak lepas. Haha. Bila dah start kerja balik nanti, bertapa kat Malaysia, ingat ada harapan nak datang europe balik? Huh. Memang harapan lah! [Kan syg kan kan kan]

But just so you know, bukan senang untuk orang yang ada mild OCD serta control freak macam saya ni untuk travel style camni. Bawak bagpack sebiji, jalan. Jangan ngengade nak bawak trolley bag kejadah. Ingat senang?! Dah lah sume liquid kena make sure tak exceed limit! Haku ni dengan facial cleanser nya lah, face oil lah, lens solution lah, hape bagai lah. Ee...mula2 memang stress. Space pun cipuuuttt aje. Jadi ni lah cabaran yang saya sahut (and berjaya, of course). Liquid, gels and aerosols tu kami make sure bawak yang miniature - saya standby satu toiletries bag yang memang letak segala miniature tu yang hanya guna bila travel. And I'm so glad I'm not the old me yang suka make up banyak2. First, it's not good for skin, second, buang duit dan buang masa haha. Bab pakaian, laki senang sebab baju and seluar je. Perempuan, baju, seluar, tudung, stokin blablabla, semua yang kena tukar tiap2 hari. So redha ajelah. Semuanya saya gulung. Muat, tak ada masalah. Cabarannya bila kena pakai baju and tudung yang ada garis2 kesan gulungan tersebut. What?? I have ocd, rememberrrr? And kami biasanya akan pilih budget hotels yang tak tau lah aku ada iron ke idok sebab tak pernah try mintak. Tapi bukan tu main reason nya lah, main reasonnya sebab kami tak spend banyak masa kat hotel, balik mandi tidur je. So kalau nak buang masa iron baju tudung bagai, mau tercabut rambut laki aku menahan marah. Hahaha. Saya berjaya lah mengatasi masalah tersebut. Cuma mulut masih membebel lah bila bersiap.."Eee...tudung ada garis2....blablabla.." And biasanya hubby will comfort me by saying, "Awak je yang nampak sayang, orang lain tak heran pun" Pffttt. Tapi memang betul pun kot. Gambar2 korang tengok selama ni korang notice ke tudung2 tu tak iron? Haha. Kalau notice pun baik jangan cakap pape kang terkeluar keOCDian aku kang. 

Okay last one. How do we plan (or should I say HUBBY plans) for all the trips? Hehe. Honestly, 90% semua hubby buat. Saya tolong, pakai mulut. Haha. Tak de lah, tolong la jugak, suggest tempat2 nak pergi, saying yes or no to his suggestions, tu semua kira menolong la kan. Okay, for hotels, hubby pakai agoda website - www.agoda.com sebab so far, sangat reliable and discount yang paling banyak, compared to expedia and booking.com lah, yang lain tak sure sebab tak pernah pakai. Untuk Nice, Paris dulu pun memang pakai agoda. Hotel kami pilih yang bajet2 aje sbb kenapa nak membazir, travel bukan nak berkurung dalam hotel semata2. Yang penting ada own bathroom, not shared. Haha. But so far la, walaupun budget, tak pernah lagi dapat teruk. Ada yang kita tak expect pun secantik and secomfortable yang kita dapat. So don't underestimate budget hotels. Duit simpan untuk transportations, food, souvenirs and erm....shopping? Hehe. Selain tu, sebelum pergi mana2 trip, kami biasanya refer to websites yang bagi review pasal places we are going to. Kena tau things to do, places to go, how to move around, where to eat, where to shop, and stuff like that. Senang, tak buang masa melangut tak tau buat apa. Boleh lah nak gamble tapi takut rugi tak dapat discover apa yang patut discover kat tempat tu. What's the point pulak kan? And, use the smartphones to be smart! Download apps pasal tempat nak pergi. Save gambar map (especially public transport's map) so senang nak refer, tak payah menggagau cari board tengah jalan looking for "YOU'RE HERE" haha. Sebab tak semua tempat pakai huruf2 yang kita pakai okayy. Teettt. haha. And last but not least, you all maybe banyak masa at one place, tapi macam kami ni, tak. Sebab curi off days hubby je. So tak sempat nak join one-day tour ke ape ke yang macam tu, but LOOK at the brochures and pamphlets regarding those tours, tengok tempat2 yang diorang pergi - maknanya tempat tu wajib pergi, so mana yang dekat and sempat pergi, boleh pergi sendiri. Camtu lah kekdah nya.

So itu lah saje iklan (dah macam satu episod drama je kan) sementara saya cari idea nak menulis pasal Italy and Greece. Haha. And by the way, esok saya KENA join hubby and friends pergi water rafting. Doakan saya tabah dan selamat mengharungi cabaran tersebut. Hehe. Orang kata kita kena keluar daripada comfort zone sekali sekala kan. Huhu. So...yeah. Water rafting jom!

No comments:

Post a Comment