Friday, May 22, 2015

Breastfeeding : 39 Days and Counting

I may not be the best person to write about this, sebab still dalam pantang, baru 39 hari experienced breastfeed, anak first pulak tu, but it's my blog, so..erm..suka hati lah. Haha.

Breastfeeding - rasanya now dah tak jadi perkara asing. Every mom (I think) mengidamkan untuk breastfeed their own child. As for me, harap-harap ada rezeki Aisyah sampai 2 tahun. Siapa tak nak? Jimat duit daripada kena beli susu formula yang kian mahal. And in our case, we will save A LOT since Aisyah pun pakai cloth diaper (I will blog about it later). So, susu tak payah beli, pampers tak payah beli. (Read : Bolehlah umi shopping banyaaak lagi benda lain untuk Aisyah. Huahuahua)

Okay so. Breastfeeding. Selama ni what I read & heard, semuanya indah2 belaka. Kelebihan breastfeeding, khasiat susu ibu bla bla bla. Tak ada siapa pun bagitau situasi sebenar yang ibu tu perlu tanggung (sebenarnya) dalam proses nak menjayakan breastfeeding tu. So let me tell about my own experience from the very first day.

Aisyah started to breastfeed right after she was born. After skin-to-skin, the midwife took her aside kejap je untuk lap2 dia & balut. After that she started to breastfeed (like a pro). Masa pregnant, saya selalu risau what if susu tak keluar right away, macam mana nak breastfeed sebenarnya (Yes, my sister did give talk about it, but that was theory, if u knew what I mean), sakit ke tak nak keluarkan susu for the first time dan byk lagi yang saya fikir masa pregnant. Tapi bila Aisyah start menyusu, terus rasa bahagia. Sakit? Yes. Macam contraction balik. But not that bad pun. Uterus kan mengecut masa menyusu tu so terasa lah sikit.

Lepas transfer masuk ward & they sent Aisyah to room in, dia menyusu lagi. Lepas tu dia start tidur sampai dah susah nak kejut untuk menyusu. Macam-macam usaha dibuat untuk membangunkan dia tapi gagal. Haha. So sleepy baby! Berak pun dia layan tidur. Petang tu my bidan sister came and check. Dia kata "breast dah start bengkak ni". But I didn't feel anything at that time. For me, okay, bengkak sebab susu dah full, tapi anak tidur je tak nak bangun nak buat camane kan. (Masih naive)

Aisyah menyusu selang 4 jam during her first week. I started to pump out milk the 3rd day pantang. Sebab? Dah mula rasa sakit. Wawawa. And then bila start mengurut (3 hari), the mengurut session came with a package of mengurut breast untuk membanyakkan susu (katanya). SAKITNYA TU LAGI SAKIT DARI BERANAK TAU TAK! Demi Allah saya lagi sanggup sakit contractions daripada kena urut macam tu. Masuk hari kedua, otak dah mula stress bila breast bengkak sebab membayangkan makcik urut tu datang. Settle hari ketiga, rasa lega sebab sesi mengurut dah tamat, I tell you, LEGA YANG AMAT. Like, bye makcik! Don't come again. Haha.

Maka bermulalah jadual baru, pumping every 2 hours, 24 hours. Yes. 24 hours! I felt like kilang susu already. It's not that I really want to make stock pun, tapi I couldn't handle the pain. Kalau malam tu, Aisyah menyusu tak banyak sebab dia pun mengantuk. So, lepas dia menyusu, still kena pump. And surprisingly, it wasn't that hard pun untuk bangun every 2 hours every night. Sebab bila sakit tu memang automatically terjaga & tak boleh tidur. Even lepas pump pun actually still hurt.

Minggu kedua, suatu pagi yang hening, I woke up with tears because one of my breast engorged so bad it hurt like he**. It hurt so bad I felt like that was the end of the world. Rasa macam nak mati. Seriously, I'm not exaggerate things. It REALLY HURT. Even lepas 2-3 kali tuam dengan hotpad, tuam dengan kain yang diremdam air panas, tuam dengan tungku, lepas tu pump, still tak ada perubahan. Tengahari tu makan panadol sebab dah tak tahan sakit. 3 hari jugak sakit teruk. Masa tu memang rasa stress, depressed & kemurungan. Haha. Berapa kali menangis sehari pun tak tau. Saya terfikir kenapa tak ada orang bagitau saya yang bengkak susu can be that bad. Why?? Dalam 4 minggu lebih ni, 2 kali bengkak seteruk tu (second time tak nangis dah, stress je). Cuma alhamdulillah saya tak sampai demam. [Tips saya bila bengkak : Tuam dengan ice pack, lepas tu terus tuam dengan hot pad, buat dua2 ni agak2 bila anak dekat nak minum. Lepas tu bagi anak hisap, bila dia lapar dia akan hisap kuat. Right after dia stop, terus pump. Ulang sampai bengkak dah surut. Alhamdulillah nampaknya cara tu berkesan untuk saya]

Another thing that I didn't aware before, is that newborn menyusu agak kerap. Like. Kerap, sangat. Haha. Sampai rasa macam tak ada benda lain buat masa pantang ni, menyusuuuuuu je 24 hours. Sampai tahap google "macam mana nak tau bila anak dah kenyang". hahaha. Sebab risau, anak asyik nak menyusu je. Tak kenyang2 ke. Tapi rupanya in our case, Aisyah cepat tidur bila menyusu. Sebab tu dia kerap sangat menyusu sebab maybe dia sempat minum yang fore milk je. So bila dah tau, saya selalu paksa dia keep on menyusu supaya dia dapat hind milk sekali. (Nampak tak pentingnya membaca di situ. Jangan stress tak tentu arah. hahaha)

I was then told that stress tak elok untuk pengaliran susu. Walaupun susu banyak, tapi bila pump tak boleh keluar habis sebab kita stress. Owh okay. Kenapa tak bagitau. Haha. Later whenever I pump, I always imagine benda-benda best. Tengok muka anak, recall balik the moment she was born, plan lepas pantang nak pergi mana...hahaha. Semua tu menyumbang kepada ketenangan & kegembiraan yang membantu melancarkan pengaliran susu keluar.

Sampai ke hari ini, saya masih bangun malam 3 kali untuk pump. Siang pun sama. Kalau Aisyah tidur & I couldn't wake her up, kena lah pump. Ada jugak masa yang tengah2 mengepam, Aisyah terjaga and merengek lapar. So I will stop pumping and feed her instead. I didn't let her try bottle-fed until after a month sebab takut dia confused. Sekarang dah start bagi 1 - 2 kali sehari sebab takut dia refuse terus botol kang naye. Tak kerja lah umi dia haha. Itu pun saya bagi dia pakai Calma by Medela (dapat free masa beli Medela Freestyle so lepas baca info, agak bagus, cuba je lah) Alhamdulillah tak ada masalah. Cuma using Calma, baby kena hisap kuat sebab unlike puting biasa, dengan Calma, susu hanya akan flow bila baby hisap. Kalau dia main2 or tertidur, susu tak keluar. Konsep sama dengan direct breastfeeding.

Setakat ni alhamdulillah I enjoy breastfeeding. Cuma, my piece of advice for new moms, especially to mom-to-be, you can kiss your goodnite-sleep goodbye, and say hello to sleepless nights. Hahahaha. It wasn't that bad, but you have to be really positive. Semangat kena kuat. As for me, I keep reminding myself, susu ibu itu hak anak. It wasn't our call, to give or not to give. Sesukar mana pun ia. Hehe. Lain orang lain pengalaman. Allah dah mudahkan urusan bersalin saya, jadi Allah uji bahagian lain pulak. Selama ni saya doa mintak Allah kurniakan anak, Allah dah bagi. Takkan lah saya nak demand macam-macam lagi. Semua orang akan melalui perubahan fasa hidup. Ini fasa baru dalam hidup saya. Alhamdulillah.

These are like my bff now.
Pagi-pagi usung bawak turun bawah.
Malam-malam usung bawak naik atas. Haha.
This is Calma
This is milk collection shells by Medela.
Milk leakage problem, jangan pakai breast pad, rugi.
 Biasanya masa baby menyusu sebelah, sebelah lagi pun
akan keluar jugak susu awal2 tu (fore milk),
so susu tu saya tadah pakai shell.
Ada masanya boleh collect 1 oz sekali menyusu,
kan membazir kalau tak disimpan.
Ini saya anggap support from hubby yang saya kira 
sangat penting untuk emosi isteri.  
Kalau tak mampu bangun tengah malam teman isteri
menyusukan/pumping, belikan lah freezer untuk simpan susu. Hahaha.
I chose upright freezer supaya senang susun & keluarkan.
Awal2 je  pakai bekas dadih tu,
lepas tu mendapati ianya sangat membazir space.
Saya pakai plastik so senang susun macam ni ikut date.

Cara saya label. Date & bilangan.
Sebab tak kuasa nak rekod pukul berapa. Haha.
And atas nasihat adik bidan saya tu,
saya simpan satu plastik untuk satu sesi mengepam.
Biasanya 5 oz. Kalau pump waktu malam biasanya lebih,
but sy still akan simpan 5 oz satu plasik
so that boleh guna sekaligus habis.

Ini pulak hadiah from adik bidan saya.
Untuk saya letak ebm bila travel.
Dia g bercuti ke Jepun, dia belikan saya ni.
Hahaha. Sampai ke Jepun dia ingat pasal breastfeeding. ;P

Sekian saja pengalaman breastfeeding saya setakat ni. Moga kita saling menyokong. Hopefully Allah mudahkan perjalanan breastfeeding kita, ibu. InsyaAllah.

2 comments:

  1. Upright freezer ni jenama ape?..mcm x penah jmpa sblm ni..brpa RM?..

    ReplyDelete
  2. Hubby beli sorang tak tau la price brp. Thousand something utk size ni. Ada size half than yg ni. Brand Elba. Byk je upright freezer brands lain pun.

    ReplyDelete