Sunday, May 10, 2015

Surat Untuk Aisyah : 1.0

`Aisyah, umi nak cerita detik-detik kelahiran awak. Bila-bila awak rasa down, read this - so that awak tau betapa kelahiran awak menggembirakan hati umi & baba.

Proses kelahiran awak umi boleh katakan, sekejap,,dan mudah. Alhamdulillah. I was at 39 - 40 weeks at that time. ISNIN, 13 APRIL 2015. Final check up dengan Dr Siti Zaleha - the gynae. Lepas sekolah, umi terus chow bersama boyfriend umi - baba, ke KPJ Tawakkal. Dr Siti buat VE - vaginal exam atau bahasa melayunya, seluk 'bawah' tu untuk chek bukaan. Dr kata 2cm. Dalam hati umi tertanya-tanya bila masa pulak start bukaknya sebab umi tak rasa pape. (Sebenarnya umi tak tau contractions tu rasanya macam mana hewhewhew) Dr suruh naik ke wad bersalin untuk buat CTG. Makngah awak yang tolong buat, kebetulan dia kerja petang tu. Bila tengok graf, Dr kata ada contractions, mild. Sekali lagi umi confuse sebab sepanjang umi buat CTG tu tak perasan pulak ada sakit-sakit. Dr kata balik dulu, jalan-jalan, buat squatting, lusa datang balik for check up & InsyaAllah by lusa dah ready to deliver. *Phew

Disebabkan Dr suggest umi untuk banyak jalan, so umi dan baba telah memanjangkan langkah kitorang terus ke KLCC lepas settle check up kat Tawakkal. Yelah, alang2 nak berjalan, biar lah kat tempat air cond (sekarang musim panas) dan tempat yang umi suka, boleh cuci mata cuci hati ye tak. hehehe. Memang umi cuci baba kawkaw punya. Hasil cucian umi, dapatlah sebiji charm Pandora sebagai push present. (Walaupun belum start push) Tak cukup dengan tu, umi juga berjaya belasah Indian food yang diidamkan sejak beberapa hari yang lalu di Spice of India. Masa makan tu actually ada rasa sakit sikit. Perut mengeras and sakitnya sampai ke pinggang. Rasanya contractions lah tu. Tapi sebab makan sedap punya pasal, boleh tahan lagi.

Balik rumah je sempatlah rehat jap, siapkan buku program yang umi kena buat untuk Majlis Anugerah Cemerlang sekolah umi. Sebab dah rasa sakit lain macam, umi email siap2 buku program tu kat ajk lain bawah umi. At least kalau tiba-tiba terberanak nanti taklah menyusahkan orang. Sambil ngadap laptop tu sakit dh makin kerap. Rasa nak terberak, umi pun g toilet walaupun cuak jugak sebenarnya nak berak. Takut terberanak haha.

Dalam pukul 11 umi terus masuk bilik kononnya nak rehat, nak tidur. Sambil tu umi track contractions guna apps kat iphone. Masa tu dalam 8 - 11 minutes apart. Hurm... Teringat Dr pesan kalau less than 10 min kena pergi hospital. Takpe2 umi relaks dulu. Cuba tidur tapi rasanya tidur2 ayam sebab makin kerap pulak, 5 minit gitu. Umi pun turun bawah balik bagitau baba yang umi rasa sakit makin kerap. Awak tau apa respond baba?? Dia ajak umi makan Haagen Dazs salted caramel ice cream!! Tapi bila fikir2, kalaulah terberanak malam ni, esok dah tak boleh makan ice cream dah, so umi pun makanlah between contractions. Bila ada contraction umi stop, jalan-jalan kejap, makan balik dan seterusnya, sampailah rasa tak boleh handle dah. Umi naik balik bilik, kemas barang nak pergi hospital. Umi suruh makngah check pun dia suggest umi g hospital since kalau dok rumah pun umi dah tak boleh tidur. 

Lepas solat sunat kejap, dalam pukul 2 lebih, umi & baba pun pergi hospital. Sampai hospital terus kena buat ctg lagi. Masa tu contractions makin kuat. Memang sakit! Tapi still okaylah, boleh tahan. Bila sakit umi pegang besi tepi katil tu sekuat-kuat hati. Midwife datang buat VE, Baru 3cm. Kecewa betul umi sebab rasanya dah kuat dah sakitnya, baru 3cm??! Kalau 9cm nanti camane plak sakitnya kan?? Huargh huargh huargh.

Sebab dah 3cm, midwife hantar masuk labor room. Sambil menghayati kesakitan tu, midwife yang dua orang tu dah start busy kat labor room sebelah. So tinggallah umi & baba dalam labor room tu. Kengkonon nak tidur, tapi memang taklah kan. Baba sempat tidur 5 minit je rasanya sebab umi dah start merengek2 sakit everytime contractions. Hahaha. But the good thing is that umi bebas berjalan ke hulu ke hilir sepanjang contractions tu. Nobody cares. Rasa lagi selesa macam tu compared to berbaring sebab berjalan boleh distract a bit from just focuing on the pain. Sambil tu umi buat teknik breathing macam yang wan (mama umi) ajar. Sambil tu boleh dengar orang kat labor room sebelah menjerit masa pushing. Huargh!!!! Umi dah cuak gile time tu!

SELASA, 14 APRIL 2015. Hampir subuh, umi rasa macam dah tak boleh handle langsung sakit tu, memang kuat sangat2. Umi pun panggil midwife sebab nak mintak pain killer. Memang niat nya tak nak ambik apa2 drugs sebab nak rasa sendiri sakit bersalin yang selalu orang cerita. Tapi memang tak boleh tahan rasanya kalau nak tunggu fully dilated. Tapi midwife kata kena tunggu gynae buat VE dulu sebab kalau lebih 8cm dah tak boleh ambik pain killer. And bila gynae datang check right after dia settle kat labor room sebelah, dia bagitau yang bukaan dah 9cm. Umi rasa lega yang amat2 time tu. Macam...terus hilang rasa sakit sebab happy sangat yang umi dah boleh start pushing. Hehe. Dalam 20 - 30 minit jugak umi push2 tak keluar. Letihnya Allah je tahu. Sakit tu tak, sebab rasa best. Haha. Rasa macam sembelit 16 tahun tak berak. Cuma penat sebab push gile2 tapi takde hasil. At some point umi rasa macam give up. Dah tak larat nak push. Tapi sebab sokongan kuat from baba, makngah (yang baru sampai pagi2 buta tu) and Dr Siti, umi pun akhirnya berjaya mengeluarkan awak. Tak sedar pun bila masa kepala awak keluar, tau2 je diorang dah letak awak atas badan umi. Rasa happy sampai tak boleh nangis. Bersyukur sangat2. 

Hampir 4 tahun sayang, umi & baba tunggu awak! Sepanjang hari kami tak boleh tidur sebab excited sangat. Perasaan tu tak boleh nak digambarkan pun dengan kata-kata. Kiranya umi ni tak tidur 2 hari sejak pagi Isnin. Tapi bila nak pejam mata memang tak boleh lelap. Baba awak pun sama. Ke hulu ke hilir, dengan tak tidur, tak makan minum. Excited sampai macam tu sekali.

Selfie terakhir umi & baba sebelum umi meletop.
Ni time dinner kat KLCC.

Hasil tangkapan 'window shopping'.
Sebagai 'pain killer' or 'push present'. Hehe.

Baba tengah cuba amek power nap dalam labor room.

It's you, `Aisyah! Bambam sangat. Patutlah jenuh umi nak push keluar.

Our first family photo depan VIP ward. Hehe.
Rezeki kita dapat upgrade.


SELAMAT HARI LAHIR `AISYAH.
UMI & BABA LOVE YOU SO MUCH.

No comments:

Post a Comment