Saturday, May 23, 2015

Cloth Diaper

Saya ada mentioned in my previous entry yang kami pakaikan Aisyah cloth diaper. So dia tak pakai pampers. Dia pernah pakai, the first and a half week - sebab kami nak menghabiskan semua free gift, sampel2 pampers (DD or disposable diapers)yang hospital bagi. Tak nak membazir. Hehe.

Cloth diaper (CD) Aisyah kami beli masa baby fair di PWTC bulan berapa tak ingat. Di booth Lunatots. Memang plan dari awal lagi nak pakai CD, sebabnya, first, nak jimat duit sket daripada asyik kena beli DD dan second, CD lebih eco-friendly, bebas chemicals giteww. Cuma plan asalnya tak nak pakai masa newborn sebab baby kan banyak kali berak, macam jenuh je nak mencuci tiap2 hari and plannya juga nk pakai bila di rumah je sebab rasa macam leceh pulak kalau pakai outings. 

Tapi lepas dengar explanation from Nani Lunatots, based on her own experience yang pakaikan anak dia CD from the very first day & all the time, kami ubah plan. Bukan kata kami laki bini cepat terpengaruh ye, lama kot kami bertenggek kat booth tu. Like, an hour camtu kot. Kalau saya jadi Nani tu sure dalam hati dah cakap "korang ni nak beli ke tak aku dah jenuh bercakap dah ni". So we bought 20 CD sebab Nani kata 20 is enough, boleh pakai dari newborn sampai dia start potty train. (Menurut Nani, anak yang pakai CD lebih cepat potty train - kita tengok nanti camane)

Since then hubby selalu tanya 'sure ke kita nak pakai CD from newborn ni, sanggup ke nak bersusah payah mencuci CD bla bla bla'. Frankly speaking, saya sendiri tak sure sebenarnya dengan decision besar ni hahaha. Tapi sebab keras hati punya pasal, jawapan saya mestilah 'insyaAllah kita boleh..Nani okay je'.  Banyak kali saya baca pasal pengalaman orang lain tentang pemakaian CD. Based on my readings, saya yakinkan diri sendiri yang kami akan berjaya hehe.

So setakat 40 hari ni, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sebab dah rasa pakaikan Aisyah both DD dan CD so pada saya, lebih kurang je. Bezanya pada cucian. Lebih sikit lah kerja. But I think, even pakai DD pun, bukannya kita tak mencuci pakaian hari2 ye dok? So sama je lah. Lagipun bukannya kena cuci CD tu hari-hari. Kami kumpul dulu dalam laundry bag, after 2 or 3 days baru cuci. CD ni actually kena tukar every 4 hours, sehari perlukan dalam 6 CD. So kami beli 20 CD, supposed cukup untuk 3 hari (extra 2 lagi). Tapi masa awal-awal memang pakai agak banyak in 1 day sebab asyik berak. Kami pakaikan liner awal2 tu sebab kalau dia berak sikit je and tak kena pada CD, we just threw away the liner (biodegradable, can flush into the toilet). So actually taklah susah sangat nak pakaikan CD to newborn.

Sekarang Aisyah dah tak kerap sangat berak macam awal-awal dulu so kami dah tak pakaikan liner supaya dia lebih comfortable. (Sebab kalau kencing, air kencing akan terus masuk kat insert, baby tak rasa basah until the insert dah basah lencun, then baru CD tu akan rasa lembap2 sket. But still setakat ni, walaupun terlebih hours, tak ada rashes or anything. Chemicals free, remember? Ececeh.

Cara mencuci CD pun tak susah. Masuk washing machine je semua. Sebab tu kumpulkan banyak sekaligus baru basuh. Kalau sikit2 membazir letrik plak kan. hehe. But first, yang kena 'poop' tu, sebelum masuk machine kena bilas dulu dengan air. Cuma jangan bilas awal-awal kalau belum nak basuh. Simpan je terus dalam laundry bag (atau baldi kering) sampailah nak basuh semua, baru bilas the 'poop'.

20 CD yang kami beli. Yang dua gulung belah kiri tu are the liners.
Everytime lepas basuh saya akan simpan macam ni.
Masukkan insert siap2, lipat (ada yang velcro and buttons type) and susun.
So bila nak pakai terus pakai je tak perlu kalut nak masukkan insert bagai.

CD yang sedang dikeringkan.
Boleh dikeringkan dalam bilik je bawah kipas.
Kalau basuh pagi, boleh keringkan kat porch kereta berbumbung.
Just in case la hujan kan. and desperately nak kena keringkan hari tu jugak,
bolehlah keringkan dalam rumah je.
Kipas memang akan dipasang pun all day anyways kan.

Source : Instagram Lunatots

Ini je belum berani review sebab belum start hantar anak pergi nursery.
But this the guides given by Lunatots.
Moga Allah mudahkan kelak. Hehe.


Tinggilah harapan saya agar semangat membebaskan (meminimakan) anak daripada pendedahan terhadap chemicals ni berpanjangan. Moga Allah redha dengan usaha kita. Ameen.

Jomlah, beramai2 bercloth diaper! ;)


No comments:

Post a Comment