Wednesday, December 30, 2009

Happy ending or awful beginning?

Maybe awful ending and beginning!

I keep telling myself ..."I can do this".."I have to do this" .. but still, I lost my enthusiasm, my spirit, already..that's the worst part, ALREADY! The school is not even started yet. Yeah, soon, I know.

Please.....new year..suppose to be a new, happy beginning rite? New me..maybe, definitely! But happy?? Well..guess not.. =(

Perempuan-perempuan s***

*Warning: Entry kali ini mengandungi kata-kata kesat yang tidak sesuai bagi semua orang. =P

Semalam telah berlaku suatu peristiwa yang SANGAT MENYAKITKAN JIWA DAN RAGA apabila encik kelisa telah (sekali lagi) mengalami kecederaan (kali ni agak ringan). Tapi yang menyakitkan hati bukan kecederaan tu, tapi si pelanggarnya. SANGAT KURANG AJAR!

Di parking lot KLCC, dari jarak yang agak jauh saya (bersama kawan) dah nampak yang si Neo ni nak reverse. So I stopped (konon baik la nak bagi chance dia keluar, padahal boleh je kalau tak nak kan. Kau nak keluar pandai2 la tunggu line clear) but then dia masuk balik. So I assume dia just nak betulkan cara parking dia yang agak hodoh tu. So I slowly jalan balik. Diulangi, SLOWLY. Aku pun tau itu parking lot, orang bangang mane yang drive laju kat area macamtu.

Eh tiba-tiba dengan SANGAT CONFIDENT nye si Neo ni reverse. Aku honla and stop balik. Dia selambe (maybe driver pekak kot) reverse. maka seperti yang dijangka langgar la encik kelisa. Bunyi memang kuat. (yelah dah driver nya bodoh sangat reverse laju2 kat tempat parking kan) Kat belakang encik kelisa ada lagi kereta2 so memang tak boleh buat ape la. Neo masuk balik (rupanya memang dia nak betulkan parking je).

I parked my car kat tepi and keluar. Keluar la 4 orang pompuan (termasuk 2 orang pompuan-prasan-lelaki-tapi-muka-memang-sah-sah-pompuan). Aku pun tanya elok-elok (actually aku pun terkejut gak dengan ke'cool'an aku time tu. "Korang tak nampak ke? Tak tgk side mirror eh?" Tapi dengan sangat bongkak nye cik adik driver prasan cun ni cakap. "eh, kitorang mmg dr td nk reverse. yang korang laju gak tu nape?!" (kalau ikutkan sifat sebenar aku yang garang dan panas baran ni mmg aku tampar je pompuan s*** tu. Dia ingat aku budak lagi agaknya. Drg tu yg muka mcm budak2. Then aku dgr die ckp kt kwn dia, "jgn harap aku nak byr, nnt nmpk sgt aku salah". Dia gune istilah "nmpk sgt" so mmg die pn sebenarnya tau dia salah kn?

Aku blah je sbb kalau aku stay kat situ mmg ada yang mati aku kejekan nnt. Then lps diamati kecederaan tersebut, aku rase tak teruk sgt, but still aku sangat2 berdendam dgn pompuan-pompuan s*** tu. Lps naik atas mkn-tapi-tak-lalu-langsung tu aku dinasihati kwn2 yg lain supaya buat report. Aku td kn tgh marah nak mampos smpai tak boleh pk ape2 selain nak bunuh diorang so mane la aku sempat amek pape. Tapi pastu dengan semangat yang cekal (motivated dah kn time tu) aku n kwn aku pn turun blk cari kete tu. Niat di hati nak calarkan tapi tgk kete die lagi teruk cederanya. PUAS SUNGGUH HATI AKU!!!!!!!! Dia tak tau ke aku bwk ENCIK kelisa. Aku pun dengan bangganya snap gambar kete tu. SIAP LA KAU. You were messing with the wrong woman!

So POMPUAN, watch out!!!

Ni kete yang malang tu, bukan "wanted" tapi "gi mampos!"

Thursday, December 17, 2009

Owh poor Mr Kelisa

Encik Kelisaku telah terlibat dengan sebuah kemalangan pada hari Ahad yang lalu. Adikku, Farid yang membawanya. Di suatu senja yang hening, sedang aku berbual-bual dengan mama di ruang tamu, tiba-tiba mama menerima sebuah panggilan daripada Farid. Ikuti perbualan di bawah.

Farid :
Mama : Hah? Mm..mama dah agak dah. Tu la bwk laju sangat.
Me : Arghhhh...accident ke? ala...kete kaklong....... (ye, aku lebih risaukan encik kelisa)
Mama : Teruk ke kete org tu?
Farid :
Me : (membebel) ee..kete org tu plak yg ditanye....
Mama : Kat mane tu?
Farid :
Mama : Ha yelah, japg mama n abah sampai.

Dan aku ditinggalkan terpinga-pinga+bengang.....

Dengar saja bunyi enjin aku dah terpacak di depan pintu. Owh! Jatuh terduduk aku melihat 'bibir' encik kelisa yang terjungkit both sides. 'Dagu' nya juga cedera (parah).

Abah : Takpe2, boleh repair balik ni.
Me : (dalam hati)..mmgla boleh! Tah brape juta melayang...
Abah : Alah ni nanti abah anta kt sorang yg abah kenal tu. Abah bayar jgn risau.
Me : Suruh dia buat apa saja asalkan takde langsung tanda dia pernah accident. AND! Kaklong nk parts yg ori dari perodua!

Last night, encik kelisa selamat kembali ke pangkuanku. Seperti yang dijanjikan, tiada kesan accident. Haha. And dalam kete tu ade sebuah kotak yang bernama 'alat ganti tulen PERODUA'. Heheheh.....Puas hati~

Wednesday, December 16, 2009

Will The Real 'Bahari' Please Stand Up

(Taken from Daily Planet Bumper Edition, KISAS 2002)

Since the heat is rising, everybody seems wanting to claim the extra glamorous life of a Bahari. In search of the real Bahari, would the real Bahari please stand up?

He is an outstanding boy with an even more outstanding personality and looks (this I can not leave out or he will be really disappointed since he is, according to someone is very 'stylish'!!). Nobody can dismissed him as being ordinary with his distinctive features of a professional clown. You might wonder if he is an escapee from Cirque de Solei! He is never without his special, trendy, bluespectacles - he is indeed a rare personality. Endangered, even.

He is confident. Nothing can brings him down. His level of self-appreciation is way out of this world! Give him a thesis statement, main points, supporting points, elaborations, analogies and examples to shake his stand. He will not budge from believing that he is somehow God's finest creation, blessed with wit, intelligence, patience, determination and will. To some extent you might believe him but there's always something you call courtesy when you deal with sensitive human beings - you tell them what they want to hear!

He is interesting. You can identify him because he is the sole person who can make people laugh just by picturing him in our mind. He has the ability to light up people's life - despite the fact that some of us need not that since we are wonderful people ourselves!! Still, he works hard at it!

With these little, insufficient information (we need the whole year to describe him!) I really hope that the real Bahari will come to the surface...

CAUTION: SHOULD BE READ IN A VERY, VERY SERIOUS INTONATION.

Okay, this is from me - Who wrote this?? Seriously..it was anonymous.

Sunday, December 13, 2009

Natrah..menurut pandangan saya.

Pementasan teater Natrah tidaklah menceritakan keseluruhan kronologi tu. (mau berkampung 3 hari kot kalau nak lakonkan semua) Lakonan lebih menjurus kepada isu-isu penting dan isi hati Natrah sendiri menerusi monolog-monolog Sofea Jane. Sofea Jane yang memegang watak Natrah di hari tua memang berjaya memaku semua penonton. Monolog sekitar 15 minit mengundang air mata dan memberi persepsi baru. Betapa Natrah terseksa sejak dibawa pulang ke Belanda. Beliau juga bersumpah hanya Mansor yang akan memiliki cintanya. Apabila kedua-dua pihak saling mempertahankan ego berebutkan hak jagaan dan hak menentukan kepercayaan Natrah, di mana perasaan Natrah diletakkan ketika itu? Kalau keputusan membawanya pulang ke Belanda benar, lantas di mana bahagia? Natrah sendiri telah mengaku di mahkamah yang beliau tanpa paksaan sesiapa ingin terus berada dengan 'keluarganya' di Tanah Melayu, mengapa itu tidak diambil kira? Memang tepat dengan keywords pementasan Teater Natrah, CINTA+PERJUANGAN+AIRMATA. Tetapi itu semua merujuk kepada siapa? Bukan empunya Natrah?

Jadi keseluruhannya, saya berpuas hati dengan pementasan ini. Lakonan Maya Karin dan Remy Ishak sangat mantap. Maya Karin sangat cantik!

p/s : nampaknya saya dah mula jatuh cinta dengan teater =)

NATRAH..Kronologi

Tulisan ini dituju khas buat Nurnadiah =P

24 Mac 1937 - Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dgn nama Bertha Hertogh @ Maria Huberdina Hertogh
Disember 1942 - Bertha diserahkan utk dipelihara oleh Che Aminah ketika berusia 5 tahun. Ibunya Adeline & neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kpd Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus kerana telah ditawan tentera Jepun
15 November 1945 - Che Aminah membawa Natrah pulang ke Kpg Benggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci org kulit putih yang dianggap bangsa penjajah. Natrah dibesarkan dalam suasana pendidikan Islam
1945 - Bapa Natrah dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari anaknya diteruskan melalui teman2 dan pegawai2 kerajaan Inggeris dan Belanda
September 1949 - Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu seaktu pertunjukan senaman di paang Sekolah Perempuan Melayu Chukai
19 Ogos 1949 - Polis Semarang memberitahu Hertogh, Natrah berada di Kemaman
12 April 1950 - Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh
22 Mei 1950 - Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura
24 April 1950 - Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
28 April 1950 - Che Aminah membuat rayuan utk mendapatkan semula hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim drpd syarikat peguam S.C. Goho & Co.
19 Mei 1950 - Peguam bela Encik Ahmad Ibrahim berhujah di mahkamah bahawa Che Aminah berhak menjadi penjaga Natrah
28 Julai 1950 - Che Aminah menang kes rayuannya, Natrah dikeluarkan daripada York Hill
1 Ogos 1950 - Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dgn Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor iaitu En. M. A. Majid di Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor 22 tahun
2 Disember 1950 - Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ktiga utk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah. Mengikut undang2 Belanda, seorang anak yang berusia 18 tahun ke bwh, bapanya berhak menentukan hidupnya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibu bapa tetapi penjaga. Tiba2 daripada isu agama bertukar kpd isu jagaan
12 Disember 1950 - Hakim menjatuhkan hukuman iaitu Natrah mesti dikembalikan kpd ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya dijadikan penganut Katholik
12 Disember 1950 - Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah dimurtadkan
13 Disember 1950 - Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda
15 Disember 1950 - Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; beliau disambut oleh lebih 4000 org Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk "Welcome Back Bertha". Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanyakan tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah meminta sejadah, bertanyakan kiblat dan tak lupa sembahyang 5 waktu sehari. Ingatannya terhadap suaminya Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya
Januari 1952 - Mansor menerima surat drpd seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah
9 Januari 1951 - Surat 1 drpd Mansor kpd Natrah dlm tulisan Jawi, berbahasa Melayu
10 Januari 1951 - Surat 2 drpd Mansor kepada Natrah
17 September 1951 - Surat 3 drpd Mansor kepada Natrah
Mac 1953 - Surat pertama drpd Natrah kpd Mansor dlm tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan meminta Mansor jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya, Bertha Hertogh
25 Januari 1953 - Surat Mansor kpd Natrah
20 Julai 1953 - Srat Bertha kpd JC Vermeulen disampaikan kpd Mansor
1954 - Mansor berpatah arang dan berkahwin dgn anak muridnya Zaiton Jahuri. Mansor menghantar kad undangan kepada JC Vermeulen. Bertha yg mengetahui hal itu sgt kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kpd temannya Johannes Gerrit Vermeulen
26 Januari 1956 - Telegram drpd JC Vermeulen kpd Mansor menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor di Malaysia
20 April 1956 - Bertha berkahwin dgn Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun yang kemudiannya berhenti menjdai askar dan menjadi tukang kayu
15 Februari 1957 - Bertha bersalin anak lelaki pertama. (Betha dikurniakan 10 orang anak )
20 Januari 1959 - Surat drpd Mansor kpd bertha menceritakan dia sudah berkeluarga
3 Februari 1959 - Surat Bertha kpd Mansor. (Kesemua surat Mansor tersimpan dlm fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen Op Zoom, Belanda
25 November 1975 - Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dlm filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor turut dijemput dalam dokumentari tersebut. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 org anak, manakala Mansor hidup mewah sebagai guru dan peguam
16 Ogos 1976 - Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai
26 Disember 1976 - Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah
1976 - Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 - Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yg selalu dtg ke Cafe Bertha dan yg dikatakan bersepakat dgn Bertha utk membunuh suaminya dulu. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira2 12km dari Bergen Op Zoom, Belanda
1983 - Bertha bercerai dgn Toom Ballermans
1984 - Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak
15 September 1984 - Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin. Ben adalah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malan di Belanda dahulu. Ben kemudiannya mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat. Bertha tinggal di Nevada, tgh AS dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian berkerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dlm keadaan terseksa jiwa raga, kehilangan orang2 tersayang.
9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamya pada suatu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kpd Bernama.