Pementasan teater Natrah tidaklah menceritakan keseluruhan kronologi tu. (mau berkampung 3 hari kot kalau nak lakonkan semua) Lakonan lebih menjurus kepada isu-isu penting dan isi hati Natrah sendiri menerusi monolog-monolog Sofea Jane. Sofea Jane yang memegang watak Natrah di hari tua memang berjaya memaku semua penonton. Monolog sekitar 15 minit mengundang air mata dan memberi persepsi baru. Betapa Natrah terseksa sejak dibawa pulang ke Belanda. Beliau juga bersumpah hanya Mansor yang akan memiliki cintanya. Apabila kedua-dua pihak saling mempertahankan ego berebutkan hak jagaan dan hak menentukan kepercayaan Natrah, di mana perasaan Natrah diletakkan ketika itu? Kalau keputusan membawanya pulang ke Belanda benar, lantas di mana bahagia? Natrah sendiri telah mengaku di mahkamah yang beliau tanpa paksaan sesiapa ingin terus berada dengan 'keluarganya' di Tanah Melayu, mengapa itu tidak diambil kira? Memang tepat dengan keywords pementasan Teater Natrah, CINTA+PERJUANGAN+AIRMATA. Tetapi itu semua merujuk kepada siapa? Bukan empunya Natrah?
Jadi keseluruhannya, saya berpuas hati dengan pementasan ini. Lakonan Maya Karin dan Remy Ishak sangat mantap. Maya Karin sangat cantik!
p/s : nampaknya saya dah mula jatuh cinta dengan teater =)
tumpang lalu...:D
ReplyDeleteBaru mlm tadi aku dok bace bout 'Bahari' dalam Daily Planet. Adik aku la suke sgt bace benda alah tu. So aku boring2 amek la satu bace. ~Bahari~ Haha. =P
ReplyDeleteeh, tu artikel ape eh? lupa dah aku...cube cite balik semula tgk...:D
ReplyDeletei've been falling in love wif teater sejak zmn skul dulu...
ReplyDeletepn. siti rakiah slalu bwk budak2 gi tgk teater..
tp yg paling tak best is, aku missed tgk natrah...
adoi....
cant wait to buy da book la dear...
tlg la ade lg pementasan natrah nie........
plz....
=(
nad : takde da la weh..drg da extend pn aritu. ko tu yg bz sgt. =P
ReplyDelete'bahari' : kalo rajin nnt aku wat entry pasal tu. haha. =P