Friday, December 31, 2010

Suka Duka 2010

Erm, honestly, 2010 tak banyak cerita compared to 2009. Kalau you all compare number of entries in 2009 and 2010 pun boleh teka. TAPI, peristiwa-peristiwa 2010 sangat significant. =)

1. I've got to teach my OPTION and most importantly, my FAVOURITE subject - Add Maths.
2. I've got the opportunity to further my studies. Part-time pun part-time lah. Janji back to uni.
3. I'm in love! (I guess so..)

Since June, I was tied with TONS of works. Dengan perubahan subjek di sekolah, study, assignments, exams, induction, penghijrahan (hehe)..memang tak sempat nak enjoy langsung. So, am I looking forward to welcoming 2011? Yes, maybe. Ish tak ada semangat nya.

I'm sorry - I really hope that I could write something good, something inspiring but I can't. I'm exhausted and nothing inspired me, really. I promise to try my best to write even more noteworthy stories next year - that'll start tomorrow! Heheh. (I said I'll TRY!)

Azam Tahun Baru?? Esoklah. Tak boleh fikir properly. Ngantuk!

2010 -- The End

Hari terakhir 2010 diakhiri dengan aktiviti yang SANGAT bermanfaat - mengangkut barang & mengemas rumah 'baru'. Walaupun sangat bengang dengan orang wardrobe yang tak datang-datang sampai ke sudah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada kekasih-kekasih hati (apa hal ada dua) yang sudi membantu. Kalian berdua sangat membantu dalam mempercepatkan kerja. [Haish kenapa ayat macam ucapan kat assembly ni]

 Diva akhirnya turun padang. Hoyeah!

 Bajet cun la lap tingkap sambil posing?!

 Sambil tunggu katil2 siap dipasang, gosip itu wajib!

 Silap besar la kalau korang percaya gambar ni! Haha. Sorry guys.

 Okay, yang ni memang diorang ikhlas.

 Yang ini juga..

Testing..

Eh everybody, I bukan curi tulang jadi photographer je all day alright! I punya kerja dah beres awal-awal lagi. Gambar buat kerja tak boleh snap sebab I kekasih gelap. Nanti kantoi - since my kekasih gelap tolong TOLAK ALMARI and PASANG KATIL. Memang macho dan gagah perkasa la you! Baru la lulus dengan cemerlang. Haha. =P

p/s : gambar tak berapa nak banyak & significant sebab tak terfikir plak nak buat entry ni. hehe.

Saturday, December 25, 2010

Crossroad

(Rasa macam pernah ada entry tajuk yang sama)

Hidup tak pernah serumit ini. Ini soal hidup mati ni. Okay, exaggerate. Hee. Kalau kita perlu memilih sesuatu yang penting, kena buat istikharah kan? Tapi jujurnya, saya takut kalau keputusannya nanti bukan yang saya harapkan. Banyak hati yang akan terlibat. Memang beginikah hidup?

“Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’yun waj’alna lil muttaqina imama”

Friday, December 24, 2010

Skali kena sound daa..

Kalian sure SANGAT bosan dengan keluhan saya bila orang tanya pasal kahwin kan? Tapi percaya tak kalau saya cakap saya belum pernah ditanya oleh mama. Abah dah biasa sangat tapi mama, never. Tapi......haha anda sure dah tau apa yang bakal tertulis seterusnya. Ya!! Mama dah tanya la pulak. Bukan setakat tanya aje, siap sound sekali. Betul la kata orang, jangan simpan macam gunung berapi. sekali meletup nahas! Tapi firasat saya kuat mengatakan yang mama pun pressure kena soal dek (tuutt...) tu pasal saya kena tempias nya. Kan mama kan?? haha.

Ni story dalam kereta tadi. FYI, saya sangat tak suka kalau kena lalui edisi siasat dalam kereta + tengah drive. Sebab saya automatically berlaku jujur sejujur jujurnya.

Mama : Camane, dah plan ke bila? (tiba2)
Saya   : Hah?? Entahlah. Ala paling awal pun 2012 la kot.
Mama : Tu paling awal and paling lambat mama bagi.
Saya   : Hahh?? Erm..mmmmmmm (Dalam hati : apsal la lama pulak nak sampai ni)

p/s : apa ps2? saya sentap takde ps2 nye.

LOVE songs

Yang, update songs! =)

1. Josh Groban, Awake
2. Trisha Yearwood, I Would've Loved You Anyway
3. Luther Vandross, Here and Now

p/s : bosan

Wednesday, December 22, 2010

Kisah benar.

Ini cerita bukan rekaan. Walaubagaimanapun, nama-nama watak telah diubahsuai demi menjaga hati pihak-pihak tertentu. (Aku jelah yang kena jaga hati korang!)

Sedang Zonia melipat pakaian di depan tv, Ayu datang menghampiri lalu memulakan perbualan.

Ayu : Eh Zonia, kau ni bile lagi?
         (Soalan wajib-tanya bila Ayu datang)
Zonia : Entahlah. (malas nak layan)
Ayu : Yelah, bila nak mengikatnya?
Zonia : Nk ikat buatpe kawin pon tak tau bila.
Ayu : Mm..yelah, nak buat macam mana. Macam mak ayah Ikmal tu
         diorang risau acik tu kena kebas orang. Sebab tu ikat dulu.
Zonia : (Ai dia ni dah melampau. Kau ingat aku lembu apa nak ikat2?!)
            --> [Tapi nak gak menjawab] Mm..orang macam Zonia ni kalau tak
            dapat pun tak rugi apa2. Tak payah nak ikat2 lah.

Peristiwa ini berlaku sebelum sempat 2 jam Ayu bersama Zonia. Kalau 3 hari mau ada yang terjun bangunan ni esok. ARRGGHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s : Kalau yang faham, faham lah.

Monday, December 20, 2010

Stress no more

Honestly, I'm quite comfortable with my busy life - working & studying OR studying. Heheh. Now that I'm free from those, I'm insanely boring and stressful. (Mesti korang stress mengetahui bahawa saya stress bila tak ada kerja kan? haha)

After a few days chilling out at home after the induction course I went down to my old*new home. (Rumah lama, tengah renovate and 90% siap so dah jadi 'baru' la kan. At the moment my family's staying at a condo nearby - I hate this place!) I turned my 'stereo' out loud, locked myself in the library and reorganized all the books. [I've been the 'person-in-charge' of our library since I was young (dush2!) hehe - I mean since..erm..like 5-6 years ago.Maybe I could say since I got this OCD kinda thing. I couldn't stand the mess. Hish] Then, me and my brothers put together Maryam's bed (before was kakngah's) back into shape. It was like playing puzzles - fun yet challenging. After working 2 days in a row, I feel PAIN all over my body! Tak terfikir la pulak nak warm-up sebelum kerja kan. =P

So that was how I spent my boring days. Berfaedah kan? Haha. Ikutkan hati nak berjalan-jalan lepas tension di luar kawasan KL/Selangor sebelum start sekolah ni tapi..well..I'm surrounded by busy people so..erm. *Pasrah

p/s : Take Me Away


Sunday, December 12, 2010

School Holidays?? Really???

I'd never got my chance to enjoy the school holiday yet. Pathetic!

First, there were exams (UM) which just ended on Dec, 4th.
And then comes the induction course (Lumut) on 13-15 of Dec.

(FYI: I haven't finished my study yet..I mean..I have, but I couldn't recall anything. haha. Okay, memorizing facts is really not my thing. C'mon, the dasar, pekeliling and all??)

I need a vacation.

Tuesday, November 30, 2010

Nangis, PERLU ke??

Biasa kan kita dengar/guna ayat ni pada budak-budak kecik:
"Dah2 jangan nangis, sendiri jatuh takde sape buat pun"

Kalau saya jadi budak kecik tu saya akan cakap:
"Sebab takde sape buat la kena nangis. Kalau ade orang buat saya pukul je orang tu" (^_^)

Itu lah yang saya buat bila dah 'tua' ni. Kalau tension tak bersebab or sendiri buat salah WAJIB menangis. Itu solution terakhir. [Selagi boleh marah orang saya akan buat supaya lepas tu tak tension tapi surely la orang tu memang layak kena marah] Lepas menangis (ehem..macam orang gila) sure akan okay balik. So kalau saya nangis biarkan aje. Jangan CAKAP apa-apa pun. Kalau tak memang nak cari pasal. I just NEED YOU to be there WITHOUT saying any single WORD. Gedik.

p/s : [Dah lama tak buat p/s..haha] Entry ini tidak ditulis berdasarkan apa-apa isu saya menangis. Situasi hanis-jatuh-menangis-dan-kena-bebel-dek-mama-guna-ayat-di atas yang menyebabkan entry ini ditulis. Hanis dah tidur. =P

Tolong Ingatkan Aku



SWEET...!!!

Friday, November 26, 2010

EXAM

Budak2 SPM..Ingat korang je ke tengah pulun? haha~

Saya ada exam..
..esok (27/11) - Statistic
..Isnin (29/11) - Science Curriculum
..4 Dec - Research Method

Doakan saya dapat lalui exam dengan tenang. Thank You. Sayyyaang korang! ^_^

Sunday, November 21, 2010

Mistakes

*Lamanya tak menulis..Tak ada ilham. Hehe. So today I'm gonna write about thing we always do. No?

If you are my bestfriends or close friends then you surely knew that I'm a control freak. I keep everything organized and I wish that everything falls smoothly according to so-called my detailed plans. (Of course things got messed up a few times)

But there was one time (the most-FREAKING-AWFUL-thing-ever) happened to me. I accidentally misread (what the..) date for an interview (for posting). If you knew me good enough you'd say "unbelievable". I couldn't believe it myself. I read the date a zillion times. How could I switched 4 and 5?? I called a friend of mine telling how stupid I was and he said "Aku tak pelik sangat benda camni jadi tapi kat kau?? Kau salah tarikh? Kau la manusia paling detail, fussy, particular ever! Kau kenapa??" Haha. I took that as a compliment! =P

But I managed anyways. I was lucky that I was a scholarship holder and my CGPA enabled me to bypass the interview. I just had to sit for the test. Phew. [But of course I cried like a crazy woman the night before because I freaked out. I even bought an mc so that I could show them if they asked why I didn't come the day I supposed to. See - control freak lagi. huhu]

It's a good thing you have plans. But make sure you are preparing for the worst. And even if you don't, you have to keep in mind - we plan, but Allah makes it happen, and He ALWAYS got the best plan for us.

But no matter how organized I am, I'm still a human and my point is, people make mistakes. Don't you?

Thursday, November 4, 2010

Fun no more

I used to enjoy driving while I was young. Ouch!! Macam tua sangat! I mean..while I was studying in Penang. I couldn't wait to jump into my car and drive all the way to Penang. There were a few times I drove alone, but most of time, Intan & Zima accompanied me. We were singing, talking & eating throughout the journey and there we were..USM! 4 hours drive was nothing! haha. But now..Oh My God I hate driving! I stopped lovin it since I started working. Driving = no fun. But I LOVE my car very much. hehe.

Apart from driving, I'm still the EXACT same person as I used to be. I still love reading, singing, eating, shopping, watching movies, talking (err...), and so many more......

p/s : Just in case you haven't see me in a LONG time, I'm still the same person you used to know. =)

Thursday, October 28, 2010

Chinta

Sambil-sambil mark paper Add Maths semalam I watched (or kebih tepat 'listen to') Chinta. And suddenly I heard this dialogue.

Kawan Rasul Iman : Kau nak kahwin, bukan nak pergi berperang. Nak sedia apa?

Wow. Hot nye ayat dia. Kan? Kan? Haha.

Wednesday, September 29, 2010

::Jiwang::

Dah lama tak letak diri sendiri dalam mode jiwang. Haha. Tiba-tiba dengar Siti nyanyi lagu2 yang ada ayat-ayat macam ni..

Lagu 1 :
"Sewaktu mula bertemu dulu
Ku anggap kau hanya kawan
Tetapi telah sudah mesra
Berputiknya rasa sayang

Pabila kita tidak bertemu
Terasa rindu di kalbu
Akhirnya kita menyedari
Yang kita sudah jatuh cinta"
Lagu 2 :

"Kiranya dulu ku pernah terluka
Dalam bahagia hati ku tersiksa
Dalam ceria aku sebenarnya gerhana

Hadirnya kau dalam hidupku
Membawakan sinar baru
Dan kini rindumu
Sering datang untuk bertemu"

Comel kan?? Cakap comel jugak! hehe. So siapa pandai, nyatakan tajuk lagu-lagu tersebut.

Wednesday, September 22, 2010

My thing

(Background : Open Your Eyes, Insyaallah, For the Rest of My Life, Maher Zain)

These are really my thing.

1) WRITING
If I say that I write almost EVERYTHING, do you believe me? Please do! You most probably think I'm crazy but I do write ALMOST everything. Things to do, things to bring back home, things to buy, things to teach, things to say??!!!, and many more. Yes, I'm a control freak and my sister used to scream out loud when she first knew that I have a list of attires-to-wear-at-kampung. haha. okay, you might think that I'm crazy but I do that because it's easier for to me to pack ONLY necessary things. (kakngah, sebab tu selalunya beg balik kampung kau yang paling besar!)

2) MUSIC
Oh I just can't live without music and I don't think I need to elaborate on this one. If you really know me, well..you know. haha. I listen to any kinda music but nasyid (old ones) and alternative rock suit my soul very well.

3) COSMETICS & ACCESSORIES
Okay, this part, you can call me girlish and feminine. Diizinkan sebab memang betul. Everytime I go out, make-up and a bracelet are compulsory! hehe. But I wear for my own satisfaction, not because I want to look pretty in front of people. I just don't care. Kalau bukan sebab barang2 kosmetik tu mengandungi chemical, kat rumah pun saya pakai, suka sangat punya pasal. Tapi taklah sampai tahap tu. Kalau macam tu punya application, satu tong make-up remover each months kot.

4) EATING
La..kenapa letak kat tempat ke-4?? Salah tempat ni. Haha. I eat all the time. haha. Sebab tu time study dulu kawan2 selalu bising. "kau ni, makaaaannnn je. Tapi badan dok kurus kering camtu gak!". haha. So?? Who cares?? Especially now, that I knew that I don't suffer from thyroid. And I passed my talasemia test as well!! Normal, yeay!! Oit!! Salah channel ni!!

Actually there are many more but those four are the majors. But I need to confess. Gadgets and sports are really not my thing. Haha. I don't really care about those two. Huh~

Thursday, September 16, 2010

Benchmark

Once you've got 90% for your Maths exam, you will always looking forward to get that mark or higher, right? Right? Why not? You've already set that 90% is your 'standard' or BENCHMARK. So..do you think that your life is gonna be easier if you have a lower benchmark?

p/s : i'm a lil bit frustrated you know? whatever!

Tuesday, September 14, 2010

For the rest of my life

Best nye kalau dapat suami yang dedicate lagu macam ni.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Hey YOU..!

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri..Saya mohon maaf atas segala kekhilafan sepanjang you all membaca blog ini dan sepanjang you all mengenali i. haha. Gediks okayy. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna. Amin.

Jemputlah datang ke rumah. Tapi roger2 dulu especially yang 'tak tau pape' nanti konon2 nak buat surprise you all plak yang surprise tengok rumah terbongkang. hehe

p/s : kepada yang bekerja di hari raya. Tabahkan hati, selamat bertugas dengan penuh dedikasi. hehehe.

Wednesday, September 1, 2010

Baju raya

As I mentioned in my previous entry, untuk hari raya kali ni, saya off-duty (as a tailor). Nak focus pada kerja and study. Jadi memandangkan saya tidak menjahit, jadi terpaksa lah saya beli baju kurung dah siap sebab dah lambat nak tempah (Sebelum ni konon2 nak menjahit jugak).

Sebagai seorang yang tahu menjahit, saya agak cerewet dalam memilih baju. Bila saya dah nampak corak yang menarik, saya akan pegang untuk rasa kain. Lepas tu saya akan angkat dan belek segala celah baju tu. Berikut merupakan syarat2 yang perlu ada pada baju tersebut:

1) Bukan kain jarang and kalau jarang wajib ada full lining. Saya tak suka pakai inner sebab nampak macam pakai 2 baju dan tak cantik.
2) Saya suka cotton tapi hanya yang lembut. Cepat kedut pun tak kisah asalkan lembut. (Biasanya cotton yang lembut memang cepat kedut) Tapi kalau chiffon tak suka yang lembut sangat, susah nak jaga. Saya ni agak 'ayu'. haha.
3) Jahitan kemas. Kalau di hujung baju dan lengan perlu sembat, bukan jahit mesin! Kalau di leher perlu jahit mata lalat/tulang belut atau letak piping/beads kalau tak nak jahit kedua-dua jahitan itu.
4) Jahitan pesak dan kekek yang tak besar sangat.
5) Baju kurung biasa atau pahang. Saya tak gemar pakai kebaya, and untuk kurung moden, saya takkan pakai yang ready-made sebab ukuran saya agak luar biasa (kecil). hehe.
6) Corak tak busy sangat. Warna 'busuq' atau lembut. Tak suka yang terang benderang dan gemilang.

(OMG cerewet nya aku!)

Maka bagi memenuhi tuntutan2 yang di atas, baju itu biasanya agak..mahal.. Tapi saya tetap akan beli sebab saya bukan jenis tiap-tiap kali beraya kena ada 5 pasang baju, kasut baru, tudung baru..pendek kata semuanya baru. Tak2. Saya hanya akan beli untuk raya pertama. (Kalau jahit saya jahit lebih. Suka hatilah saya sendiri yang jahit) Dan saya tak perlu kasut raya. hehe. Saya beraya ke rumah orang tanggal kasut so it's not a big deal pun. Tudung..mm..tudung2 saya boleh bukak kedai jual balik..cakap je nak colour ape. haha. Untuk raya-raya seterusnya saya akan pakai baju2 yang saya sedia simpan hanya untuk special occasions. Dan satu lagi, saya selalu update baju kurung (saya kan cikgu hehe) so tak perlu banyak-banyak baju baru untuk raya.

p/s : saya dah jumpa baju raya saya! setelah berkurun lamanya saya mencari yang berkenan.

Selamat membuat persiapan raya kawan2. Tapi yang penting Ramadhan belum pun habis. So tak payah sakan sangat la kot. hehe. Selamat menempuh akhir Ramadhan. Mari tingkatkan amalan. InsyaAllah. =))

Thursday, August 26, 2010

Dapat A ke??

Just now I gave 3I's Maths PRM Trial Exam papers back to the students. Suddenly an Indian boy jumped around holding his paper. I was very curious and talked to myself. "Setahu aku kelas ni tak ada yang lulus. Apahal happy sangat tu." Then he came to me and said, "Cikgu2 saya dapat 23 kan?" and I said, "yelah, 23 je yang awak seronok macam dapat 100 kenapa?". "yelah cikgu, sebelum ni markah saya tak pernah sampai 5 pun" he replied. Hahahaha. I felt like laughing out loud tapi tak sampai hati so sengih aje la. He even walked around the class telling everyone that he got 23 marks. Hehe. Anyways, he's the second highest, highest is 30 something so I guess it's worth the excitement. Baskaran2..berbaloi jugak aku menempik, memiat telinga dan membambu kau for the past 2 months. hehe.

Wednesday, August 25, 2010

Something bout Love

(For my beloved BFFs who are still waiting for LOVE or just lost one)

Every night it’s all the same
You’re frozen by the phone
You wait, something’s changed
You blame yourself every day
You’d do it again
Every night

There’s something ’bout love
That breaks your heart
It sets you free

There’s something ’bout love
That tears you up
You still believe

When the world falls down like the rain
It’ll bring you to your knees
There’s something ’bout love that breaks your heart
But don’t give up

When you were young
Scared of the night
Waiting for love to come along
And make it right
Your day will come, the past is gone
So take your time
And live and let live

Don’t fight
Don’t hide
Those stars in your eyes (in your eyes)
Let em’ shine tonight

Hang on
Hang in
For the ride of your life
It’s gonna be alright
Hold on tight

Don't wait honey, it'll come. =)

Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan saya, Ramadhan awak?

I miss the previous Ramadhan. I mean the atmosphere. Not specifically berpuasa with family but more to the activities in bulan puasa. Ramadhan is supposed to be better than before right?? But I feel VERY VERY guilty because that's just not happening to me. I can't blame anyone, or anything. It's just me. I need more time to concentrate on my study and school (since I'm teaching PMR students and a so-called killer subject - Add Maths). And I need time to cook too. Couple of years before I could spend hours after each solat to make sure that I khatam Quran at the end of Ramadhan. What's happening now is I just manage to recite a few pages after solat. Read that, not a few hors, a few pages! Maybe I could spend my day to recite Quran if I don't have to sleep at night to do assignments, but then again, how could I not sleep?? And if I use the night to do assignments what about my school works pulak?

For those who's working and studying at the same time, can you please suggest me anything?? How could you mengimarahkan Ramadhan and carry on with ton of works at the same time?

p/s : Rindu terawih kat masjid Wilayah

Saturday, August 14, 2010

Takdir Cinta

Penguasa alam..
Tolonglah pegangi aku.
Biar ku tak jatuh p
ada sumur dosa,
Yang terkutuk dan menyesatkan cintaku.

This is what happened when I'm busy and have no idea to write (I wrote so many things lately) but still, have the intention to update this thing (so now it's a thing). Huh.

Okay2, continue on assignment please. Focus!

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan kembali

Rasa macam baru je tahun baru. Dah jumpa lagi dengan Ramadhan. Harapnya Ramadhan kali ni lebih baik daripada sebelumnya. Selamat berpuasa kawan-kawan. Berbuka agak-agak ye. Jangan nanti ade yang kantoi terawih gara-gara kenyang sangat. (Sama la dengan yang menulis ni) hehe. Sahur jangan miss. Gandakan amalan-amalan MULIA and try khatam Quran. Good Luck!

p/s : Tahun ni cuti menjahit. Takut tak terkejar..mane nak buat assignment, terawih, khatam Quran..haish. Tak boleh menjahit lagi. Sorry ye mama and adik-adik.

Saturday, July 31, 2010

Sabtu yang tenang..or NOT

Hari ni memang meletihkan. Pagi bangun awal, siapkan a few assignments. Pukul 9 mula bersiap untuk ke sekolah sebab ada extra class PMR kat sekolah. Bila dah siap dengan anggunnya, Eh2, kereta aku mana???!!! Owh, abahku yang comel telah mencurinya ke pasar. Yes! Nice dad! Nice, really.

So sekarang macam mana. Erm..okay, Qilah dah balik dari wherever, walaupun dia nak guna kereta, kena cilok jugak. Tapi secara berhemah ya tuan2 dan puan2. Farid hantar. Bila masuk federal..OOOOWWWWHHHHHH jam pulak!! Yes2! Bagus sekali ya! Maka lambatlah sudah saya. nasib baik ada kak Sae yang best! tolong cover kejap untuk saya.

Setelah habis kelas abahku yang comel tersebut telah berada di kantin kerana sebelum itu saya telah mengamuk dalam telefon. "Kaklong habis pukul 12. Kaklong nak abah ada kat sini before 12. Tak kira! Sapa suruh curik kete kaklong. Haha."

And the rest of my evening went (quite) well. hehe.

Thursday, July 29, 2010

Please locate yourself. Thank you.

This is my timetable..

Monday - Thursday : 7.20am - 2pm, school
Friday : 7.20am - 12.30pm, school and 3 - 9pm, UM
Saturday : 2 - 5pm, UM.

(Hahaha. Gedik betul bagi jadual cikgu.)


There..you've got mine. May I have yours?

Err..update the location as well please. Thank you.

oopppssss..Gurau kasar. hehe. At least blog dah update. =P

Sunday, July 11, 2010

Tak ada salah, ada pun susah

Anda rasa title tu dikaitkan dengan apa?? Siapa pandai teka sila belanja diri sendiri dengan Nine West bag. Thank you. Hehe. =))

Title tersebut saya kaitkan dengan BOYFRIEND a.k.a teman lelaki. Bukan kawan lelaki yang biasa-biasa tu ye. Eh tak-tak! Bukan boyfriend saya yang menyusahkan tu, dia AMAT menyenangkan. *wink* Yang menyusahkan ialah orang-orang sekeliling (nama dirahsiakan untuk menjaga hati semua pihak.heh) yang terlebih prihatin.

Time tak ada boyfriend bising suruh saya cari. Umur dah banyak la blablabla. Bila dah ada bising suruh saya kawin pulak dah. TOLONG BACA AYAT-AYAT SETERUSNYA BAIK-BAIK.

KALAU ADIK NAK KAWIN DULU PUN BIARLAH. SAYA TAK KISAH, YANG KORANG PULAK SIBUK-SIBUK KENAPA? ISLAM PUN TAK MELARANG ADIK KAWIN DULU CUMA DIGALAKKAN BAGI 'HADIAH' KEPADA SI KAKAK SEBAGAI TANDA MENJAGA HATI BELIAU. TAPI SAYA TAK MINTA APA-APA PUN. TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN. SO KALAU NAK KAWIN, KAWIN AJE DULU. ORANG-ORANG YANG BISING ITU AKAN TETAP BISING. NANTI BILA DAH KAWIN SIBUK TANYA BILA NAK ADA ANAK PULAK. TENGOK AJE LAH KALAU TAK PERCAYA. SO TAK PAYAH FIKIRKAN ORANG-ORANG ITU KALAU NAK LANGKAH SI KAKAK. KALAU DAH JODOH ADIK DATANG DULU, APA KUASA MANUSIA NAK HALANG??

Tolonglah belajar hormati pendirian orang lain. Bukan saya nak kawin senyap-senyap pun. Sampai masa nya nanti, anda akan jadi antara pasukan yang pertama tahu tentang berita tersebut. So, sudah-sudah la tu bertanya. Tak penat ke?? Sebab saya dah penat!

Wednesday, June 30, 2010

It's morning babeh!

Did I tell you that I'm now teaching the morning session? It's surreal but (damn) waking up early in the morning is so unexciting! But it's good to perform Subuh awal waktu everyday. Haha. And merayau selepas pulang dari sekolah juga sangat menarik. kakaka.

Cuma sekarang tengah adapt dengan perubahan waktu. Macam kena setting balik jadual hidup. Haha. Dulu takde istilah 'malam' sebab lepas Subuh boleh tidur balik. (Jangan contohi perbuatan tersebut please. heheh) Sekarang pukul 9 lebih pun mata dah terkebil-kebil mohon ditutup. Sampaikan nak update blog pun tak ada masa. Bukan apa, rasa membazir waktu mengadap laptop. Tiba-tiba tidur dah become a major thing in my life. Haha. Temporarily! I'll make sure of that. Nanti dah biasa tak lah kot.

So now I'm teaching Add Maths (form 4) and Maths (form 3). Do you know that teaching Add Maths can be so exciting? Seriously! I still confronting the annoying bunch of kids though, the 2 PMR classes. Yang paling hujung dan 3rd hujung ye. Perangai masing-masing MasyaAllah dahsyatnya. Tapi this is my second year so dah belajar untuk lupakan apa saja yang berlaku dalam kelas sebaik saja melangkah keluar kelas. Hehe. Kalau ini first year mengajar rasanya dah meraung2 tak nak jadi cikgu dah kot. Haha. Takpe, students sekolah tersebut memang LUAR BIASA!

Next Monday is my registration day at UM and classes will be started the week after that. Maka perlu tambah lagi agenda dalam hidup. Hihi.

p/s : rasanya ada orang tu pun kena adapt juga bila waktu dating kena ubah. kakaka.

Saturday, June 19, 2010

SEPULUH

Lame dah tak buat keje ni. So since dah kena tag dek Kak Emi, cousinku yang hot, so..here you are.. hehe..

10 FAKTA TENTANG CIKGUTQAH
1. Nama : `Atiqah Abd Rahim
2. Tarikh lahir : 2 Mei 1985
3. Anak sulung yang sangat garang =P
4. Seorang guru..duhh?? obviously kot!
5. Akan menyambung pengajian master di UM starting July
6. Fav colour : purple, maroon, brown
7. Fav food : Ikan tempoyak ikan patin wan sega..kakakaka
8. HANYA akan cakap banyak dengan orang yang banyak cakap. Kalau tak seriously saya akan SENYAP gile.
9. Tak romantik langsung. (kot) haha.
10. Saya jenis suka pendam perasaan. Jarang sangat bagitau orang the exact thing/feeling.

10 BENDA MENAKUTKAN
1. Binatang (semuanya termasuk ayam)
2. Roller coaster dan semua permainan seumpamanya
3. Sakit. Saya memang mengada. Sakit sikit pun saya akan rasa macam nak mati.
4. Accident di jalan raya
5. Kehilangan parents dan adik2.
6. Pencerapan mengajar!
7. Berucap/bercakap depan audience. (kecuali mengajar depan budak)
8. DENTIST
9. INTERVIEWS
10. Tengok results exam/interviews/any other applications

10 perkara selalu disebut
1. Whatever
2. Gedik
3. Bongok
4. Bengong
5. Hah?
6. Apa-apa??
7. Ya Allah!
8. Yelah2
9. Ma..
10. Diam!

10 PERKARA BERNILAI
1. Family
2. Bestfriends
3. Buah hati (waaaa.....)
4. Handphone
5. Encik Kelisa
6. Duit
7. Laptop
8. Dokumen2 pengenalan diri
9. Sijil2 berkaitan..haha..memang dah abis idea ni
10. MASA

10 'PERTAMA KALI' DALAM HIDUP
1. Melihat dunia : 2 Mei 1985 lepas azan Isyak
2. Pergi Umrah : tahun 1995
3. Naik pentas terima hadiah : Darjah 1
4. Bawak kereta jarak jauh : tahun 2007, balik Penang
5. Pakai hp : 2003 masa masuk matrik
6. Bernasyid atas pentas : darjah 4 di Seremban
7. Fail dalam exam : Form 4 - Add Maths. Gile ah!
8. Berjauhan dengan parents : Form 1 masuk asrama SMKA (P) Almashoor
9. Memiliki laptop sendiri : tahun 2004, 1st year di USM
10. Pertama kali kena marah dek abah : tahun 2002, eh ke 2003 cmtula. Kes - rahsia. Haha.

KAWAN2 YANG KENA TAG
1. Nad
3. Dina
3. Liyana
4. Nawra!!

NATURALLY


How you choose to express yourself . It's all your own and I can tell . It comes naturally, it comes naturally . You follow what you feel inside . It's intuitive, you don't have to try . It comes naturally. And it takes my breath away . What you do, so naturally . You are the thunder and I am the lightning . And I love the way you know who you are . And to me it's exciting . When you know it's meant to be . Everything comes naturally, it comes naturally . When you're with me, baby . Everything comes naturally, it comes naturally . You have a way of moving me . A force of nature, your energy. It comes naturally (You know it does). When we collide, sparks fly. When you look in my eyes, it takes my breath away.

Friday, June 4, 2010

CHANGES

Hey people..! owh ASSALAMUALAIKUM...!!!

Nak tau tak?? Taknak tau pun kena baca jugak kalau dah berada di sini kan? kan?

1. Selepas cuti sekolah ini saya akan mula mengajar sesi pagi. Add Maths and Maths yang mana saya WAJIB pulun study sepanjang cuti ini.

2. Mulai July pula InsyaAllah saya akan bergelar part-time student pula. Yeay!! (Mari upgrade kan diri supaya boleh up kan hantaran. =P)

p/s : Ada orang tu prefer saya dalam mode busy. Lepas tu tak boleh dating padan muka. (-.-)

Monday, May 31, 2010

Confused

There are moments in our lives when we find ourselves at a crossroads. Afraid. CONFUSED. Without a roadmap. The choices we make in those moments can define the rest of our days. Of course, when faced with the unknown, most of us prefer to turn around and go back. But once in a while, people push on to something BETTER. Something found just beyond the pain of going it alone. And just beyond the bravery and courage it takes to LET SOMEONE IN. Or to GIVE SOMEONE A SECOND CHANCE. Something beyond the quiet persistence of a dream. Because it's only when you're tested that you truly discover who you are and it's only when you're tested that you discover who you can be.

Thursday, May 20, 2010

Falling For You


I don't know but I think I maybe falling for you. Dropping so quickly. Maybe I should keep this to myself waiting till I know you better.

Wednesday, May 19, 2010

Music and lyrics

Google and read okay..

1. Maybe by Bethany Joy Galeotti
2. Smile by Uncle Kracker
3. The First Cut Is The Deepest by Sheryl Crow
4. Crush by David Archuleta

to be continued.. hehe

p/s : buku pun kena baca juga. =))

Friday, May 7, 2010

Hadapi dengan senyuman =)

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

p/s : Mari kita hadapi hari esok dengan senyuman.. =))


Sunday, May 2, 2010

It's my birthday!

Dalam banyak-banyak birthday, inilah birthday yang paling TIDAK ditunggu-tunggu. Sebab? Saya dari dulu lagi memang letakkan umur 25 tahun tu macam benchmark ketuaan. Huhu. So sekarang saya dah 25. Memang sangat tak seronok. Tapi umur je lah. Kebanyakan orang takkan teka umur saya 25. Hahaha. =D

Dan ini bermakna saya cuma ada setahun lagi kalau saya nak mencapai impian saya, berkahwin pada umur 26. owh nampak gayanya kena postpone 27 pulak lah. Tapi harap-harap tak perlu. Bestfriend saya kawin lepas kurang setahun dia kenal suami dia. Banyak lagi kes macam tu kan. Sapa kata ada guideline yang mengatakan kita perlu tempoh-tempoh tertentu to realize that the love is real?? Tak ada orang kata kan?? So boleh lagi kalau saya kekalkan target tersebut bukan? hehehe. =))

p/s : Thanks for all the wishes. Hadiah mana? =P

Friday, April 30, 2010

My Bestest Friend's Wedding

Actually hari tu emo gila sampai tak boleh nk tulis entry. Sedih punya pasal bestfriend nak kawin. Dalam 6 orang tu, saya paling ngam dengan minah sorang ni. memang sekepala habis.

Masz, Thanks very2 much for EVERYTHING..! Tuhan je tau. Thanks sebab bersabar dengan aku yang selalu membebel2 or marah2 ko (orang selalu confuse bila tengok masz kena 'marah', masz je yang tau bila saya serius and bila tak). Thanks for being my partner in MOST of the assignments. Lab partner especially, yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi. haha. Thanks for lending your ears listening to all my problems with you-know-who. Thanks sebab sudi pujuk aku bila-bila aku menangis sebab apa saja. hehe. And last but not least, THANKS for still being there after whatever we had been through. (We passed it anyways kan?? hehe)

Aku tau lepas ni kau dah ade Bob tapi just in case, remember that I'll be here. Perlu story mory dengan aku okayy. I wish you all the best. Jadi isteri yang solehah. Be nice!

Kita zaman dolu2...





Monday, April 26, 2010

Me choosy??

Picky, maybe. ^_^

"Ko ni memilih sangat kot. Kita ni dah tua, jangan memilih2."
&*^%##%&!!!! Say that again ONE MORE TIME...!

I could ONLY choose one guy to be with me for the rest of my life.

Of course I have to be choosy!

Friday, April 23, 2010

Nasyid

Kalau saya cakap yang saya pernah jadi solo nasyid anda percaya tak? haha. Yeah2, that's how I practice to yell at my students (dengan suara yang tak irritating) nowadays. Ngee. =)
How does it started?

Di pondok kecil..Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Hehe. Itulah nasyid pertama saya memvokaliskan diri. Sejarah tersebut dilakar di sekolah agama di Ampangan. Pertandingan antara sekolah-sekolah agama. Darjah berapa dah tak ingat. Kemudian, saya wakil sek agama di Balik Pulau pula. Tapi dah tak ingat nasyid nya.

Era sekolah menengah pula digemilangkan dengan..

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Saya rasa inilah detik paling penting yang saya takkan lupa sampai bila-bila kerana di sinilah saya tau yang saya dah jatuh cinta dengan nasyid. Asalnya sekadar suka-suka bernasyid sempena pertandingan comel-comel minggu orientasi di SMKA (P) Almashoor Pulau Pinang. Kumpulan saya menang dan menyebabkan kami terpaksa perform kat assembly sekolah pula. MALU GILA. Eh2, tu sekolah perempuan okay so boleh je nyanyi kat assembly. Ada seorang yang penting masa tu yang membakar semangat saya, kak Azma Hani. Thanks a lot for seeing something in me! Then saya disumbat dalam kumpulan nasyid sekolah yang akan perform dalam apa-apa event sekolah. Sekali lagi diingatkan, sekolah perempuan. haha.

Bila saya berpindah ke SMAKL..owh tidaaakkk...sekolah campur so tak boleh la nak menggunakan bakat. hehe. Rasanya cuma sekali berpeluang bernasyid di malam lipur puteri. (kan Nad kan?? haha.)

Kemudian, KISAS. Hah. Walaupun sekolah campur, tapi Shoutul Mujahidah tetap aktif perform untuk muslimat (dalam perkarangan asrama sahaja okay). Pendek kata puas hati lah dapat guna balik bakat yang ada sepenuhnya. Hehehehe. Tapi sampai situ sajalah penglibatan saya dalam nasyid. Lepas keluar KISAS dah tak aktif. Nasyid-nasyid sekarang pun tak best dah macam nasyid-nasyid lama.

Sekarang bila dengar students berlatih nasyid di sekolah saya sure akan tersengih-sengih. Dalam hati berkata, okaylah. Ni zaman korang. Zaman aku dah habis. heheh.

p/s : saya tak reti main percussion. tau nyanyi aje.

Monday, April 19, 2010

Allah itu Maha Pengasih

Entry ini ditujukan khas buat saudari SITI KHALIJAH (housemate yang hebat!) dan kepada anda umumnya.

“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa- rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

Memang ada masa kita rasa give-up berusaha. Rasa macam letih dah mencuba tapi tak dapat-dapat juga capai apa yang kita nak. Atau mungkin ada terselit rasa cemburu, tertanya-tanya, macam mana orang macam dia boleh berjaya sedangkan hubungan dia dengan Tuhan tak bagus mana.

Tapi ingat, macam mana kecewa pun, jangan kita lupa akan adilnya Allah. Dia Maha Pengasih, takkan Dia nak kecewakan hambaNya tanpa sebab. Maybe kita sendiri perlu muhasabah mana silapnya kita. Yang paling penting, jangan sesekali berputus asa.

Allah answers your prayers in 3 ways ;
He says YES and gives it to you
He says WAIT and gives you the BEST
He says NO and gives you BETTER

Jadi percayalah, kalau belum capai apa yang kita inginkan, Allah sedang menguji kita. Lebih besar cabaran, lebih besar ganjaran. HEBAT! kan.

p/s : Believe that dreams come true, because they do. =)

Saturday, April 10, 2010

Tagged by Liyana

1) Siapakah diri anda di rumah?
sama dengan diri di luar rumah. haha. ok2. seorang yang kuat makan dan mengemas.

2) Siapakah diri anda disamping rakan?
gila2, suka gelak tak pasal2 dan boleh juga jadi yang opposite, sangat senyap dan tak senyum langsung.

3) 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
1) mengajar chemistry and add maths
2) rumah di kensington park (cawangan segambut okayy) haha
3) tunaikan haji
4) umrah tiap-tiap tahun
5) a potential husband candidate =P

4.Siapakah nama pasangan anda?
Mr Nobody

5.Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
soalan tidak berkenaan

6.Bila tarikh anda couple?
sekali lagi, soalan tidak berkenaan

7.Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
tiada. haha.

8.Lagu tema cinta anda?
I Just Haven't Met You Yet by Michael Buble .. haha

9.Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
.......

10.Tag rakan anda yang lain
Nad

Friday, April 9, 2010

Stuck

Maybe I was wrong,
Maybe I was looking in all the wrong faces.
Maybe I was wrong,
Maybe I was searching in all the wrong places.

Wednesday, April 7, 2010

Kata orang

Ada sesetengah orang kata "senang kan jadi cikgu, cuti banyak, kerja half-day, elaun banyak". Untuk orang yang selalu fikir begini, sila buka minda anda seluas-luasnya dan baca tulisan di bawah.

Itu je yang korang nampak kan? Bila cuti awal tahun yang kami kena datang gotong-royong sekolah, bila cuti tengah tahun yang kami pulun menanda kertas2 exam students, bila kami balik rumah setiap hari buat lesson plan @ tanda buku latihan/nota students @ prepare bahan bantu mengajar, bila waktu 'kerja-half-day' kami (sepertimana yang korang kata) dipenuhkan dengan berjalan/berlari ke sana sini menyiapkan kerja @ bambu students (almaklum, kerja half-day kan, semuanya nak settle dalam masa yang sedikit), bila cuti hujung tahun kami hampir hilang sebab jaga SPM, bila kami guna elaun kami yang banyak tu untuk fotostat latihan students, beli penyapu @ langsir untuk kelas, beli barang-barang untuk ceriakan kelas dan sebagainya TANPA claim balik kat sekolah or students, bila kami meeting PIBG or menghias surau untuk pertandingan peringkat daerah sampai jam 9 malam, bila kami kena hadir ke sekolah hampir SETIAP Sabtu untuk aktiviti perkembangan staf, ATAUPUN bila kami pulun setengah mati sampai menangis-nangis belajar kimia macam nak jadi saintis di universiti dulu tapi alih-alih mengajar Seni, KH dan Moral, ADA KORANG NAMPAK SEMUA TU???

TAK ADA KAN? KAN? YANG KORANG NAMPAK CUTI KAMI YANG KONONNYA BERLAMBAK-LAMBAK TU.

Minggu lepas dalam paper ada keluar isu 'seksa jadi guru'. Untuk orang macam saya yang memang rasanya dilahirkan untuk jadi guru, saya tak rasa terseksa pun. Cuma bila ada yang kata tugas guru ni tak setimpal dengan gaji yang kami dapat, memang panas hati la jugak dibuatnya. MAMA SAYA KATA, KAMI DIBAYAR IKUT TAHAP PENDIDIKAN KAMI, MEMANG KAMI TAK JADI ENGINEER KE, ARKITEK KE, LAWYER KE, TAPI ZAMAN BELAJAR KAMI SETENGAH MATI JUGAK LA MACAM KORANG.

Setelah baca tulisan di atas, saya menyeru korang yang masih diselubungi rasa cemburu ni, pergi mohon jadi guru ganti atau gstt selama sebulan. Dah habis tempoh tu, korang katalah apa pun yang korang nak kata. Yang saya hairannya, KALAU DAH MEMANG TAU DAN YAKIN SANGAT JADI CIKGU TU SENANG, YANG KORANG TAK JADI CIKGU KENAPA?

p/s : Teachers were born, not made. Semua orang boleh jadi pandai, tapi untuk menurunkan level kepandaian tu supaya sama dengan students yang level nya zero, yang itu tak semua boleh buat. Tak tertanya-tanya kenapa ada profesor bijak pandai di universiti yang kita ni satu habuk pun tak faham apa yang dia cuba sampaikan? Mm..maybe dia tak pernah jadi cikgu?

Wednesday, March 31, 2010

What comes from the heart touches the heart

I stressed out when I'm done marking the science papers. Each classes have many failures, not to mention, they were just tested with ONE and only one, chapter. Argh!!!! memang rasa nak kunyah-kunyah je budak-budak ni. I expected more from them because they (seemed like) doing well in class.

But what I wanna write about is, some of these kids surprised me. The ones that I didn't expect to get a good grades. Now I really believe that PEOPLE surprise us. Expect that! And there was this boy who (quite) talkative in class and has a really bad handwriting, he said something while we were discussing the paper in class. There was one part of question(s) in part B which most of them got ZERO because that was the only part without choices of answers. But that boy got it all correct.


Me : (membebel) Soalan ni dah banyak kali jawab dalam kelas, macam mana boleh salah lagi?! Hampir semua dapat kosong part ni.

A girl : Cikgu, ni dia betul semua. (Refering to that boy)

Me : Yelah, rupanya dia sorang je membaca.

That boy : Cikgu, saya tak baca yang ni, saya just ingat apa yang cikgu ajar.

Owh seriously saya terkedu dan sangat terharu.

There are times when I felt so very useless and uninspired, and when that happens, I have that particular sentence to become wholehearted all over again. =)

p/s : expect the unexpected

Sunday, March 21, 2010

Love Happens (at least to some people)

I just got back from Johor. Attending my friend's engagement. (or not) Haha. Long story. Tak perlu cerita, memang ntah apa2. Enam reunited (finally) so there were A LOT of stories to catch up. We haven't met for a year. (Memang last jumpa last year - March masa Zima's wedding) Dan terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam tempoh tersebut, SANGAT!

--> Anim bertunang dengan Mie..yeay!!!

--> Zima dapat baby boy......sangat YEAY!!!! Welcome to the world Atan!! We promised we will spoil you.. haha... (Owh, atan tu nama timangan yang aunties Enam bagi, his name is Ammar)

--> Masz is getting married in May. (Macam tak percaya!!!!)
FYI, Masz ni lah masa study dulu asyik risau tak ada bf. TENGOK! Dia orang kedua kahwin.

Watching their love stories I could say that Love really Happens (usually unexpected). Ada orang bercinta bagai nak rak bertahun-tahun tapi akhirnya tak kahwin-kahwin or belum kahwin. Ada orang yang ringan jodohnya, jumpa terus kahwin. (Bukan ke kalau kita jumpa orang yang betul kita memang tau orang tu orangnya - okay bunyi macam pelik sebab translated) So tak kira la dalam kategori mana anda berada, always believe that Love Happens, because it does. Cuma lambat atau cepat je. Dan kepada orang-orang lain, tak perlu sibuk-sibuk tanya bila orang yang belum ada pasangan tu nak kahwin sebab soalan tersebut memang bangang. Tak relevan langsung. Kalau boleh nak je die jawab 'esok' tapi kan dia tak ada pasangan, memang lah dia tak tau nak kahwin bila. Kan Allah dah kata Kun Fayakun. Jodoh ni kalau dia nak datang dia datang. Kadang-kadang kita plan elok dah tapi kalau dah bukan itu yang Allah tulis untuk kita, tak jadi jugak.

So kepada yang masih mencari, teruskan usaha anda. Hehehe. Jangan tension sangat. Yang penting happy. Kalau bercinta pun asyik menyakitkan hati tak guna juga. Dan kalau ada yang masih bangang bertanya,
I'm single, so what?!

Dan kepada yang dah ada potential candidate pula, sila la kahwin. Haha.
As for me, I'm still looking. (Or maybe observing a particular person..heh)

p/s : Tau tak dekat Johor ada kampung nama Desa Temu Jodoh...Owh so cute! Nak pindah situ lah.

Tuesday, March 16, 2010

Terima Kasih

I guess that 'key-to-my-heart' that I wrote about had already returned back to me.

(Apa je lah yang dia karutkan ni)

Pandai-pandai lah ye. =P

Sunday, March 14, 2010

Sireh pulang ke gagang

I was appointed as AJK Kelab Staf for 2010/2011 so our first assignment is to rearrange the staff room. Guess what I just did? I REMOVED my table BACK to its ORIGINAL position. YEAY!!!! (Sapa suruh lantik aku jd AJK..nasibla) <-- tiba-tiba cerita pasal ni.

Dah berkurun lamanya tak update blog. Bukan tak ada apa yang berlaku tapi tak tau macam mana nak transfer ke dalam bentuk huruf sebab complicated sangat hidupku sekarang.
*Sigh

Okay, first, isu sekolah. (Hep! saya cikgu, mestilah sentuh isu ni dulu..heheh) Sekolahku seperti biasa ntah apa-apa. So malas nak cerita.
(okay sebut sekolah pun mood dah nak hilang)

Cuba teka apa isu kedua? Haha. Yeah2. Am I still single? Yup! Haha. Everything is still in progress. (Huh??) Yeah, you read it right. IN PROGRESS. So doakan yang terbaik untuk sahabat anda ini ye. Thank you.
(^_^)

Cuti sekolah dah bermula. Plan yang ada cuma untuk hujung minggu. Khamis - Ahad. REUNION ENAM!!!!!! Finally...! Suka2!

I'll keep you updated ya. About everything. Hehehhhh.

Friday, February 26, 2010

Rindu nak blogging tapi tak tau nak tulis apa

Mari mengimbau zaman lampau....


Point nya apa?? Haha...Saja nak bagitau yang saya minat buku dan gelang tangan sejak kecil. =P Pointless kan?? Whatever~ Memang tak tau nak update apa.

Sunday, February 14, 2010

Lost and found

It's been awhile. Actually there were TOO MANY things going on (school especially), too many that I couldn't even write them here. I don't know how to. Haha. Begitu dahsyat huh?

My timetable still not fixed. I wondered if it will. Huhu. Takpelah. Sekarang dah masak dengan benda ni. Lantak kau la nak suruh aku ajar ape pun. I'll try my best anyways.

There's only one thing I wanna let you know. There's this person I've been looking for..I wrote about it in my friendster a long time ago. At the 'who I wanna meet' section. Heheh. I've already found him. It's nothing, really. It's just that I felt like I've met everyone BUT him. And now there he is. (FINALLY!) At least I know that he's still alive. (^_^)

p/s : Dina, jom cari 'yours' pulak. Hahaha. =P

Sunday, February 7, 2010

Love at first sight

I'm SOOOOOOOOOOOO in love with this song.


Thursday, January 21, 2010

Secret

Rahsia tarikh lahir saya.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3

Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).

Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

*wink2*

Tuesday, January 19, 2010

Love it, hate it.

I now have this new aim in teaching science. Since I only have 2 classes of that almost-fav subject of mine (well..my fav is chemistry) so I'm gonna make it to the fullest. I'm using all the techniques, pedagogies and all the teaching aids I had learnt and used before, in USM and during teaching practical. I need to enjoy this very little-part-of-me that 'the-devil' gave.

The classes I teach are not A classes so I have to keep everything low-key. I'm not aiming high, just...at least they remember and recognize the hazard symbols very well so that they can paste all the symbols on the-devil's door. =P

I'm teaching the same class Seni and Science so I can join them both. Haha. Drawing cells, drawing microscope, colouring the mind-maps of each topics in science...that's science + art right? No? Sukati akulah sapa suruh bagi aku seni. I need to study hard for KH though. It wasn't my fav subject in school..with lukisan teknik la..simpan kira la..waaaaaahhhhhhh........rasa nak muntah! Mm..and as for Moral..well..it's Moral after all.. (-.-)

I'm still looking forward to transfer though. Mengejar cita-cita. Heh. You can think I'm tamak or whatever, but..."esok pasti ada, tapi esok belum tentu milik kita" so..

Monday, January 18, 2010

Tuesday, January 12, 2010

Messed up

Finally, I've got something to write about my school.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


I HATE IT.

Tuesday, January 5, 2010

Rainbows

Back to school - First day, new faces.

I'm the form teacher for 1G and they looked fine to me. Yes, of course they freaked out at first (everybody does =P) but when I smiled to comfort them they started to cooperate. I did the ice-breaking and gave my rules. That's important so that I don't have to be the monster.

"Dengan saya senang, awak baik saya baik. Awak jahat saya 10 kali lebih jahat. Saya boleh jadi 2 orang yang sangat berbeza. Tapi saya bagi peluang untuk awak pilih saya yang mana satu. Saya bercakap, awak diam. Saya tanya, awak jawab. Tak bawak buku, keluar. Senang kan?"

"....senaaaang" Haha. Yeah, they took time to absorb everything.

It's too early for me to write out the details. I'll update soon - when the week ends.

p/s : The task ahead of us is never as great as the power behind us. =)

Monday, January 4, 2010

An oath

Finally I know exactly one thing that I want this year. I wanna reach 45-46kg. Heh~ (Berat ideal yang membolehkan saya menderma darah)

And yesterday I just realize that I'm turning to 25 this year. No boyfriend? That's pathetic. No? Haha. Or should I add bf-hunting in my so-called list? =P

Friday, January 1, 2010

2010 wishlist

..................................................................

No list.

I JUST wanna be happy. Life's too short.
Expect nothing, live frugally on surprise.

Happy New Year people!